Bab 22 - Gembira

48 12 1
                                    

"S-saya terima perasaan Tn. Taehyung terhadap saya"

"A-apa?" Taehyung memandang Yuju dengan terkejut.

"S-saya terima Tn. Taehyung. Sebab saya pun sukakan Tn. Taehyung" luah Yuju tersenyum.

Pantas sahaja Taehyung memeluk tubuh kecil Yuju. "G-gomawo Yuju. Aku happy sangat kau balas cinta aku" ucap Taehyung gembira. Senyumannya masih lagi terukir dibibirnya. Gembira tidak terkata.

Yuju membalas pelukan Taehyung. Dia pun tersenyum di dalam pelukan Taehyung. Hatinya seperti berbunga-bunga di dalam pelukan.

Beberapa saat kemudian, Taehyung melepaskan pelukannya dengan Yuju. Muka Yuju disentuh perlahan.

"K-kau serius terima aku? Atau kau nak jaga hati aku je?" Tanya Taehyung inginkan kepastian.

Yuju tersenyum. Kedua-dua tangan Taehyung diraih. "Eung. Sebab saya pun sukakan Tn. Taehyung juga" katanya iklahs.

"Bukan cinta?" Suara Taehyung kembali perlahan apabila Yuju berkata suka padanya. Bukan cinta.

"Eo? Suka dengan cinta tak sama ke?" tanya Yuju dengan dahi yang berkerut.

Taehyung menggelengkan kepalanya. "Ani. Tak sama. Suka. Sayang. Cinta. Memang tak sama kalau dari segi maksudnya" kata Taehyung.

"Suka ni bermaksud kita ni sukakan dari segi karakter dia. Contoh kau suka aku sebab aku ni suka buat lawak. Dalam kata lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita"

"Kalau sayang pula, Kita perlukan dia masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam kata lain, sayang ni ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya"

"Dan kalau tentang cinta, Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Dan sebolehnya mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Macam sekarang. Aku asyik fikirkan kau. Yuju boleh terima aku ataupun tak" terang Taehyung.

Yuju menganggukkan kepalanya. Jadi, dia sudah faham beza antara suka, sayang dan cinta.

"Ok Tn. Taehyung. Saya pun cintakan Tn. Taehyung" ucap Yuju. Senyuman manis diberikan pada Taehyung.

Taehyung memeluk tubuh kecil Yuju. Perasaan gembiranya tidak hilang. Gembira kerana Yuju membalas cintanya.

"Gomawo Yuju"

"Tapi boleh tak Tn. Taehyung hantarkan saya pergi ke kafe Huening" kata Yuju dengan sengihan.

"So, kau cuma nak mempergunakan perasaan aku ke?!" Marah Taehyung. Tubuh kecil Yuju ditolak.

"A-ani. Saya tak cakap pun saya nak mainkan perasaan Tn. Taehyung. Saya cintakan Tn. Taehyung"

"Dah tu yang kau suruh aku hantar pergi kafe chingu kau tu untuk apa? Kau saja balas cinta aku sebab kau nak aku ikut cakap kau kan?" Marah Taehyung lagi. Rasa seperti dipermainkan.

CEO & GAMER [HIATUS]Where stories live. Discover now