Bab35

10.7K 289 30
                                    

  MATA terbuka dengan luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 
MATA terbuka dengan luas.Dia memandang sekeliling bilik itu.Pinggang yang terasa sakit diusap perlahan.

  "Dah bangun dah?"soal Syifa dingin.Jam di dinding sudah menunjukkan jam 6 setengah pagi.

  "Best ke tidur bawah tu."sindir Syifa.Nadhir memandang Syifa dengan terpinga-pinga.

  Covid tu datang dari mana?

"Awak ni dah kenapa? Pergi la ambik wuduk apahal dah keluar agama ke?"

  "Harini hari apa?"tanya Nadhir.

  "Harini hari selasa, semalam isnin awak sampai sini aduh awak ni hilang ingatan ke?"jawab Syifa.

  "Saya mimpi kita kena virus."balas Nadhir.

  "Tu semua mimpi mainan tidur, mengarut la virus ke apa ke!"marah Syifa.

  "Awak tak maafkan saya lagi?"soal Nadhir.Syifa menjulingkan mata.

  "Saya takkan maafkan awak.Lainlah kalau awak mati baru saya maafkan dan minta maaf."kata Syifa sinis sebelum melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Nadhir yang tergamam.

"Sampai hati buat abang macam ni..."

Dahi Hajah Zaitun berkerut memandang Syifa yang sedang memotong buah pisang untuk Nadim.

"Kenapa hentak-hentak ni?"soal Hajah Zaitun.

"Dia orang buat apa dekat sini?"tanya Syifa.

"Arwah Zidan suruh Rafi tengok rumah ni."

"Dah ada orang ni kan pergi balik lah! Lari sini jumpa sini lari sana jumpa sana serabutlah!"kata Syifa.Nadim terkebil-kebil memandang Syifa yang sedang membebel.

"Tengok Nadim tu, bosan dah Syifa duk bebel je hari-hari."Syifa tergelak.Nadim turut tersengih menunjukkan gusi yang putih.

"Eee Nadim dah nak naik gigi lah!"kata Syifa teruja.

"Ha dah ada gigi tu lagi sedap la menggigit.Kamu juga yang sakit nanti."terus kaku tubuh Syifa.

"Awak jangan eh. Sian mama sakit nanti."kata Syifa menarik hidung si kecil.

"Nadim!"semerbak bau wangian Nadhir menerjah hidungnya.Nadhir berdiri di belakang mereka berdua dengan tangan mencuit pipi si kecil.

  "Umi nak masak sarapan ke tu?"soal Nadhir.

  "Haah, tak tahu lagi nak buat apa.Syifa suruh umi buat mi."

  "Takpalah umi takpayah masak, Nadhir rasa nak makan mi bandung dekat kedai depan sana.Semalam Nadhir nampak."

  "La Syifa pun suruh masak mi bandung teringin nak makan.Amboi kuat betul jodohnya ya."

  "Syifa nak keluar kejap umi.Beli nestum Nadim dah nak habis."kata Syifa.

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now