Taehyung menyandarkan tubuh di kerusi. Matanya memandang siling yang berwarna putih itu. Di dalam fikirannya mula ingat apa yang di katakan pada Yuju petang tadi.
Taehyung menggengam kuat tangannya. Perasaan marah mula muncul balik di dalam dirinya. Bukan perasaan marah terhadap Yuju.
Tetapi pada Mrs. Kim
"Aku kena minta maaf dengan Yuju" tekad Taehyung.
Lalu Taehyung pantas meninggalkan bilik dan berlari ke arah ruang tamu.
Mrs. Kim yang sedang menonton televisyen beralih melihat Taehyung yang berlari turun dari tangga.
"Tae, kamu nak pergi mana?" tanya Mrs. Kim.
Tetapi Taehyung hanya mengendahkan pertanyaan Mrs. Kim. Rasa marahnya dengan Mrs. Kim belum reda lagi.
"Mungkin dia nak ambil yang tertinggal dekat office kot" kata Mrs. Kim. Lalu dia menyambung semula menonton televisyen.
Sampai sahaja di pintu rumah. Taehyung melihat En. Cheong yang sedang bersiap untuk meninggalkan rumah Taehyung.
"En. Cheong!"
En. Cheong memusingkan tubuh ke belakang apabila telinganya terdengar seseoranf memanggil ke arahnya. Kelihatan Taehyung berlari ke arahnya.
"En. Cheong ada hantar Yuju balik ke?" tanya Taehyung.
"Ani. Dia kata dia nak pergi rumah Jackson" balas En. Cheong.
Taehyung menganggukkan kepalanya. "En. Cheong, boleh bagi kunci kereta dekat saya. Saya nak pergi pasar" bohong Taehyung.
En. Cheong memganggukkan kepalanya. Lalu kunci kereta bertukar tangan. Taehyung mengambil kunci kereta.
"Kalau macam tu saya balik dulu" kata En. Cheong.
Taehyung mengganggukkan kepalanya. Matanya melihat pemergian En. Cheong.
Taehyung berlari ke arah kereta. Setelah kunci kereta dibuka, Taehyung memasuki ke dalam kereta. Enjin kereta mula dihidupkan. Lalu dia memandu keretanya ke rumah Jackson.
******
Di luar rumah Jackson...
"Gowamo sebab layan lembut dengan aku" ucap Yuju tersenyum.
Sampai sahaja di rumah Jackson, Yuju terus masuk ke rumah Jackson tanpa menunggu tuan rumah pelawa.
Pada mulanya Jackson pelik kenapa Yuju tiba-tiba datang ke rumahnya dengan keadaan seperti tidak bermaya.
Masuk sahaja di rumah, Jackson melihat Yuju sedang memasak 2 paket ramen Jackson tanpa minta persetujuan dengan Jackson.
"Kejadah kau kalau aku nak berlembut dengan kau. Kau yang tiba-tiba melulu masuk ke rumah orang sesuka hati" kata Jackson geram.
Yuju hanya ketawa terkekeh-kekeh. "Kalau macam tu, aku balik dulu lah" ujar Yuju.
"Nae. Hati-hati balik. Jangan lupa esok kita ada game" Jackson sempat memberitahu Yuju akan pertandingan itu.
"Aku sentiasa ingat. Ok lah, bye!" Yuju mula melangkah meninggalkan rumah Jackson.
Jackson memerhati Yuju dari belakang tubuh yeoja itu. Setelah Yuju semakin jauh dari penglihatannya, Jackson melangkah masuk ke dalam rumah.
Taehyung yang sedang memandu keretanya ke rumah Jackson segera memperlahan keretanya apabila dia melihat Yuju berjalan kaki dengan perlahan.
Yuju yang sedang berjalan kaki tiba-tiba berhentikan langkahnya. Matanya melihat kereta Taehyung yang seakan-akan memandu ke arahnya. Mungkin En. Cheong mahu mengambilnya.
YOU ARE READING
CEO & GAMER [HIATUS]
FanfictionHero: Kim Taehyung as Himself Heroin: Choi Yuna @ Yuju as herself Kim Taehyung, merupakan seorang CEO di syarikat milik appanya. Namja yang kacak dari segi rupanya. Tetapi, dia mempunyai sikap yang sombong, angkuh, riak dan segala jenis sombonglah...