Aku bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri taklimat pertandingan yang akan kami sertai bulan lapan nanti bersama managerku.
Pertandingan ini merupakan antara pertadingan band terbesar yang diadakan di Malaysia dan semestinya kami perlu merebut peluang
Aku tiba di Kuala Lumpur tepat 12 tengahari dari jauh dapat dilihat keadaan dewan yang dipenuhi orang
Beg aku ambil dan aku berjalan ke arah dewan tersebut lalu terlanggar seseorang lalu dengan cepat memegang pergelangan tangannya untuk mengelakkan dia jatuh
" You okay ? " soalku
Dia bangun dan menepuk nepuk bajunya
" Yeah im good sorry " balasnya kemudian memandangku
" Adrian ? " soalnya
" You buat apa kat sini Adriana ? " soalku
" I join pertandingan band ni so im here for the taklimat " balasnya
Aku hanya memandangnya . She looks kind of different . Dia dah jadi Adriana yang dulu ke ?
" I got to go sorry " ujarnya dan berlalu pergi
Aku memandangnya lama . Hati aku masih mempunyai perasaan itu . Peristiwa 7 bulan lepas masih tidak dapat aku lupakan apatah lagi kenangan 4 tahun kami .
Sepanjang seminggu di sana aku kerap terserempak dengan Adriana dan hati aku sungguh tak kuat . Perjalanan pulang ke Johor Bahru membuatkan aku teringat akan Adora
They both are messing with my heart . But the question is who actually belong there ?
Aku singgah di cafe Adora . Aku memerhatinya dari luar lama sebelum masuk ke dalam cafe . Dia nampak cute memakai apron biru itu sambil membasuh cawan .
Aku masuk selepas nampak Kak Aina beredar . Aku memesan secawan iced americano . Oh how i miss this girl voice .
Dia menunjukkan muka blur yang cute bila aku bagi pickupline . How can im not attracted to her ? Selepas 5 minit mengusik dia aku membuat keputusan untuk pulang
" Malam ni meeting pukul 8 tau " ujarku dan berlalu pergi
Dia hanya membuat isyarat okay .
Aku melihat jam ditangan . 3 petang . Ada dua jam sebelum shift Adora tamat .
" Lagi 2 minit " kataku kepada mereka
Kami kini berada di bilik mesyuarat tanpa Adora . Jam discreen kami lihat bersama . Sungguh mendebarkan .
Brian mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Adora
" 30 saat lagi " ujar Daniel
Suasana ketika ini sangat mendebarkan
" 3 " kira Danny
" 2 " sambung Brian
" 1 " kataku
5.00 petang
Serentak dengan itu Brian menekan button call dan membuka loud speaker .
" Hello Dora " ujar Brian
" Ye nak apa ? " balasnya dihujung talian
" Nak mintak tolong boleh ? " soal Brian tanpa berlengah
" Tolong apa ? " soalnya
" Kau tolong pickupkan bunga dekat kedai bunga seberang jalan depan cafe kau tu boleh tak ? " ujar Brian lancar
" Aku tengah ada urusan takut kedai tu dah tutup pulak nanti hehe " sambungnya lagi
" Oh okay " balas Adora
" Thank you Dora " ujar Brian
" My pleasure " balasnya kemudian talian dimatikan
Kami menghelakan nafas lega
" Okay sekarang Brian dengan Danny korang decorate bilik meeting ni aku nak pergi amik cake " ujarku
" Daniel kau prepare untuk next plan pulak " kataku dan berlalu pergi
Jam menunjukkan 7.50 bermakna masih ada 10 minit . Kami menunggu kehadiran Daniel dan Adora di dalam bilik mesyuarat itu dengan perasaan teruja dan gementar .
Aku memegang kek dan lilin dah dinyalakan . Suara mereka dapat didengar dari luar . Pintu kemudiannya dibuka .
" Happy Birthday ! " jerit kamu bersama sama
Adora menutup mulutnya kerana terkejut . She probably forget her own birthday . So my suprise for her berjaya .
Sebulan kemudian .
Proses membuat lagu dalam tempoh sebulan ini sejujurnya sangat memenatkan kerana aku perlu berjumpa ramai orang dan tidak mendapat rehat yang cukup .
Aku berdiri di hadapan pintu studio dan telefon aku tiba tiba berbunyi . Aku melihat nama pemanggil . Adriana .
" Hello " ujarku
" Adrian you busy ke ? " soalnya
" Not really you nak apa ? " balasku
Dari sisi mata aku dapat lihat Adora sedang berlari ke arah aku . Dia tak nampak seceria selalu . Mungkin tak cukup tidur juga
" I nak tanya pasal- " belum sempat Adriana menghabiskan ayatnya Adora datang dan mencelah
Panggilan aku matikan
" Adrian- " belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku memotong
" Kau nak apa ?! Tak nampak ke aku sibuk ni ?! Tanya orang lain la ! " marahku lalu masuk kedalam studio dan menghempas pintu
Adora nampak terkejut tapi aku terlampau stress untuk jaga hati dia . Nanti nanti bila keadaan dah stabil aku pujukla .
Aku baring di atas sofa dan telefon aku sekali lagi berbunyi . Adriana . Aku mengangkat panggilan itu .
YOU ARE READING
Adora
Short StoryAdora. Wanita yang berperwatakan ceria dan kebudakan. Dia juga sanagt meminati band dan gemar bermain alat muzik. Tiba-tiba mendapat peluang untuk menyertai sebuah band yang sangat terkenal merupakan suatu situasi yang tidak pernah dia jangka akan b...