"Ehem..ehem..Ni aku Taehyung" beritahu Taehyung dengan riak kosong.
Yuju terdiam matanya memandang semula skrin di telefon. Nama Tn. Taehyung terpapar di skrin. Yuju melekapkan semula telefon itu di telinga kiri.
"Ya.." suara Yuju kembali lembut. Entah kenapa dia berasa takut lepas Yuju tertengking Taehyung.
Huening memandang Yuju di sebelahnya. Dan dia memandang masa Yuju yang tinggal di dalam game itu. Matanya membulat.
"YAH YUJU! MASA KAU DAH NAK HABIS TU!!" kata Huening dengan suara tinggi. Matanya melekap pada permainannya.
Yuju terkejut. "Tuan, saya matikan telefon sekejap" Laju sahaja Yuju mematikan telefonnya lalu dia sambung permainan. Banyak bahasa-bahasa kesat keluar dari mulut mereka berempat.
Noob!
Anjing!
Njir!
Boo!
Report!
Biasakan kita pernah dengar perkataan itu. Itu lah yang digunakan oleh pemain-pemain Mobile Legend.
*****
Situasi Taehyung..
Taehyung memandang skrin iphone 11 pronya. Gelap. Sah Yuju mematikan panggilan.
Tapi sebelum Yuju mematikan panggilan, dia terdengar suara namja. Namja itu cakap masa. Masa untuk apa? Taehyung sendiri tidak tahu.
"Kejap lagi lah aku call dia" kata Taehyung. Lalu telefonnya di atas katil.
Knock! Knock!
"Masuk!" laung Taehyung.
Kelihatan Mrs. Kim menolak pintu bilik Taehyung. Senyuman kecil diberikan pada anak namjanya. Kakinya melangkah ke arah katil Taehyung. Lalu punggung Mrs. Kim duduk di atas katil Taehyung.
"Taehyung, omma nak cakap sikit" kata Mrs. Kim lembut.
"Nak cakap pasal Sera? Tak apa lah. Tae nak.." kata-kata Taehyung dipintas oleh Mrs. Kim.
"Omma tak akan paksa Tae untuk terima Sera sebab ibu bapa Sera ada datang rumah tadi" beritahu Mrs. Kim.
Taehyung memandang ke arah Mrs. Kim dengan dahi berkerut.
Mrs. Kim mengukirkan senyuman kecil pada Taehyung. "Ibu ayah Sera cakap dia nak batalkan perkahwinan anak diorang sebab Sera dah ada namjachingu. Omma tak boleh nak kata apa. Omma pun terima" kata Mrs. Kim.
Taehyung mengukirkan senyuman kecil bila mendengar cerita dari Mrs. Kim.
"Mianhae sebab omma memaksa kamu. Omma buat semua ni untuk kebaikan kamu" kata Mrs. Kim.
Taehyung memeluk tubuh Mrs. Kim. Senyumannya masih lagi terukirmdi bibir miliknya.
"Gomawo omma. Tae pun minta maaf sebab buat muka dengan omma pagi tadi" pinta Taehyung.
Beberapa saat kemudian, mereka melepaskan pelukan. Taehyung memandang Mrs. Kim mengelap airmatanya.
"Dah. Omma dah siapkan makanan dekat bawah" beritahu Mrs. Kim. Dia bangun dari katil Taehyung.
"Ok omma. Nanti Tae turun. Nak mandi sekejap" kata Taehyung.
Mrs. Kim menganggukkan kepalanya. Lalu dia turun ke bawah.
*****
Di rumah keluarga Yuju..
9 : 59 p.m.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...