EMPAT BELAS

200 2 0
                                    

DIA membuka matanya. Dia tidak pasti mengapa mungkin kerana sudah terlalu lama dia menghilang dalam lenanya. Perkara pertama yang menjengah ke pendengarannya ialah bunyi tv yang terpasang yang pastinya dari arah ruang tamu. Tangannya mula meraba ke atas meja di sisi katilnya dan mencapai telefon bimbit yang terletak di atasnya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum memandang ke arah skrin telefonnya yang masih gelap dan hanya menunjukkan ikon bateri dan 100% di atasnya menandakan telefon bimbitnya telah dicas penuh. Dia mencabut wayar pengecas di telefon bimbitnya sebelum menekan butang on. Skrin telefonnya menunjukkan beberapa imej sebelum foto dirinya yang dijadikan wallpaper ditayangkan.

Jam digital di skrinnya menunjukkan angka 08.54 a.m. yang menandakan dia telah terlewat melaporkan diri untuk bekerja. Mujurlah dia telah memohon untuk bercuti hari ini. Dia duduk bersandar di katil sementara menunggu ikon lain di skrinnya menjelma satu persatu. Matanya terbeliak apabila melihat ikon panggilan dan SMS nya yang menunjukkan dia mempunyai 46 missed calls dan 13 SMS yang belum dibaca. Kesemuanya daripada orang yang sama. Adam!

Tidak perlu dia membaca pesanan yang dihantar oleh lelaki itu untuk mengetahui bahawa dia perlu segera memunculkan diri di hadapan lelaki itu. Ada kes baru yang lelaki itu perlu kendalikan. Dan khidmatnya diperlukan. Lelaki itu dan dia memang dari spesies yang sama. Kedua-dua mereka pandai memanfaatkan orang lain untuk keperluan mereka. Mungkin kerana persamaan itu dia masih lagi bertahan dalam hidup lelaki itu. Atau, mungkin juga kerana pertalian lama yang dikongsi mereka membuatkan dia tidak kisah untuk dipergunakan.

Dia menyelak selimut yang merupakan satu-satunya lapisan yang melindungi tubuhnya dan meletakkan kakinya ke lantai. Dia mula mencapai pakaiannya yang bertebaran di semua sudut di lantai bilik itu dan terus menyarungkannya semula ke tubuhnya. Getah rambutnya yang berada di satu sudut di lantai itu dicapai dan dikembalikan ke tempat yang sepatutnya di rambutnya sebelum dia segera melangkah keluar meninggalkan kamar yang menjadi tempatnya bermalam itu. Langkah kakinya membawanya ke ruang tamu, tempat yang dalam ingatannya menempatkan handbagnya. Dan mujurlah handbagnya benar-benar ada di situ. Di atas meja kopi di antara sofa dan TV yang masih menyala.

'Mangsa, Khairi Jamaluddin bin Aswad yang ditemui dalam keadaan kaki kiri, tangan kanan dan lidahnya dipotong telah dikejarkan ke ICU pada pukul 3.15 pagi tadi. Manakala mayat keluarga mangsa dan penjaga anak-anak mereka yang ditemui bersama mangsa telah selamat dikebumikan sebentar tadi.'dia jelas mendengar lelaki di dalam TV itu bersuara walaupun bukan niatnya untuk mendengar. Dia tiada masa untuknya. Sejujurnya, jika dia ada masa sekalipun, dia bukanlah orang yang mengambil tahu tentang isu semasa. Dia mencapai handbagnya dan melangkah ke arah pintu utama. Bersedia untuk meninggalkan rumah itu sebelum ada suara yang menghalang langkahnya.

"Aku dah buat breakfast. Makan dulu sebelum kau balik."garau suara lelaki itu bersuara menariknya memusingkan tubuh memandang lelaki itu. Lelaki yang menemaninya sepanjang malam semalam. Lelaki itu hanya memakai boxer yang menutup bahagian sepatutnya dan mendedahkan bahagian lainnya.

"Ehem" lelaki itu berdehem apabila dia tidak bersuara sebaliknya hanya terus memandang tubuhnya.

"I need to leave now. Maybe, next time."dia bersuara dan berpusing semula ke arah pintu. Benar-benar ingin meninggalkan rumah itu. Sepatutnya dia meninggalkan rumah itu semalam. Dia tidak seharusnya bermalam di situ. Apa saja yang berlaku di antara mereka seharusnya menjadi perkara satu malam saja. Perbuatan seperti 'cuddle' atau breakfast bersama tidak seharusnya berlaku.

Tombol pintu dipulas namun sekali lagi perbuatannya terhenti apabila tangan lelaki itu memegang tangannya yang berada di atas tombol itu. Dia dapat merasakan tubuh lelaki itu dekat dengan belakangnya. Dia memalingkan wajah ke sisinya. Wajah lelaki itu begitu hampir dengan wajahnya sehingga dia dapat rasakan nafas lelaki itu di wajahnya. Mata mereka saling bertentangan.

"Aku bukan nak kurung kau kat sini. Kau boleh pergi lepas breakfast."

"Fikry, I really..."

"Lepas makan."tegas Fikry bersuara memberikan kata putusnya. Tangan Irdina dilepaskan. Tubuh mereka dijarakkan semula. Fikry melangkah meninggalkan Irdina tanpa menoleh ke belakang lagi seolah dia yakin bahawa wanita itu akan menurut katanya.

"Fine!"

Satu keluhan dilepaskan Irdina sebelum dia membontoti langkah Fikry menuju ke dapur. Dia dapat melihat kesan cakaran di belakang lelaki itu. Pastinya datang dari kukunya semalam. Mungkin dia patut memotong kukunya. Atau biarkan saja. Lagipun, lelaki itu tidak komen apa-apa.?

DendamWhere stories live. Discover now