[COMPLETED]
Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut.
"Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir.
"Saya terima perkahwinan...
Rafi menghulurkan Nadim kepada Nadhir apabila telefonnya berdering kuat.
"Hai Nadim."Nadhir mencium tepi kepala Nadim.Nadim yang seperti tahu itu bapanya terus merangkul leher Nadhir dan meletakkan wajahnya di celah leher si ayah.
"Oww..maafkan papa sayang."dicium kepala si kecil dengan lama.Nadim tersengih sambil tangan merayap di sekitar wajah Nadhir.
"Mammaa."
"Mama masak sayang, Nadim duduk dengan papa ya kejap?"
Nadim mengangkat plastik di sebelahnya.Nadhir yang memandang belon air itu terus tergelak.
"Okey jom kita main dekat luar ya? Nanti basah pula karpet nenek ni."
Nadim menepuk tangan.
"Eeee comel anak papa ni!"
SYIFA mengerling Nadhir yang sedang melayani Nadim.Dia membuka bungkusan nasi di hadapannya.
"Kasi Rafi je lah nasi umi, umi nak makan sambal petai ni."Syifa hanya mengangguk.
"Pergi panggil dia orang makan."
Syifa menuju ke arah mereka bertiga.Nadim yang sedang berpaut di kerusi didukung.
"Umi ajak makan."kata Syifa dingin lalu berlalu masuk.Nadim didudukkan di atas kerusi bayi.
"Meh kita makan sama-sama.Ha Nadhir makan ambil pinggan tu.Umi buat sambal petai, ayam balado dengan ikan goreng je ni."
Mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh Rafi.Syifa membuka bungkusan nasi kandar yang dibeli tadi.
"Syifa teringin nak makan nasi kandar tu yang kita orang ke pasar malam tu."
"Hah? Syifa pregnant ke?"soal Rafi.Serentak anak mata Nadhir,HajahZaitun dan Syifa memandang lelaki itu.Rafi tersengih.
"Tak dia teringin je."balas Hajah Zaitun.
"Nadhir, kenapa ambil petai ni.Sedap rugi tak makan."
"Orang kaya mana makan petai mi, dia makan spagheti apa tu hiris daging tu haaa steak.."sindir Syifa.