"Yuna-ahh!! Bangun!!" teriak Omma Yuju, Pn. Choi. Tangan kanannya mengetuk pintu bilik Yuju dengan kuat.
"Nae! JuJu dah bangun lama lah" balas Yuju dengan suara mengantuknya.
"Jangan nak tipu! Omma tahu kamu sambung tidur balik kan?! BANGUN CEPAT!!!!!" Yuju automatik bangun dari katil. Tangannya mencapai tuala yang tergantung di almari. Kakinya dengan laju memasuki bilik air.
Yuju mengurut dadanya perlahan. Pertama kali dia dengar suara Ommanya macam tu. Macam pontianak nak lahirkan anak. Yuju menggelengkan kepalanya. Lalu dia membasahkan tubuhnya.
*****
Di rumah keluarga Taehyung...
Taehyung membetulkan butang pada pergelangan tangannya. Kot diletakkan pada tangan kirinya. Kaki Taehyung mula menuruni tangga.
Omma Taehyung, Mrs. Kim memandang tubuh Taehyung yang sedang menuruni tangga. Lalu dia tegur anak namjanya. "Taehyung, ni omma ada buatkan sarapan untuk kamu" tegur Mrs. Kim di meja makan.
Taehyung pergi ke arah meja makan. Banyak juga Mrs. Kim masak untuknya dan untuk Mr. Kim. Punggung Taehyung labuh di atas kerusi.
"Lepas kamu habis kerja, kamu kena ambil Sera dekat butik. Dia call omma tadi" beritahu Mrs. Kim.
"Tae tak suka dia pun" balas Taehyung tanpa riak.
Entah kenapa Taehyung dapat rasakan Mrs. Kim suka mengongkong hidupnya. Dia dah besar. Umur dah 25 tahun. Sepatutnya dia kena berdikari. Boleh cari pasangan sendiri.
"Tae, apa salahnya kalau kamu dah ada yeochin, lagipun umur kamu dah meningkat" kata Mrs. Kim lembut.
Taehyung hanya diam sahaja. Mulutnya tidak habis mengunyah makanan yang berada di atas meja itu. Habis sahaja mengunyah, dia lap mulutnya dengan tisu.
"Tae dah lambat. Tae pergi dulu" pinta Taehyung. Dia membongkok menunduk hormat pada Mrs. Kim. Lalu dia meninggalkan kediaman keluarganya.
"Susah betul lah nak ikut arahan aku" Mrs. Kim mengomel geram. Matanya menjeling tajam pada anak tunggalnya.
*****
Di rumah keluarga Yuju...
"SELAMAT PAGI WIRA-WIRA KU!" laung Yuju dengan perasaan gembira.
Tn. Choi dan isterinya tersedak. Terbatuk-batuk sebab terkejut dengan teriakan Yuju.
"Ommo! Omma, appa ok?" soal Yuju risau. Kakinya pantas berlari ke arah orang tuanya.
Pn. Choi memandang muka Yuju dengan pandangan tajam. Dia bersuara "Ada nampak muka saya ni happy?" tanya Pn. Choi dengan jari telunjuknya ditunjukkan pada mukanya.
Yuju mengerutkan muka "Ada je" balasnya gurau.
Sekali Pn. Choi meluku kepala Yuju. Yuju meraung kesakitan.
"Appaa!! Omma tak sayang kitaa!!" raubg Yuju dengan suara seperti budak menangis.
Tn. Choi menggelengkan kepalanya. Tergelak kecil melihat telatah dua beranak ni.
"Dah! Dah! Ni Yuju makan. Penat omma masak untuk kamu ni" pelawa Tn. Choi.
Yuju pun duduk bersebelahan dengan Pn. Choi. Mereka sekeluarga makan dengan penuh gelak ketawa.
*****
Di bilik Yuju...
Selepas saja makan, kemas rumah, sidai baju yang diarahkan oleh Pn. Choi, Yuju terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Kedua-dua belah tangannya bergerak ke atas dan ke bawah. Seakan dia berada di pergunungan salji.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...