Keesokan harinya..
En. Cheong memarkingkan kereta di dalam perkarangan rumah Taehyung.
Yuju yang berada di dalam kereta mengeluh. Dia teringat akan kata-kata Taehyung sepanjang dia berada di hospital.
'Kalau omma aku ada buat bad something dengan kau, just bagitahu aku'
Sekali lagi Yuju mengeluh. Dan Taehyung juga ada bercerita bahawa Taehyung tidak pulang ke rumahnya hanya kerana dia bergaduh dengan Mrs. Kim disebabkan diri yeoja itu. Yuju seperti rasa bersalah pada Mrs. Kim.
Meskipun Mrs. Kim banyak buat perkara jahat terhadapnya, namun dia harus hormat dengan Mrs. Kim kerana Mrs. Kim adalah omma kepada Taehyung. Jadi, apa yang Mrs. Kim sudah buat padanya, yeoja itu sudah memaafkan Mrs. Kim.
Masuk sahaja di dalam rumah Taehyung, Yuju menerpa ke arah meja makan. Yuju melihat Taehyung dan Mrs. Kim sedang bersarapan. Tetapi, yeoja itu semakin perasan akan muka Taehyung begitu ketat sekali. Takkan dia tak nak maafkan omma dia?.
"Omma, Tae nak pergi dulu" Taehyung bangun dari kerusi.
"Tae, kamu baru makan sikit je ni. Tak sedap ke omma masak ni?" Tanya Mrs. Kim dengan suara sayunya.
"Tak apa. Pandai-pandai lah Tae jaga diri Tae" kata Taehyung dengan riak kosong.
Yuju memandang ke arah Mrs. Kim. Nampak wajah sayu terpapar di muka Mrs. Kim. Mungkin dia berkecil hati dengan sikap Taehyung.
"And lagi satu, Tae akan bawa Yuju pergi ke office"
"Mwo?!" Tidak sempat Yuju mahu berkata, Taehyung pantas menarik lengan kiri Yuju sehinggakan mereka berdua berada di luar rumah.
"Tn. Taehyung, saya kan kerja dekat rumah je"
"Tak payah, hari ni kau kena teman aku pergi office" kata Taehyung. Lalu dia dan Yuju memasuki kereta.
Mrs. Kim mengeluh seketika. Sampai bila anak namjanya mahu begini terhadapnya.
Situasi Taehyung - Yuju
"Tn. Taehyung tak patut buat omma Tn. Taehyung macam tu" kata Yuju mengeluh.
Semasa Yuju memasuki kereta, yeoja itu perasan akan perubahan wajah Mrs. Kim. Sedih. Mengeluh. Tapi dia tahu dalam hati Mrs. Kim pasti berasa sedih dengan sikap Taehyung.
"Omma aku tu patut kena bagi pengajaran. Aku ni bos kau. Bukan omma aku. Dah lah omma aku tak bagi kau makan" kata Taehyung geram.
"Tn. Taehyung, setiap manusia tak lari daripada kesilapan. Lagipun, saya tengok Pn. Kim macam sedih dengan sikap Tn. Taehyung tadi." Kata Yuju.
Taehyung mengeluh. "Dah! Jangan cakap pasal ni lagi. Kalau kau bahas juga, aku cium kau depan En. Cheong" kata Taehyung dengan suara bisik.
Yuju mengembung kedua-dua pipinya. Geram.
******
Di syarikat Kim SoGo Group...
Taehyung dan Yuju memasuki bilik pejabat. Taehyung melabuhkan punggung di kerusi. Matanya memandang ke arah Yuju.
"Tugas kau, kau pergi buatkan aku kopi. Tak manis, tak pahit" arah Taehyung.
"Tapi bukan dekat office Tn. Taehyung ada cleaner ke?" tanya Yuju pada Taehyung.
"Kau melawan cakap aku ke?" Tanya Taehyung sinis.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...