Bab 5 - Marah

127 12 0
                                    

"KAU CAKAP SEKALI LAGI?!!!!" rumah Taehyung kedengaran suara oktaf Taehyung.

Yuju terkejut sampaikan kedua-dua bahunya terangkat apabila mendengar suara tinggi Taehyung. Mata tak henti berkelip-kelip memandang Taehyung.

En. Cheong yang mendengar suara oktaf Taehyung melangkah masuk ke rumah. Dilihat tubuh belakang Taehyung yang cuba mengatur nafasnya.

"Tuan muda, bawa bertenang" En. Cheong menggosok perlahan kedua-dua bahu Taehyung.

"AKU PALING PANTANG KALAU PEKERJA AKU CAKAP KAU-AKU DENGAN AKU!!!" marah Taehyung meluap. Matanya tajam memandang Yuju.

Yuju menundukkan kepala ke bawah. Tetapi dia tidak terasa mahu menangis ataupun takut. Dia rasa dia bersalah berkata KAU di hadapan Taehyung.

Taehyung memandang Yuju yang sedang menunduk kepala ke bawah. "APA LAGI, MINTA MAAF LAH!!" tengking Taehyung. Dia cuba menunggu Yuju untuk meminta maaf padanya.

Tetapi Yuju hanya berdiam diri. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan perkataan ''Mianhae' atau bahasa Malaysia 'Minta maaf'. Saja nak terjemahkan 😂.

Taehyung semakin naik api. Kakinya melangkah ke atas untuk masuk ke biliknya dengan perasaan marah. Kedengaran pintu bilik Taehyung ditutup dengan kasar.

Bang!

Yuju dan En. Cheong terkejut sampaikan kedua-dua bahu mereka terangkat.

"Cik Yuju jangan terasa hati dengan Tuan muda tu. Dia kalau naik angin memang suara dia macam tu" kata En. Cheon lembut.

Yuju mengukirkan senyuman. "Saya tak ambil hati pun" balas Yuju jujur.

Prang!!

Prang!!

Yuju dan En. Cheong memandang ke atas apabila terdengar bunyi kaca-kaca di bilik Taehyung. Lalu dia mula mengambil langkah untuk naik ke atas. Tetapi langkahnya terhenti apabila En. Cheong menarik lengan kirinya.

"Sebaiknya Cik Yuju balik dulu. Biarkan Tuan muda bersendirian" kata En. Cheong.

"T-tapi.."

"Gwaenchana. Ahjusshi kerja sini dah lama pun. Tuan muda tak suka pinta simpati orang. Ataupun tuan muda tak suka orang pujuk dia. Biar dia pujuk dirinya sendiri" kata En. Cheong.

Yuju menganggukkan kepala. Lalu Yuju melangkah ke arah sofa. Matanya memandang ke arah baju hitam putih yang baru sahaja dibeli oleh Taehyung. Baju itu dia simpan di dalam beg kertas. Beg sandangnya diambil.

"Cik Yuju nak ahjusshi hantarkan Cik Yuju balik rumah ke?" En. Cheong dengan sukarela ingin menolong Yuju.

Yuju menggelengkan kepalanya. "Ani. Lagipun saya nak jumpa chingu-chingu saya" Yuju menolak pelawa En. Cheong lembut. Lalu dia meninggalkan rumah agam Taehyung dan berjalan kaki menuju ke Kafe Huening.



******



Situasi Taehyung.

Taehyung merebahkan tubuh di atas katil. Tubuhnya kini tidak berbalut dengan pakaian baju pejabat akibat mengamuk. Terserlah badannya yang tegap berpeluh itu. Tangan kirinya mendarat pada dahi. Dia cuba mengaturkan nafasnya. Mata dipejam buat seketika.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

En. Cheong membuka pintu bilik Taehyung perlahan. Dilihat ruang bilik Taehyung yang begitu bersepah disebabkan Taehyung mengamuk. Lagipun, dia sudah terbiasa melihat persekitaran bilik Taehyung yang bersepah akibat mengamuk.

CEO & GAMER [HIATUS]Where stories live. Discover now