Perkahwinan antara Razky Nadhir dan Qamira Nur Syifa bukan lahir daripada cinta, tetapi dipaksa atas dasar wasiat seorang nenek. Nadhir menolak keras perkahwinan itu, menyalahkan Syifa sebagai punca segala yang merampas kebebasannya.
Bagi Syifa pul...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Kau drive elok-elok ya."kata Syifa ke arah Ima.Ima mengangguk laju.
Jam 9 pagi mereka berdua sampai ke KL dari Langkawi.Hajat nak bertolak malam tadi terbatal apabila tiada tiket untuk flight malam.
"Rafi balik rumah dia.Kau pandai-pandai lah cari wad Nadhir."kata Ima.Syifa mengangguk laju.
Pipi dan dahi Nadim dicium.
"Umi balik dengan Nadim dulu eh?"kata Syifa.Hajah Zaitun mengangguk.
Kaki mengatur langkah ke arah kaunter.Jururawat yang bertugas memandang Syifa.
"Ya cik?"
"Saya nak tanya wad suami saya dekat mana?"
"Nama suami puan apa ya?"
"Razky Nadhir Bin Dato Fadli."
"Owh puan belok kanan ada lift naik tingkat 3 cari bilik vvip nombor 7."
"Terima kasih, nurse."Jururawat itu tersenyum.
Syifa berjalan sambil melihat nombor di atas pintu.Jalan punya jalan.Dia tersenyum memandang bilik nombor 7.
Baru sahaja dia ingin menolak pintu.Pintu terbuka dari dalam.Terus dia kebelakang apabila melihat doktor dan beberapa jururawat menolak keluar katil pesakit yang telah ditutup dengan kain putih.