Keesokan harinya...
6:15 a.m..
Yuju mencalitkan pelembab bibirnya selepas selesai memakai baju.
"Ok nice!" Yuju mengemamkan bibirnya untuk meratakan pelembab bibir. Lalu pelembab bibir itu diletakkan di dalam beg sandangnya.
Yuju mengikatkan rambut Blubb Bangs Updo.
(Macam ni 👆🏽)
Selesai sahaja, Yuju keluar dari bilik. Pintu biliknya ditutup. Lalu kakinya melangkah ke meja makan.
"Selamat pagi cinta-cintaku!" ucap Yuju riang ke arah Tn. Choi dan Pn. Choi.
"Siapa cintakan kamu? Omman cintakan appa kamu. Saranghae yeobo" ucap Pn. Choi. Mini love dihadiahkan pada Tn. Choi.
Tn. Choi mengukirkan senyuman pada Pn. Choi.
"Kalau omma tak cintakan Juju, Juju takkan ada dekat dunia ni" kata Yuju lantang.
Pn. Choi mengemam bibir tanda geram. Lalu pisang yang berada diatas meja diambil dan baling ke arah Yuju dua kali.
Tetapi Yuju tidak mengelak dan pisang itu disambut elok.
"YAH! MULUT KAU NI TAK BOLEH NAK JAGA!" kata Pn. Choi dengan suara tinggi.
"Hihihihi. Gomawo untuk pisang ni" ucap Yuju yang menunjukkan 2 pisang yang berada di kedua-dua belah tangannya. Lalu dua pisang itu disimpan di dalam beg.
"Haihh kamu beranak ni. Tiap pagi kalau tak dengar suara gaduh kamu, tak sah" tegur Tn. Choi dengan gelengan kepala.
"Ok lah omma, appa, Juju nak pergi kerja" pamit Yuju. Gembira.
"Jangan nak berdating pula. Lepas kerja tu terus balik" Pn. Choi sudah memberi peringatan terakhir.
"Mana adalah omma. Dah lah. Nanti lambat pula" selepas menyalami kedua-dua ibu bapanya, Yuju berangkat meninggalkan rumah.
*****
Di rumah Taehyung...
6:23 a.m.
Taehyung menutup pintu biliknya selepas dia selesai menyalinkan pakaiannya untuk pergi ke pejabat. Disaat dia menuruni tangga, kelihatan Mrs. Kim sedang menyidangkan sarapan pagi.
"Selamat pagi omma" tegur Taehyung dengan senyuman. Tangan kirinya menarik kerusi. Lalu dia labuhkan punggung di atas kerusi.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...