Nadhir menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Briefcase diletakkan di atas lantai begitu sahaja.Tangan merungkai tali leher dan butang bajunya.Kepalanya sakit menyengat tidak berhenti.
Dia memeluk bantal di sebelahnya.Matanya terpejam apabila terasa nyaman.
PRANGG!
Matanya terbuka luas, dia melihat sebotol perfume jatuh berkecai di lantai.
"Perfume Syifa.."kata Nadhir perlahan.Bau perfume itu semerbak di hidungnya.Rasa tenang dan sangat nyaman.
"Syifa.."
"Abang bunyi apa tadi tu?"soal Rafi.Nadhir tidak menjawab malah sibuk mengutip kaca-kaca yang bertaburan.
"Nah kain."Nadhir menghalang si adik mengelap cecair di atas lantai.
"Jangan."halang Nadhir.Baju Syifa yang masih berbaki di dalam almari ditarik keluar.Baju itu mengelap cecair tersebut sebelum perlahan-lahan dia menghidu baju ditangannya.
"Ni bau Syifa."kata Rafi.Nadhir mengangguk.
"Kau tolong abang kejap."kata Nadhir.Rafi mengangkat sebelah kening.
"Tolong lap ni, baju ni jangan sesekali sentuh."kata Nadhir.Baju tersebut disangkut di kepala katil.Dia berbaring kembali.
"Syifa, aku rindu kau."
"Baby ni jangan aktif sangat, sakit mama."kata Syifa mengusap perutnya.Sekarang sudah senja, dia berada di halaman rumah menghadap sawah padi sambil melihat matahari terbenam.
"Cantik kan sayang?"soal Syifa.Si kecil aktif menendang perut si ibu.
"Mama sayang papa sangat-sangat.Tapi, mama tak boleh terima apa yang dia dah buat dekat mama dengan tokpa."
"Dia hina keluarga kita sayang.Dia tak mengaku baby anak papa."
"Mama tak pernah curang dengan dia, tapi dia sanggup fitnah mama depan keluarga dia.Sampaikan mama kena halau dari rumah tu."
"Mama minta maaf sayang.Kalau kamu dah besar mama tak boleh manjakan kamu dengan duit.Mama hanya boleh manjakan kamu dengan kasih sayang.Mama miskin tak kaya macam papa."
"Kita hidup berdua okey sayang? Tak perlu sesiapa."
"Nanti lepas sayang dah masuk lima bulan, kita akan pergi jauh dari tempat ni."
"Mama nak mulakan hidup baru dengan anak mama ni, insyaAllah."
"Sampai hati nak tinggal baba."Syifa menoleh memandang Zidan yang masih lengkap dengan kemeja kerja.
"Dah balik dah?"Zidan mengangguk.Biasanya pukul 5 dia ada dekat rumah tapi harini banyak pula kerja yang kena dia selesaikan.Ni dah pukul 6 setengah petang.
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Romance[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...