![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. Vote!
Pintu balkoni dibuka perlahan-lahan.Perut yang sudah berusia enam bulan diusap lembut.Angin sejuk menyapa tubuhnya yang berbalut hoodie Zidan.
"Hui orang sebelah."seru Zidan.Syifa menoleh ke balkoni sebelah.Kelihatan Zidan sedang duduk menghadap laptop.
"Awak tak tidur lagi?"soal Syifa.Jam sudah menunjukkan dua belas malam.
"Belum, tengah siapkan kerja sikit.Awak tu ibu mengandung kenapa keluar sejuk-sejuk gini?"soal Zidan.Syifa tersengih sebelum menjawab.
"Saya tak boleh tidur, kaki saya lenguh."
"La kenapa tak rehat? Nak suruh saya panggilkan umi urut awak?"Syifa pantas menggeleng.
"Saya dah urut dengan minyak panas."
"Awak tu lagi berapa bulan je nak bersalin.Hati-hati."kata Zidan dengan mata masih tertancap di skrin laptop.
"Saya nak cakap ni Syifa."Syifa memandang Zidan.
"Nadhir call saya tadi."kata Zidan.Syifa tergelak sinis.Dah enam bulan berlalu baru suaminya nak bertanya khabar?
"Dia cari awak."
"Dia ugut saya kalau dia tahu saya sorok awak, dia nak bunuh umi."mata Syifa terpejam rapat.Nadhir, kenapa kau tak pernah berubah.
"Dia nak apa lagi dengan saya? Semua harta dia papa dah balas."
"Mungkin, dia nak awak."
"Dalam mimpi je, saya takkan berpaling lagi dekat dia.Lepas je saya bersalin saya sendiri yang akan pergi makhamah."
"Syifa, selesai perkahwinan awak ni elok-elok."
"Kenapa awak masih nak back up dia?"
"Saya tak back up, saya taknak anak awak tu takda kasih sayang seoarang ayah."
"Awak kan ada.."kata Syifa perlahan.Terhenti jari Zidan yang sedang menaip di atas keyboard.
"S..saya masuk tidur dulu, selamat malam."terus tubuhnya melangkah masuk ke dalam bilik.Zidan mengangguk sebelum terukir satu senyuman di bibirnya.
Baru sahaja Syifa ingin melelapkan mata, telefonnya berdering dengan kuat.
Ibu
Terus dia menolak panggilan dari ibu mertuanya.Tangan naik mengesat air mata di pipi.
"Kalau dah keturunan sial tu, sampai mati pun sial!"
"Astagfirullahalazim."
Telefonnya semakin kuat berdering.Dia melihat skrin telefonnya.
"Hello,"
"Alhamdulillah, Syifa ni aku!"memekik suara Ima di talian.
"Mama nak cakap dengan Syifa, mama nak cakap!"terdengar suara Norlia dan Ima bergaduh membuatkan dia tergelak kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Pilihan Hati
RomancePerkahwinan antara Razky Nadhir dan Qamira Nur Syifa bukan lahir daripada cinta, tetapi dipaksa atas dasar wasiat seorang nenek. Nadhir menolak keras perkahwinan itu, menyalahkan Syifa sebagai punca segala yang merampas kebebasannya. Bagi Syifa pul...