Bab 7 - Ciuman

185 13 1
                                    

"TN. TAEHYUNG! JAGA-JAGA!!"

Taehyung tersengih sinis. "Kau ingat kau boleh tipu aku supaya kau boleh lari kan? No. Never" katanya.

Yuju merengus geram. Orang cakap betul-betul dia kata main-main pula. Yuju perhati namja di belakang Taehyung. Ok nampaknya namja itu memang nak memukul Taehyung dengan kayu. Namja itu dah siap mengangkat kayu itu.

Tetapi Taehyung seperti tidak percaya dengan kata-kata Yuju. Nampaknya tiada pilihan lain. Yuju menarik tangan kanan Taehyung sehingga Taehyung melangkah ke hadapan. Manakala Yuju memusing tubuh menghadap Taehyung.

Buk!

Taehyung memandang badan Yuju yang tidak sedarkan diri. Kali ini Yuju berkata benar. Memang ada orang ingin memukulnya sehingga Yuju menyelamatkan dirinya. Taehyung sambut tubuh Yuju.

"Yuju! Yuju-ah!!" Taehyung menepuk perlahan pipi Yuju untuk menyedarkan yeoja itu. Tetapi Yuju tidak sedarkan dirinya.

"BODOH! MEMEKAK KAT TEMPAT AKU JELAH KORANG NI!!" tengking namja itu.

Perlahan- lahan Taehyung mengangkat kepalanya. Matanya memandang tajam ke arah namja itu. Seperti namja itu lagi mabuk.

Taehyung dengan perlahan meletekkan tubuh Yuju di atas lantai jalan. Lalu dia bangun. Matanya memandang tajam pada namja itu. Dengan perasaan geram, Taehyung melayangkan satu tumbukan pada namja itu.

Buk!

Namja itu tersungkur dan tidak sedarkan diri selepas menerima tumbukan kuat pada Taehyung. Mungkin disebabkan kesan alkohol yang tinggi, dia pengsan.

Taehyung tersengih sinis. "Tunjuk berlagak konon. Puuihh!" Taehyung meludah air liurnya tepat-tepat pada muka namja itu.

(Kalau army yang kena ludah dengan air liur si Taehyung tu confirm dia simpan buat kenangan 😁)

Taehyung berpatah balik ke arah tubuh Yuju. Beg galas Yuju dan beg kertas yang mengandungi baju yang dibelinya diambil. Lalu beg galas itu disangkut pada bahu kirinya manakala beg kertas itu Taehyung genggam.

Dengan perlahan, tubuh kecil yeoja itu digedongnya. Nampaknya, Yuju terpaksa bermalam di rumahnya. Kaki Taehyung melangkah ke rumahnya.



*****



Di rumah Taehyung..

Selepas pintu rumah dibuka oleh En. Cheong, Taehyung melangkah masuk ke rumahnya.

"Ommo Tuan muda. Kenapa dengan Yuju ni?" tanya En. Cheong risau.

"Yuju selamatkan saya dari kena pukul" beritahu Taehyung. Tubuh Yuju terlebih dahulu diletakkan di atas sofa.

"Tuan muda nak saya panggilkan omma Yuju?" tanya En. Cheong.

"Ani. Nanti saya terus call dia" kata Taehyung. "En. Cheong pergi lah balik dulu" sambungnya.

En. Cheong menunduk hormat. Lalu dia tinggalkan rumah Taehyung.

Boombayah~

Taehyung yang terdengar bunyi lagu itu segera mencari. Telinganya dapat menangkap bunyi itu datang dari beg Yuju. Lalu dia selongkar beg Yuju sehingga dia mencapai samsung note 10 milik Yuju. Mata Taehyung melihat nama pemanggil itu.

CEO & GAMER [HIATUS]Where stories live. Discover now