Lengan Syifa ditarik kuat.Dia melangkah laju menghampiri keretanya.Syifa terkedek-kedek mengikut langkah Nadhir.
"Awak, sakit!"tangannya ditarik.Makin Nadhir kuatkan cengkaman di lengan Syifa.
Pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.Dia menolak Syifa supaya masuk ke dalam kereta.
Duduk sahaja Syifa terus dia turut menjengah menarik seatbelt.
"Awak ni kenapa?!"marah Syifa.Nadhir berpaling ke arah wajah Syifa.Terasa hembusan nafas Nadhir diwajahnya.
"A..awak."
"Duduk diam sebelum aku cium kau."kata Nadhir.
KLAK
Setelah memastikan seatbelt masuk.Dia terus keluar dan menutup pintu dengan kuat.
Tak kisah lah nak tercabut ke pintu tu.Kalau tercabut, beli baru.Senang.
Dia masuk ke tempat bahagian pemandu.Terus kereta itu memecut laju ke jalan raya.
"Kita nak pergi mana ni?"soal Syifa.
"Kau ni dah nyanyuk ke?"Syifa terdiam.
"Kau cek phone kau, bukak mesej aku pukul 9 malam semalam."Syifa menampar dahi sendiri.
Lupa harini fitting baju.
"Sorry.."
"Mampus kau lah sorry."kata Nadhir dingin.Syifa mengeluh wajah tampan yang berkaca mata itu dipandang.
"Awak ni kan muka tu dah nak berkedut.Takda seri langsung!"
"Apahal nak seri dekat muka pulak?"tanya Nadhir pelik.
"Awak tak pernah senyum! Muka tu kalau masam muram setiap masa lagi seminggu jadi macam pakcik tua muka berkedut!"ejek Syifa.Mata Nadhir membulat.
"Kau mengata aku?"
"Tak, saya cakap je tak mengata pun."
"Aku cubit mulut kau satgi, aku cium-cium nanti kita kahwin!"Syifa memang Nadhir dengan wajah jijik.
"Taknak saya kena cium dengan orang tua!"kata Syifa.
"Kau-"
"Dah lah badan bongkok! Taknak! Sikit lagi berjalan pakai tongkat!"
Nadhir menekan brek keretanya dengan mengejut.
DUSH
"Aduh,"Syifa menggosok dahinya yang sakit apabila terhentak cermin kereta depan.
"Dah habis dah cakap pasal aku?"soal Nadhir sinis.
"Kau dengar sini ya..aku pun lagi dua kali ganda tak ingin sentuh kau."
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Romance[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...