"Alhamdulillah, Syifa!"Hajah Zaitun memeluk Syifa erat.Setelah hampir seminggu lebih mereka berpisah akhirnya mereka diketemukan kembali.
"Syifa okey sayang?"Syifa mengangguk.Keputusan dia dan Rafi negatif tetapi mereka ditahan dihospital itu selama tiga hari untuk keputusan yang kedua.
"Nadhir macam mana?"
"Nadhir dah bangun..cuma keadaan dia teruk sikit."kata Syifa perlahan.
"InsyaAllah takda apa-apa.Kita kena kemas barang-barang.Lusa dah start Perintah Kawalan Pergerakan."
"Ya umi, kita kena kemas barang sekarang juga.Petang nanti kita bertolak balik terus."kata Syifa ingin berlalu pergi.
Tangannya dipegang oleh Hajah Zaitun.
"Nadhir? Syifa nak tinggal dia?"Syifa terdiam.
"Umi, sekarang ni kita kena pergi dulu dari sini.InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita."kata Syifa.
"Syifa, aku nak cakap sikit."kata Rafi dingin.Hajah Zaitun terus berdiri dan berlalu ke dapur.
"Kenapa Rafi?"
"Sampai bila kau taknak bercakap dengan Nadhir?
Syifa, dia dah cukup sedih bila tahu dia positif.Kita orang sekeliling dia ni kena bagi semangat dekat dia.""So? Kau bagi je lah."balas Syifa.
"Syifa! Kau tu isteri dia!"bahu Syifa dicengkam kuat.
"Aku sedih tengok abang aku macam tu.Dari hari pertama dia sedar sampai sekarang dia tak berhenti call tanya pasal kau."
"Tolong la Syifa..tolong la kalau kau benci dia sekali pun angkat call dia please."
"Penyakit tu bahaya Syifa, dah berpuluh orang mati dalam seminggu.."jantung Syifa berdegup laju.
"Kau nak Nadhir mati dulu baru kau menyesal ke?"
"Aku..aku masih tak boleh terima dia Rafi."
"Aku tahu Syifa, aku tahu."
"Tapi tolong jangan selfish fikirkan perasaan dia juga dan Nadim.Takkan dia nak membesar tanpa kasih sayang seorang bapa?"
"Kau tak cukup kuat untuk membesarkan dia seorang diri."kata Rafi.
"Aku boleh, aku boleh besarkan Nadim tanpa dia!"
"Kau ingat senang ke aku nak lupakan apa yang dia buat?!"
"Dia hina aku, keluarga aku! Dia halau aku dan dia sangat bencikan aku."
"Tu dulu Syifa dulu!"jerkah Rafi.Terhinjut kedua-dua bahu Syifa apabila dijerkah.
"Kau hanya fikirkan perasaan kau.Tolonglah buka mata dan hati kau balik.Jangan disebabkan kejadian dulu kau berdendam dengan dia sampai sekarang.Dia masih suami kau."
YOU ARE READING
Bukan Pilihan Hati
Romance[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir. "Saya terima perkahwinan...