Bab40

14K 282 17
                                    

  "Jom lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Jom lah."tangan Syifa digenggam.Syifa menggeleng perlahan apabila melihat Datin Faida dan Dato Fadli di hadapan pintu rumah.

"Kenapa taknak masuknya?"soal Nadhir.

"Takut, ibu dengan ayah terima saya ke?"soal Syifa.Nadhir terdiam.

"Terima dia orang terima."kata Nadhir.Pintu kereta dibuka lalu mereka berdua keluar dari kereta tersebut.

"Syifa!"Datin Faida berlari lalu memeluk erat Syifa.Datin Faida menangis teresak-esak di bahunya.

"Maafkan ibu, maafkan ibu."

"Ibu."seru Syifa.Air mata ibu mertuanya dihapuskan.

"Syifa dah maafkan.Syifa dah maafkan ibu dengan ayah."kata Syifa mengangguk laju.

"Maafkan kami,"Syifa tersenyum sebelum memeluk erat kembali Datin Faida.Encik Fadli disebelah tersenyum.

Papa, Syifa harap papa ada dekat sini.

"Ibu ni Nadhir la yang sakit.Sampai hati peluk menantu dia je."kata Nadhir.

"Ololo sian dia jom masuk!"kata Dato Fadli merangkul bahu anak lelakinya.

PIN PIN PIN

Kereta Rafi yang memasuki halaman rumah dipandang.Cermin kereta diturunkan lalu terjengul wajah Nadim.

"Nadim!"jerit Nadhir.Syifa tersenyum lalu menghampiri kereta itu.

"Ni Syifa, umi dah nak pergi dah."kata Hajah Zaitun.

"Bas umi pukul berapa?"soal Syifa.Semalam Hajah Zaitun sudah membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya yang asal.Dia perlu terima yang dia sekarang sudah bersendirian.

Kalau dulu ada Zidan.Sekarang dah tiada penemannya lagi.

"Pukul 12 ni lah.Maaf umi tak dapat nak singgah."

"Umi hati-hati dekat sana ya? InsyaAllah nanti Syifa dengan Nadhir datang jenguk umi."

"Ya terima kasih Syifa."

"Terima kasih juga sebab sentiasa ada untuk Syifa."tangan wanita itu dikucup lama.

"Saya balik dulu ya! Assalamualaikum!"kata Hajah Zaitun.

  "Waalaikumussalam!"jawab mereka di situ.Hilang sahaja kereta Rafi terus mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

  "Meh sini Nadhir dekat abang."

  "Eh abang naik rehatlah, kan doktor dah pesan abang tak boleh duduk lama-lama."

  "Sekejap je sayang, lagipun dah tak sakit sikit lepas sayang sapu ubat tadi."seloroh Nadhir.

  Syifa menghadiahkan jelingan tajam.Nadhir tersengih.Baru sahaja dia ingin menyapa Nadim.Si kecil itu sudah menghulurkan tangan.

  "Eee macam tahu-tahu je papa nak ambil dia ya?"kata Nadhir.Nadim tersengih.

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now