Seminggu kemudian...
Selama seminggu Yuju bekerja di rumah Taehyung dan 'ditemani' oleh Mrs. Kim, Keadaannya mula berubah. Dia yang dulu berasa gembira, kini raut wajah muram muncul di mukanya. Badannya yang dulu dalam anggaran 52 kg, kini turun dalam 45 kg.
Bila tiba waktu rehat pula, Yuju hanya menyediakan 2 ataupun 3 batang pisang yang dibawa dari rumah. Yuju tidak mahu ditanya sama En. Choi serta isterinya kenapa tiap-tiap hari membawa pisang.
Yuju terpaksa menipu kedua-dua ibu bapanya. Yuju patuh akan arahan Taehyung jika Taehyung melarangnya untuk makan makanan yang dibeli oleh Taehyung.
Yang paling sedihnya, Yuju diperlakukan seperti orang suruhan zaman dahulu. Dahulunya lap lantai menggunakan mop, kini dia gunakan kain bersih untuk lap lantai. Ketika ingin membasuh baju, Yuju akan dipaksa untuk mencuci menggunakan kedua-dua tangannya.
Sesekali ada masa itu, Yuju melihat Mrs. Kim makan makanan yang sedap, membuatkan Yuju terliur melihat makanan itu. Jadi, dia hanya makan buah pisang sambil di dalam pemikirannya makan makanan yang dilihat itu.
Pada masa yang sama, Taehyung tidak tahu akan situasi Yuju yang selalu di arahkan oleh Mrs. Kim. Apa yang di tanya pasti akan kata begini.
"Omma, Yuju ada buat apa-apa dengan omma tak?"
"Omma, Yuju ada pukul omma tak?"
"Omma, Yuju ada suruh kerja macam dia ke?"
Yuju yang mendengar itu hanya berdiam diri. Tapi di dalam hatinya, mahu saja dia beritahu apa Mrs. Kim buat padanya. Tapi bila teringat akan ugutan yang dikatakan Mrs. Kim, Yuju hanya berdiamkan diri.
"YAH PEREMPUAN! BERSIHKAN NI!"
"Nae puan" Yuju mengambil penyapu dan penyodok. Dan dia melangkah ke arah ruang tamu.
Dilihat banyak keropok-keropok hertaburan di atas lantai. Yuju tahu pasti Mrs. Kim sengaja tumpahkan keropok-keropok itu di atas lantai.
Mrs. Kim memandang tubuh Yuju yang sedang menyapu sambil tersenyum sinis. Entah kenapa kaki kanannya tiba-tiba ringan dan terus menolak tubuh belakang Yuju sehinggakan pinggang kiri Yuju berlanggar dengan bucu meja.
Buk!
"Aaawww!" Yuju mula mengerang kesakitan yang amat pada pinggang kirinya.
(uiishh! tak boleh bayangkan kalau pinggang kita berlanggar dekat bucu meja. Sakit yang amat)
Mrs. Kim tersenyum sinis. Lalu dia bangun dari sofa. "Jangan tercegat dekat situ lagi. Pergi buatkan aku makanan" arah Mrs. Kim.
Lalu Mrs. Kim meninggalkan Yuju yang masih lagi mengerang kesakitan.
Yuju cuba bangun. Namun dia terduduk semula apabila rasa sakitnya masih lagi ada.
"Oh Tuhan. Hilangkanlah kesakitan yang aku hadapi ini Tuhan" Yuju berdoa pada Yang Maha Esa.
Seperti doanya termakbul, Yuju mula bangun. Dia dapat bangun semula walaupun ada rasa sakit lagi. Yuju melangkah ke arah dapur untuk menyiapkan makan petang.
******
Di syarikat KimK...
4:46 p.m.
Kai menutup komputer ribanya apabila dia selesai membuat kerja. Tubuhnya bersandar buat seketika.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
Pintu ditolak dari luar. Kelihatan Woozi yang memasuki ruang pejabat Kai.
"Wei, Yuju ada whatsapp kau tak? Dah lama tak jumpa dia. Dah seminggu lebih dah" tanya Woozi.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanficHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...