Bab 20 - Tersentuh

56 12 0
                                    

3 hari kemudian...

Sejak dari peristiwa 'dilamar' oleh Taehyung, Yuju cuba mengelakkan diri dari Taehyung. Dirinya datang 10 minit lambat ke rumah Taehyung. Dia tahu jadual Taehyung bergerak ke pejabatnya. Jadi, dia buat keputusan untuk datang lambat ke rumah Taehyung walaupun dia tahu tuan majikannya pasti akan marah dengan jadual kehadirannya.

Masuk sahaja ke dapur, Yuju meletakkan beg sandangnya di bawah meja bar. Yuju mengemaskan sedikit pakaiannya sebelum melangkah untuk membersihkan bilik Taehyung dan bilik tetamu yang didiami oleh Mrs. Kim.

Yuju telah tiba dihadapan bilik Taehyung. Tanpa rasa segan, Yuju memulas tombol pintu bilik Taehyung. Dia berbuat begitu kerana dia yakin bahawa Taehyung mungkin sedang menuju ke syarikat milik Mr. Kim.

"AAAHHH!!" Yuju menjerit sambil menutup kedua-dua belah matanya apabila melihat Taehyung yang sedang mengenakan tuala dipinggang sambil mengeringkan rambutnya yang basah.

Taehyung yang terkejut dengan jeritan Yuju lantas berlari ke arah Yuju. Mulut Yuju ditekup. "Yah! Wae kau menjerit hah?" geram Taehyung dengan suara bisiknya.

Mata Yuju berkelip tidak henti memandang wajah Taehyung yang masih basah. Mukanya mula memerah. Panas mungkin.

Perlahan-lahan, Taehyung melepaskan tangan yang menekup mulut Yuju. "Wae? Terpesona dengan body aku Yuju?" Soal Taehyung sinis apabila dia melihat muka Yuju yang memerah.

Yuju menelan air liur kasar.

Taehyung mengambil tangan kanan Yuju. Lalu tangan kecil yeoja itu dibawa ke arah perutnya yang berketul-ketul.

'AAAHHHHHH!' Yuju hanya mampu menjerit di dalam hati. Tangan kanannya yang merasa perut Taehyung itu terkaku. Buat pertama kalinya dia menyentuh permukaan perut Taehyung.

"Aku tak akan bagi yeoja lain sentuh perut aku. Tapi dengan kau, heh. Bukan setakat sentuh perut aku je, aku pun boleh buat kau hilang period selama 9 bulan" kata Taehyung dengan senyuman sinis.

"Aik? Boleh ke hilangkan period saya dalam 9 bulan? Tak pernah dengar berita-berita macam tu pun" Hah. Keluar sudah sikap Yuju yang naif itu.

Taehyung mendekatkan bibirnya pada telinga kiri Yuju "Period kau hilang tu sebab aku bagi kau baby lah" balasnya sinis.

Dengan pantas Yuju menolak tubuh Taehyung kasar. Mukanya semakin memerah. Sekarang dia sudah faham apa itu 'period hilang selama 9 bulan'. Tak guna. Dia terkena.

"S-saya keluar dulu" Yuju berlari meninggalkan bilik Taehyung. Sebaik sahaja tutup pintu, Yuju menyandarkan tubuh di belakang pintu.

Perlahan-lahan, tangan kiri Yuju mula menyentuh dadanya. Dapat rasa degupan jantung yang begitu laju sekali.

"Macam ni ke rasa bila seseorang itu suka dengan kita?" Kata Yuju sendirian.

"Hahahahahahahaha!" Dapat juga dia dengar ketawa Taehyung dari bilik. Perasaan geram muncul dalam diri Yuju.

"Daripada dok dengan mamat ni, lebih baik aku pergi tengok Puan" kata Yuju. Lalu dia pun pergi ke bilik Mrs. Kim.

Taehyung yang baru habis ketawa itu menggelengkan kepalanya. Suka mengenakan Yuju. Tapi jujur, dia seperti suka dengan muka Yuju yang semakin memerah.

'Aku akan cuba ambil hati dia'





******





Di bilik Mrs. Kim...

'Tok! Tok! Tok!'

"Puan, saya masuk dulu ya" kata Yuju di luar bilik.

CEO & GAMER [HIATUS]Where stories live. Discover now