Bab 10 - Gatal

74 10 0
                                    

Taehyung pov...

Aku melangkah ke arah bilik pejabat aku. Tetapi mata aku melihat meja kerja HyunA. Dahi aku berkerut kerana tubuh 'gempal' dia tidak kelihatan di meja kerja.

Mungkin dia ke tandas kot.

Aku menjungkit kedua-dua belah bahu. Malas nak ambil tahu. Lalu aku menyambung semula menuju ke bilik pejabat.

Sebaik sahaja aku menolak pintu pejabat aku, aku terkejut apabila melihat tubuh HyunA tiba-tiba berada di dalam pejabat aku sambil menghadap Yuju. Yeoja ini memang nak kena gantung kerja ke apa?! Kan aku baru je cakap jangan masuk bilik pejabat aku sesuka hati.

Tetapi aku lagi terkejut apabila tangan kanan HyunA sepertinya ingin menampar Yuju. Ini yang membuatkan aku marah. Berani dia mahu menampar yeojachi...

Jap! bila masa Yuju jadi yeojachingu aku?!

Pedulikanlah.

Aku melangkah pantas masuk ke dalam bilik pejabat aku. Dan aku panggil namanya kuat

'HyunA!'

End Taehyung pov...




*****




HyunA memusingkan tubuhnya kebelakang. Dia menelan air liur apabila dia melihat Taehyung sedang memandangnya dengan pandangan tajam.

"Tuan.."

"BERAPA KALI AKU CAKAP JANGAN MASUK OFFICE AKU TANPA KEBENARAN AKU!" marah Taehyung tanpa menunggu kata-kata HyunA.

HyunA menelan air liur beberapa kali. Takut. Gelisah. Kali ini dia dapat lihat kemarahan Taehyung padanya.

"KAU KELUAR SEKARANG!!"

HyunA tanpa melengah lagi terus berlari keluar dari bilik pejabat Taehyung. Dan dia terus menghempas pintu tanda marah.

Yuju yang melihat situasi itu menggelengkan kepalanya. Pada masa yang sama dia pun berasa gerun melihat kemarahan Taehyung pada HyunA tadi. Pertama kali dia melihat Taehyung marah. Eh! Bukan pertama kali. Sudah kali kedua dia melihat kemarahan Taehyung. Kali terakhir semasa dia berkata KAU-AKU dengan Taehyung.

Taehyung menarik nafas. Setelah kemarahannya mula reda, matanya memandang ke arah Yuju. "Ni aku bawa first and kit. Rawat luka kau tu. Aku ada kerja nak buat" katanya. Peti kecemasan itu diberikan pada Yuju.

Yuju perlahan-lahan memyambut peti kecemasan. Gerun juga dia tengok versi Taehyung tadi. Yuju menunduk hormat. Lalu dia melangkah ke arah sofa kepunyaan Taehyung.

Sampai ke sofa, Yuju terfikir sesuatu. Matanya memandang ke arah sofa. Tn. Taehyung bagi ke aku duduk sofa dia?. Kata hatinya. Mesti tak bagi punya. Yuju mengeluh.

Peti kecemasan itu dibuka dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya menahan peti kecemasan itu. Tangan kanan Yuju mengambil ubat antiseptik itu dan dua bebola kapas.

Taehyung yang sedang menaip sesuatu di komputer riba terhenti apabila melihat tindakan Yuju. Dia mengerutkan dahinya. Dah kenapa minah ni herdiri.

"Apa yang kau buat tu hah?!"

Yuju memandang ke arah Taehyung. "Tengah nak lap luka dekat hidung saya lah. Apa lagi" balas Yuju. Takkan aku nak lipat baju pejabat kau pula. Kata hatinya.

"Yang kau buat sampai berdiri dah kenapa?" tanya Taehyung.

"Sebab kalau saya duduk dekat sofa nanti Tn. Taehyung tak bagi pula. Baik saya buat berdiri je" balas Yuju.

CEO & GAMER [HIATUS]Where stories live. Discover now