t u j u h

10 2 0
                                    



Seorang perempuan dengan bagasi di hadapan pintu utama syarikat aku pandang . Nampaknya harini dia berpindah ke sini . Aku hanya memerhatinya lama .


Aku bergerak ke bilik aku di tingkat 9 . Aku rasa korang mesti tertanya tanya pasal bangunan syarikat ni . Jadi biar aku explain .

Bangunan ni ada 10 tingkat termasuk rooftop dan semua artis yang bekerja di syarikat ni akan tinggal di sini

Tingkat 1 merupakan kafeteria . Manakala tingkat 2-4 merupakan kawasan staff yang bekerja di syarikat ini . Tingkat 5-6 merupakan kawasan yang mempunyai kemudahan seperti recording studio , gym serta bilik latihan . Setiap artis mempunyai pengurus dan pengurus ini tinggal di tingkat 7 .

Tingkat 8 - 9 merupakan kawasan kediaman artis yang bekerja di syarikat ini . Yang terakhir tingkat 10 rooftop bagi syarikat ini .

Ting !

Lif berbunyi menandakan aku sudah sampai di tingkat 9 . Aku melangkah keluar untuk menuju ke bilik aku . Air ditangan aku hirup . Belum sempat aku memasukkan kata laluan di pintu aku disergah dari belakang .

" Adrian ! " sergah Daniel sambil menepuk bahu aku dari belakang

Aku menoleh menghadapnya dan dia mempamerkan sebuah senyuman yang sangat gembira

" Kau nak apa ? " soalku sambil membuat muka tidak ingin tahu kenapa dia gembira

" Kau taknak ikut kitaorang jumpa Adora ke ? " soalnya dalam nada gembira

" Taknak " balasku senada

Senyuman Daniel serba sedikit hampir pudar namun aku takda masa nak jaga perasaan dia

" Kalau macam tu takpala tapi thank you sebab pujuk dia join kita " kata Daniel kembali ceria dengan senyuman

Budak ni mentang mentang dia paling muda penuh sangat dengan senyuman . Oh korang mesti nak tau umur kitaorang kan

So Brian paling tua dalam lingkungan 19 tahun tapi berperwatakan budak budak sikit mungkin sebab banyak sangat bergaul dengan Daniel

Aku unsuprisingly 18 tahun and leader group ni

Then , Danny sebaya dengan Brian . And no bukan kembar Daniel tapi adik beradik . Daniel the youngest 16 tahun

Aku hanya memerhati Daniel yang berlalu pergi . Kata laluan aku masukkan kemudian aku membuka pintu untuk masuk ke dalam . Air ditangan aku letak di atas meja kemudian aku baring di atas katil

I wonder why diaorang ni excited sangat jumpa si budak Adora tu . Bukannya dia special sangat pun . Aku kemudian tanpa sedar berlalu ke alam mimpi .

Telefon yang berbunyi minta dijawab aku angkat .

" Hello " ujarku

" Ha Adrian kitaorang otw hospital ni kecemasan " balas managerku

" Siapa yang sakit ? " soalku bingung

" Tadi ada kemalangan depan syarikat Daniel dengan Adora terlibat " balasnya

Jantung aku seakan terhenti . Daniel nampaknya dikejarkan ke hospital . Ni semua salah si Adora tu . Mesti dia yang ajak diaorang keluar .

" Apa yang jadi ? " soalku

" Daniel hampir kena langgar kereta lepastu Adora- " belum sempat manager aku menghabiskan kata kata aku mematikan panggilan

Aku bergegas turun dan memandu ke arah hospital yang berdekatan . Daniel mesti kena okay .

Aku mencari nombor wad 25 dan terus merempuh masuk . Aku ternampak Adora yang sedang berdiri di tepi katil dan bersiap untuk keluar . Keadaannya nampak agak baik dan tidak mengalami kecederaan serius

" Adora apa yang kau dah buat dekat Daniel ha ?! " ujarku kasar

Dia tidak mempedulikan aku

" Mana Daniel ?! " soalku lagi

" Kalau apa apa jadi dekat dia aku takkan maafkan kau " ujarku

Dia tidak memberikan sebarang respon . Dia berjalan melalui aku untuk keluar dari wad tersebut

" Tepi sikit " ujarnya

Aku menolaknya dan menyebabkan blazernya jatuh . Balutan di tangannya sangat membingungkan aku . Dia memejam mata seakan menahan kesakitan dari tolakan aku itu .

' Apa yang jadi ni ? Bukan Daniel kemalangan ke ? Kenapa dia yang berbalut ? ' soalku dalam hati

Daniel , Brian dan Danny muncul dari belakang . Aku meluru ke arah Daniel dan memusingkannya

" Bukan kau kena langgar kereta ke ? " soalku

" Haah tapi Adora selamatkan aku so sekarang dia yang cedera bukan aku " balasnya innocent

Aku memandang Adora . Dia mengutip blazernya yang jatuh di atas lantai lalu bergerak ke arah kami .

" First , ni hospital jangan jerit jerit . Secondly , jangan risau dia tak luka sikit pun" ujarnya sebelum berlalu melepasi aku

" Brian aku balik dulu " katanya

Aku memerhati dia pergi dengan langkah yang tidak stabil . Oh Adrian what have you done ?

Brian berlari mengejar untuk membantunya . Daniel dan Danny memandang aku .

" Apa kau dah buat ? " soal Danny lalu mengikut langkah Brian .

Daniel memandang aku lama dan berlari mengikut Danny dan Brian .




AdoraWhere stories live. Discover now