'Dan aku minta maaf kalau aku tuduh kau bukan-bukan'
Yuju memandang Taehyung dengan pandangan pelik. Dah kenapa dengan mamat ni. Biasanya dia ni jenis tak reti nak minta maaf.
Taehyung mengeluh apabila dia melihat Yuju memandangnya pelik. "Aku minta maaf sebab mak aku, kau jadi macam ni. Dan aku baru perasan badan kau dah makin kurus" kata Taehyung.
Yuju memberikan senyuman pada Taehyung. "Alaa. Gwaenchana Tn. Taehyung. Saya pun ada makan dekat rumah juga. Tn. Taehyung jangan risau lah. Kalau saya tak makan lamgsung, dah tentu saya mati dan takkan wujud dekat sini. Hahahahaha" kata Yuju. Lalu dia sambung makan semula.
Taehyung hanya mengeluh sahaja. Sesekali matanya memandang ke arah Yuju yang makan begitu gelojoh.
"Kau memang yeoja yang kuat Yuju" kata Taehyung memandang Yuju.
"Lahh. Tn. Taehyung baru perasan ke yang saya kuat. Saya boleh angkat meja, kerusi, 5 buku te.."
"Bukan kuat tu lah pabo!" kata Taehyung geram. Bukan itu yang Taehyung maksudkan.
Yuju tergelak kecil.
"Maksud aku, kau kuat walaupun orang buat kau macam ni. Dera kau, tak bagi kau makan. Kena tengking pun kau tak menangis" kata Taehyung.
Sepanjang Taehyung memarahi Yuju, dia tidak pernah melihat Yuju mengalirkan air mata. Tetapi, dia hanya melihat jelingan dan mulut Yuju yang seperti terkumat-kamit menyumpah dirinya.
"Alaa.. Omma dengan appa saya dah memang ajar saya untuk kuat. Kalau orang buat kita, kita buat orang tu balik" kata Yuju bersemangat.
"Habis tu, wae kau tak bagitahu aku pasal benda ni?" tanya Taehyung tersenyum sinis memandang Yuju.
"Kalau saya bagitau, Tn. Taehyung percaya saya ke?" pertanyaan Yuju itu membuatkan Taehyung terdiam.
"Mesti lah tak. Sebab Tn. Taehyung tu anak Mrs. Kim. Anak mana je nak percaya orang luar daripada omma kandungnya sendiri. Belum lagi bila Tn. Taehyung berkahwin. Nanti bila bakal isteri Tn. Taehyung kena macam saya, lepas tu bakal isteri Tn. Taehyung mengadu dekat Tn. Taehyung yang dia kena dera dengan Mrs. Kim, lagi lah Tn. Taehyung marah bakal isteri Tn. Taehyung sebab buruk-burukkan Mrs. Kim. Melainkan bila kita tengok bukti. Macam sekarang, Tn. Taehyung tengok CCTV yang Mrs. Kim buat sesuatu dekat saya" kata Yuju panjang. Lalu dia menyambung makan semula dengan berselera.
Taehyung sepertinya terkesan akan kata-kata Yuju. Ya betul. Memang dia akan lebih percaya kata ommanya berbanding orang luar. Kalau Taehyung inginkan kebenaran, dia akan melihat kebenaran itu di depan matanya.
"Erghh!" Yuju sendawa selepas dia menghabiskan minuman mineralnya.
Taehyung hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Yuju.
"By the way Tn. Taehyung, saya nak minta cuti esok boleh tak?" pinta Yuju. Bibirnya dimuncungkan ke hadapan.
"Ok. Kau boleh cuti. Tapi lepas kau sembuh, kau sambung kerja balik macam biasa. Pasal omma aku tu, biar aku yang settle" kata Taehyung.
"T-tapi bukan seb.." kata-kata Yuju dipotong oleh Taehyung.
"Dah takde tapi-tapi. Baik kau tidur. Rehat secukupnya" kata Taehyung muktamad.
Yuju mengeluh. Bukan sebab Yuju mahu cuti sakit, tapi dia ada pertandingan E-Sukan esok.
Taehyung memandang persekitaran bilik wad Yuju. Matanya memandang ke arah sofa di hadapan katil Yuju. Kedua-dua belah kaki Taehyung bergerak ke arah sofa tersebut.
"Tn. Taehyung tak balik ke?" tanya Yuju apabila melihat Taehyung berbaring di atas sofa.
"Dah..dah..tidur!" Taehyung cuba menukar topik. Bukan dia tidak mahu pulang, tapi bila teringat tentang Mrs. Kim membuatkan dia tidak ingin pulang ke rumah. Dia ingin menjaga Yuju. Dia ingin menebus kesalahannya.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...