Perkahwinan antara Razky Nadhir dan Qamira Nur Syifa bukan lahir daripada cinta, tetapi dipaksa atas dasar wasiat seorang nenek. Nadhir menolak keras perkahwinan itu, menyalahkan Syifa sebagai punca segala yang merampas kebebasannya.
Bagi Syifa pul...
"Pergi makan dekat rumah mak bapak awak.Saya masak untuk saya dengan Nadim je."kata Syifa.
BUMM
Pintu bilik dihempas kuat.Nadhir mendengus.Isteri apa macam tu? Tak masak untuk suami.
"Assalamualaikum! Syifa!"Nadhir terpinga-pinga apabila melihat umi Zidan menerjah rumahnya.
"Nadhir?"Hajah Zaitun memandang Nadhir dengan terkejut.
"Kau buat apa dekat rumah Syifa?"soal Zidan dingin dengan tangan menggengam plastik berisi durian.
"Kau buat apa dekat rumah bini aku?"balas Nadhir.Hajah Zaitun menggeleng sebelum berkata.
"Ni rumah isteri Nadhir ke? Bukan Nadhir takda isteri? Oops lupa Syifa la yang Nadhir halau tu ya?"balas Hajah Zaitun sinis.Zidan tersenyum bangga.
"La bankrup eh sebab tu duduk dekat kampung?"soal Zidan sinis.Nadhir hanya mendiamkan diri.Di dalam hati sudah menyumpah segalanya buat dua orang dihadapannya.
"Nak ke mana tu?"soal Hajah Zaitun memandang Nadhir yang tergesa-gesa menyarung selipar.
"Rumah dia dekat sebelah sana je umi, maklumlah dah miskin."
"Owh kesian, nanti jual nasi lemak la boleh tampung sikit kehidupan tu."balas Hajah Zaitun.Hilang sahaja kelibat Nadhir terus dia beristighfar.
"Berdosanya umi harini."kata Hajah Zaitun.Zidan tergelak besar.
"Bukan apa, umi geram dengan dia tu."
"Eh umi Zidan?"Syifa melangkah keluar dari bilik.
"Eh anak baba!"Zidan menjerit kecil.Nadim sudah tersengih sambil tangan terangkat meminta didukung oleh Zidan.
"Patutlah bunyi kereta."tangan Hajah Zaitun disalam.Semerbak bau durian didalam rumah itu.Mata Syifa menangkap plastik di kaki Zidan.
"Durian!"bersinar-sinar mata itu.Zidan tergelak.
"Ya, kita makan pulut durian.Umi dah buat siap dah."
"Kalau macam tu kita makan dekat bawah sana nak?"tunjuk Syifa.Hajah Zaitun mengangguk.
Mereka bersila di atas pondok kecil dihadapan rumah Syifa.Bekas yang terisi dengan pulut dan santan disusun.