"Mana Nadhir ni? Dah nak masuk asar tak balik-balik lagi?"soal Hajah Zaitun.
"Rafi cuba pergi cari Nadhir kat mana."
"Kejap lagi pandai la dia balik, dia dah besar bukan kecik macam Nadim lagi."balas Syifa.
"Hey tu abang aku tau tak? Kalau dia mati kau menangis jugak kan? Sekarang ni boleh la kau kata itu ini sebab kau sanjung ego kau yang setinggi KLCC tu!"marah Rafi.
"Dah jangan gaduh."
Kilat dan guruh diluar rumah semakin kuat diiringi dengan hujan yang sungguh lebat!
"Umi letak payung dekat mana?"soal Rafi.
"Belakang pintu tu."
"Okey."
RAFI memandang hujan yang turun dengan lebat.Dia menghela nafas panjang.Aih kalau la aku balik awal-awal tadi.
Dia memerhati sekeliling taman yang dia duduki.Jam sudah menunjukkan 4 setengah petang.Kotak rokok di sebelahnya digumpal lalu dibaling kuat.
"Haihlah.."
"Bang oi! Saya datang nak mengorat ni."Rafi berjalan lenggok ke arah Nadhir sambil melambai tangan.
Nadhir yang melihat terus berdiri lalu tersenyum.Haa adik yang bagus!
"Bang, saya nak offer diri saya ni satu malam tiga ratus abang nak?"Rafi mengusap dada bidang Nadhir.
"Aku sepak kau satgi sampai ke bulan ha."
"Kenapa ke bulan sedangkan abang boleh bawa saya ke syurga!"kata Rafi sambil sebelah mata dikenyitkan.
"Geli bodoh!"kata Nadhir berpeluk tubuh.Rafi ketawa kuat.
"Ala chill bang."kata Rafi mengambil tempat bersebelahan dengannya.
"Nadim dah okey?"soal Nadhir.Rafi mengangguk.
"Dah okey dah, bang jangan ambil hati tau apa yang Syifa cakap tadi."
"Takdalah."kata Nadhir tersenyum nipis.
"Salah aku juga, aku bagi Nadim minum vitagen."
"Salah ke bagi Nadim minum?"
"Yang salahnya aku bagi Nadim minum sendiri.Dia tu baru berapa bulan tersedak budak tu tadi."balas Nadhir.
"Kau taknak balik ke?"
"Aku nak tenangkan hati dulu."kata Nadhir.Rafi mencebik.
"Syifa masak asam pedas favourite kau tau."pujuk Rafi.
"Aku tak lapar dan takda selera nak makan."kata Nadhir.Tubuhnya yang menggigil dipeluk kuat.
"Kau gigil ni bang demam ke?"soal Rafi terus tangan dijatuhkan menyentuh dahi si abang.
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Romance[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...