BUNYI nyaring yang menyakitkan telinganya membuatkannya terjaga. Lantai kotor yang sama. Rumah kosong yang sama. Dia sudah bersedia untuk semua ini. Dia cuba menyembunyikan senyumannya. Permainan yang sedang dimainkan ini pasti akan menguntungkannya. Tapi orang lain tidak boleh mengetahui hakikat ini atau segalanya akan sia-sia. Risikonya, cara permainan ini, dia sudah tahu segalanya. Dan untuk seseorang yang hanya menyayangi dirinya sendiri, pengorbanan ini tidak akan sebesar mana berbanding apa yang bakal dicapainya. Dia dapat mendengar satu keluhan dilepaskan dari alat pendengar di telinganya.
“Bangun bangun! Aku benci menunggu!!”tegas suara itu bersuara dari dalam alat pendengarnya diikuti dengan bunyi nyaring yang sekali lagi menyekitkan telinganya. Dia bangun dari perbaringannya dan memandang di sekelilingnya. Rumah yang kosong tanpa perabot. Tempat yang sama yang dilihatnya di siaran tv secara langsung minggu lalu. Bezanya hanya ada satu saja TV LCD yang masih lagi terpadam di dinding kali ini. Mungkin kerana dia hanya mempunyai seorang saja ahli keluarga. Anak lelakinya. Dia sudah dapat mengagak dia adalah antara orang yang akan dipilih sebagai mangsa. Sudah beberapa hari dia menunggu dan sudah berapa lama dia bersedia. Akhirnya hari ini tiba juga.
“Siapa kau?”jerkahnya dengan suara marah bercampur takut. Permainan bermula dan lakonannya pun bermula.
“Welcome back to my game show! Remake of ‘Pilih’. I’ll introduce myself again, I’m your only host for this game, Scorpio. We will play the same game. One stage. One rule. You choose!”dia dapat mendengar suara itu muncul dari alat di telinganya. Lelaki atau perempuan dia tidak tahu kerana suara itu telah diubahsuai agar walau sesiapa saja yang menggunakannya, hanya suara yang sama saja yang akan kedengaran. Tapi dia tahu disebalik suara itu, ada seseorang yang sedang memakai jubah ahli kultus dan topeng anonymous untuk menyembunyikan identitinya.
“Tolonglah, Scorpio. Ambil aku. Anak aku tak salah dalam hal ni. Lepaskanlah dia.”lelaki itu cuba merayu gaya klasiknya.
“Iesha!”suara ibunya bersama pelukan hangat dari ibunya tiba-tiba terbayang di mata Scorpio. Bayangan ayahnya yang tergantung di atas kepalanya juga masih jelas tercetak dalam ingatannya.
“Jadi, aku bersalah? Keluarga aku bersalah waktu kami dalam permainan kau dulu?”jerkah suara dari alat pendengar itu.
Keadaan sepi seketika tiba-tiba satu tawa didengari dari alat pendengar itu.
“Sorry, what’s a manner I’ve. Let’s not wasting time any longer. Permainan bermula!”tepat dengan kata-kata hos permainan itu, TV LCD di hadapannya terpasang menayangkan tubuh anaknya yang diikat di katil dan sesuatu seperti bola diikat pada mulut anak lelakinya untuk menyukarkan pemuda itu bersuara. Di sisi kiri dan kanan anak lelakinya terdapat alatan besi tajam seperti bilah pagar besi berbucu tajam di luar rumah yang bersedia menembusi tubuh putranya itu bermula dari kaki hingga ke lehernya yang dia yakin akan menjadi besi terakhir yang akan menusuk dan mengambil nyawa lelaki itu. Jumlah semua besi itu adalah 13 batang. 2 di bahagian kaki, 4 di bahagian betis, 4 di bahagian paha, 2 di bahagian pinggang, 2 di bahagian bahu dan hanya satu di bahagian leher dari sebelah kanan.
Di sisi kiri katil anak lelakinya pula terdapat meja kecil seperti meja yang menempatkan peralatan doktor bedah yang di dalam bilik pembedahan. Dan di atasnya terdapat alatan tajam yang mungkin boleh digunakannya untuk memotong tali yang mengikat tubuh anaknya. Manakala di sebelah kanan katil anaknya pula terdapat satu tuil yang boleh ditarik hanya sejengkal dari gapaian anaknya. Jika tangan lelaki itu dilepaskan, tentu saja tuil yang dia tidak pasti kegunaannya itu boleh ditarik oleh lelaki itu.
Belum sempat dia berbuat apa-apa dan tanpa sebarang perkataan dari salah satu dari besi itu bergerak menembusi kaki kiri anaknya. Jeritan anak lelakinya tidak kedengaran kerana bola yang berada di dalam mulutnya namun ada air mata yang mengalir dari mata pemuda itu tanda dia sedang kesakitan.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerPuas menghadapi kecurangan Syukri membawa Nadya kembali ke Malaysia. Namun memori lama mula menghantui fikirannya. Memori yang dia tidak tahu dia pernah ada. Memori yang menjelma samar-samar menunjukkan kebenaran hidupnya. Memori di waktu kecilnya...