Vote!"Ya Allah, rindunya dekat Syifa!"tubuhnya dipeluk erat oleh Datin Faida.Syifa tersenyum nipis.
"Dah besar anak dara sorang ni, dah boleh kahwin dah ni."
"Ibu sihat?"soal Syifa.Datin Faida mengangguk.
"Alhamdulillah sihat, eh ibu tak boleh lah.Karim, kenapa anak kau ni cantik sangat."dicubit kedua-dua pipi Syifa.
Encik Karim dan Dato Fadli tergelak.
"Nampaknya, Nadhir kena kahwin cepat-cepat ni. Ibu dia dah nak menantu sangat tu."
Nekmah di atas kerusi roda tersenyum lemah apabila memandang Syifa yang menghampirinya.
Syifa melutut dihadapan kerusi roda itu.Tangan tua itu dicapai lalu dicium.
"Assalamualaikum nek, sihat tak?"soal Syifa.Nekmah mengangguk perlahan-lahan.
"S..sihat."
"S..Syifa c..cantik."tangan tua itu naik mengusap pipinya.Syifa tersenyum malu.
Syifa mendongak memandang tangga apabila riuh dengan suara Rafi dan Nadhir."Dah turun dah anak bujang."kata Dato Fadli.Rafi memandang Encik Karim lalu terus dia berlari laju turun ke bawah dengan mata melilau mencari seseorang.
"Syifaaaaaaaaa, akuu rinduuu!"dia berlari membuka tangan seolah-olah ingin memeluk Syifa dari jauh.
Mata Nadhir terbuntang memandang aksi gila si adik.Terus kakinya mengejar langkah Rafi lalu menarik baju lelaki itu.
"Gila kau ni!"marah Nadhir.Rafi tersengih.
"Jangan la kata kita gila, kita rindu dia."tangan menunjuk ke arah Syifa.Nadhir mencebik.
"Hai Rafi."Syifa melambai tangan ke arah Rafi.Rafi membalas sepat dia mengenyit sebelah mata dan melempar kan flying kiss.
"Dah, ibu nak siapkan makanan."Syifa berpaling.
"Err Syifa tolong!"kata Syifa berlalu ke arah dapur.
Nadhir menghantar gadis itu dengan pandangan hingga ke dapur.Matanya tertancap pada Nekmah yang memanggilnya dengan isyarat jari.Terus dia menghampiri neneknya.
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Roman d'amour[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...