Di dalam kereta Taehyung...
Keadaan di dalam kereta sunyi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin sahaja 'menyapa' Yuju dan Taehyung.
Yuju mengeluh. Pada mulanya dia mahu pulang ke rumah dengan seorang diri. Namun, Taehyung membantah dan namja itu dengan baik hati menolong Yuju hantar ke rumah.
Tapi Yuju sebenarnya bukan mahu pulang ke rumah. Tetapi dia mahu berjumpa dengan chingu-chingunya di kafe Huening.
"Tn. Taehyung. Saya ok jelah kalau saya balik sorang-sorang" kata Yuju sambil dia memandang Taehyung yang sedang memandu di sebelahnya.
"Aku tahu. Kau sebenarnya bukan nak balik rumah. Tapi kau nak pergi jumpa chingu-chingu kau kan. Ingat aku tak tahu ke? Aku dah banyak kali tengok gerak-geri kau tau" balas Taehyung sinis.
Bibir Yuju memuncung. Dalam dirinya dia tidak suka dengan perubahan Taehyung yang sekarang. Iaitu suka padanya. Ambil peduli tentangnya.
Yuju lebih suka Taehyung yang dulu. Tidak ambil berat pasal dirinya. Kau nak balik lambat. Suka hati kau. Kau nak lepak dengan chingu-chingu kau? Suka hati kau lah. Ya, dia memang suka Taehyung yang dulu. Baik kau buang perasaan suka kau dekat aku.
Aip jangan. Aku pun mula nak melompat bila dia luahkan perasaan dia dekat aku. Tapi aku ragu-ragu. Yuju mengeluh.
"Bukan apa Yuju. Kau tu dah lah yeoja. Tak selamat kalau yeoja balik malam sorang-sorang" ujar Taehyung apabila dia perasan wajah Yuju yang berubah.
"T-tapi Jackson ada je hantar saya. Please Tn. Taehyung. Saya dah lama tak jumpa dengan diorang" Yuju merayu pada Taehyung. Kedua-dua tapak tangan dirapatkan.
"NO!" Tegas Taehyung. "Kau ingat aku buduh? Jackson ada je bagitau aku yang kau tu suka tolak pelawaan dia nak hantar kau balik rumah. Membohong je tahu ea" katanya lagi.
Mulut Yuju terkumat-kamit menyumpah seranah pada Jackson. Jackson tak guna. Tak perlu lah namja itu beritahu tentang ini pada Taehyung.
"Tak payah kau nak menyumpah si Jackson tu. Lagipun, dia tu dah jadi PA aku. PA untuk melihat pergerakan kau" kata Taehyung sinis.
Yuju menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Bibirnya mengetap tanda geram.
Taehyung memberhentikan kereta di hadapan rumah keluarga Choi. Handbreak ditarik ke atas.
"GO.MA.WO lah hantar saya " ucap Yuju dengan tak ikhlas. Tali pinggang ditanggal.
Taehyung tersenyum sinis. Dagu Yuju dicuit kecil "Sama-sama chagiya" balasnya.
"Chagiya..chagiya..eh! Kita ni bukan bercouple lagi ok" balas Yuju meluat. Lalu dia membuka pintu.
Namun pintu kereta ditutup semula apabila tangan kiri Taehyung menarik pintu kereta. Tubuh kecil Yuju ditolak dan bersandar pada kusyen kereta.
Taehyung mendekatkan dirinya pada Yuju. Matanya memandang mata Yuju. Kemudian hidung dan terakhir memandang bibir Yuju yang kebasahan. Halkumnya bergerak ke atas bawah menelan air liur.
Taehyung menyentuh bibir Yuju. "Bibir kau ni akan jadi milik aku suatu hari nanti" ucapnya serius.
Yuju menelan air liur. Jantungnya berdegup tanpa henti. Berhenti berdegup lah jantung!.
Dan tanpa rasa malu, mata Taehyung terarah memandang dada Yuju. Dan dia bertanya tanpa rasa segan. "Kau punya dada saiz berapa? Mana tahu aku boleh tolong belikan kau bra ke bila kita kahwin nanti".
"YAH!" Yuju menolak kasar kepala Taehyung. Kedua-dua tangannya menyilang di dada. Pipinya mula panas.
Dengan pantas Yuju keluarkan dirinya dari kereta Taheyung. Makin lama dia dalam kereta Taehyung, makin gila jadinya. Lalu dia berlari ke arah rumah.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanficHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...