Rumah kayu dipandang tidak percaya oleh Zidan.Wajah Syifa yang tersenyum lebar dilihat."Serius la awak nak duduk sini?"soal Zidan.Syifa mengangguk.
"Awak rumah ni la saya besar dari kecil sampai besar dengan keluarga saya."
"Mulai sekarang saya nak hidup berdua dengan Nadim."Zidan mengangkat luggage.
"Jom naik!"kata Syifa mengeluarkan kunci dari begnya.
Masuk sahaja ke dalam rumah itu Zidan terpegun dengan rumah itu.
"Cantiknya."kata Zidan menyentuh dinding kayu yang sudah ditampal wallpaper.Syifa tersengih.
"Saya yang upah orang untuk buat semua ni.Cantikkan?"Zidan dan Hajah Zaitun mengangguk.
Hajah Zaitun berlalu ke dapur.Tergamam dia melihat dapur yang sangat cantik dan bersih.
"Semua ni Syifa upah orang?"Syifa mengangguk.
"Bersih dan cantik sangat."
"Haa sebab tu Syifa ubah semua ni.Rumah ni masih cantik lagi."
"Syifa, umi panaskan lauk-lauk ni kejap."kata Hajah Zaitun.Syifa mengangguk.
"Awak dah ada barang-barang dapur ke?"soal Zidan.Syifa menggeleng.
"Saya nak pergi beli nanti kedai depan tu je."kata Syifa.Zidan mengangguk faham.
"Saya keluar kejap ambil angin."kata Zidan dan berlalu keluar.
"Umi ni susahkan je."kata Syifa perlahan.
"Takpa, umi dah siapkan semua ni cuma panaskan je."
"Kita makan la dulu sama-sama, baru umi balik ya?"kata Syifa.
Hajah Zaitun mengangguk.
Alah, rumah Syifa ni jauh juga dalam tiga jam baru sampai."Aik dia ke mana tu?"soal Hajah Zaitun apabila melihat kereta Zidan meluncur pergi.Syifa menghinjutkan bahu tanda tidak tahu.
"Umi, Syifa tidurkan Nadim sekejap ya?"Hajah Zaitun mengangguk.
"DUDUK elok-elok, kalau ada apa-apa call je umi dengan Zidan terus."tubuh Syifa didakap erat.
"Ya umi, terima kasih banyak-banyak."
"Ni saya dah pergi beli tadi barang untuk awak masak."dua plastik yang berisi beras dan bahan basah dihulur kepada Syifa.
"Awak, kan saya dah bagitahu saya pergi beli sendiri."
"Takpa, ni ha lagi satu dua minggu sekali kami datang ya?"Syifa angguk.
"Nadim jaga mama elok-elok. Nanti tiap malam baba call ya."kepala si kecil diusap.Pipi tembam dicium berkali-kali.Nadim mengekek ketawa sehingga meleleh air liur.
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Romance[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...