"Mana anak aku!"jerit Syifa menumbuk dada Nadhir.Nadhir mendesis sakit apabila ditumbuk isterinya."Sakit laa dada aku!"marah Nadhir.Wajah merah menyala isterinya dipandang.
"Mana anak aku!"tiba-tiba terdengar gelak tawa Nadim di luar rumah.
Pantas kakinya mengatur langkah ke pintu rumah.Dia melihat Dato Fadli dan Datin Faida seronok bermain dengan si kecil.
"Eee comel cucu atok ni!"dicium dan digomol pipi bulat itu.
"Dia main dengan atok dia.Biar je lah ayah pun dah lama nak main dengan dia."kata Nadhir perlahan.Tangan Syifa yang sedang berpaut di tombol pintu digenggam.
"Takpayah nak pegang aku lah!"marah Syifa menepis tangan suaminya.
"Kau ni dah kenapa?!"soal Nadhir kasar.Syifa tidak menjawab tetapi kakinya melangkah laju turun tangga menghampiri Nadim.
"Nadim sini!"ditarik Nadim diriba Datin Faida.Dato Fadli memandang menantunya tajam.
"Kenapa kamu tarik-tarik dia macam tu? Dia budak lagi."kata Dato Fadli.
"Kenapa dato main dengan dia pula sedangkan masa dia janin dulu dato halau saya dengan dia."sindir Syifa.
"Hey Syifa, tu cucu kami.Kami ada hak atas dia!"
"Kalau kami bawa kes ni ke mahkamah untuk tuntut dia kami menang tau tak? Dia satu-satunya bakal pewaris keluarga kami!"
"Oops pewaris? Ada harta ke?"soal Syifa.
"Ah saya ibu kandung dia.Saya lebih berhak dari kamu semua."kata Syifa tersenyum sinis sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Hey Syifa!"memekik suara Datin Faida memanggilnya.
"Dah lah tu, kita takkan memang lawan mulut dengan budak degil macam tu."
"Abang, saya nak Nadim.Saya nak cucu saya."
"Nanti abang settlekan."
Langkah Syifa terhenti apabila bahunya ditarik dengan kasar dari belakang.Dia menepis tangan suaminya.
"Kenapa biadap sangat ni ha?"
"Korang nak apa lagi dari aku Nadhir?!"jerkah Syifa.Tanpa sedar air mata mengalir di pipinya.
"Korang halau aku masa aku mengandung.Bila anak aku dah besar korang cuba nak ambik dia pula? Korang ni manusia ke binatang!"
"Kurang ajar!"
Terteleng wajah Syifa ke kanan.Nadim dipeluk erat.Tamparan dari Nadhir sungguh kuat buatkan dia hampir tersembam jatuh.
"Kau kena sedar diri kau tu! Kau tak layak nak mengandungkan anak aku kan?!"
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Storie d'amore[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...