DUA PULUH TIGA

142 2 0
                                    

NADYA merenung tajam pergerakan mangsanya yang jelas terpapar di skrin laptopnya. Untuk mengintip pergerakan mereka dengan bantuan teknologi yang wujud sekarang bukanlah suatu perkara yang sukar baginya. Hacker. Atau panggil saja dia apa saja, dia tidak pedulikannya. Selagi wujud kemudahan teknologi komputer, mesin, atau apa saja, dia boleh muncul di situ di mana-mana pada bila-bila masa. Ya, bukan secara fizikal tetapi matanya pasti ada di sana. Seperti mana dia sedang mengintip mangsanya kini.

Mereka sepatutnya tidak lagi boleh diintip olehnya sejak semalam. Kewujudan mereka sepatutnya telah terhapus dari muka bumi ini. Tapi mungkin sudah ditakdirkan umur mereka masih panjang. Tapi hari ini seharusnya menjadi hari terakhir mereka. Jika mereka tidak mati, kisah dendamnya harus ditamatkan hari ini juga dan dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Permainan yang dimainkannya sekarang ini sangat mudah. Dia hanya perlu melengkapkan level permainan yang ditetapkan oleh mereka. Siapa yang harus dijadikan mangsa, dia boleh memilihnya atau mereka sendiri yang akan tentukan untuknya. Mereka akan memberikan detail mangasa yang diperlukan kepadanya. Cara apa yang dia mahu gunakan untuk membunuh, dia hanya perlu tinggal minta alatannya. Segalanya akan disediakan untuknya. Penculikan, dia sendiri yang harus lakukannya. Jika dia tertangkap, hanya dia akan dipersalahkan kerana memang tiada bukti untuk sabitkan sesiapa. Hanya satu saja peraturannya, seminggu selepas detail mangsa diberikan kepadanya, mereka harus mati atau permainan akan ditamatkan. Dia tidak mahu itu berlaku. Dendam harus dibalas. Mereka yang menghapuskan keluarganya tidak boleh terlepas.

Dia dapat merasakan ada mata yang sedang memerhatikannya. Tidak perlu dia mengangkat muka, dia sudah tahu siapa. Dengan segala aktiviti yang dilakukan oleh orang tuanya, hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Dia dapat mendengar langkah lelaki itu sedang cuba mendekatinya. Sengaja dia menyentuh lehernya yang dicekik lelaki itu sebelum merenung ke arah lelaki itu. Langkah lelaki itu terhenti. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan nafasnya. Rasa bersalah terlihat jelas di matanya. Bagaimana untuk lelaki itu tidak akan rasa bersalah, dia telah menyakiti orang yang dia bersumpah untuk lindungi. Tangan Syukri yang mencengkam lehernya 3 hari lepas cukup untuk menyakitinya di saat itu namun tidak cukup untuk meninggalkan bekas pun. Tetapi di mata lelaki itu, dia seorang yang lemah. Too fragile. Pastinya lelaki itu akan percaya bahawa perkara seperti ini akan menyakitinya sehingga ke hari ini. Tapi pastinya itu bukan sebab sebenar dia ingin memarahi lelaki itu. Alasan sebenarnya adalah kerana segala yang berlaku semalam. Rancangannya dirosakkan lelaki itu.

@135174 : Everything is set.
@NadElliani : I’m ready now!

Nadya mula mencapai kunci keretanya. Dia dapat melihat Syukri masih lagi sibuk dengan kerjanya. Lelaki itu selalunya tidak akan memperdulikan perkara lain apabila dia sedang bekerja. Dia hanya akan bermula dan berhenti pada masa yang ditetapkan. Lelaki itu jenis yang menepati masa. Tambah pula dengan peristiwa lelaki itu mencekiknya 2 hari yang lalu, pastinya lelaki itu tidak akan mendekatinya untuk masa yang terdekat ini. Dia hanya perlu tukar kenderaan dan permainan kedua akan bermula.

Keretanya sudah masuk ke lebuhraya ketika telefonnya berbunyi menandakan notification masuk. Selalunya dia tidak akan memperdulikan sesiapa tapi nada itu hanya digunakan kepada seorang saja.

“Siri, read my message.”dia bersuara.

‘Jangan lupa pandang belakang.’suara siri yang mendengar arahannya membuatkan dia mengerutkan dahinya.

Nadya melihat cermin pandang belakangnya. Satu keluhan dilepaskannya apabila melihat kereta yang amat dikenalinya berada tidak berapa jauh membontoti keretanya. Bagaimana dia boleh begitu bodoh apabila dia sudah mengenali lelaki itu sejak sekian lama. Bekerja atau tidak, bercakap ataupun tidak, Syukri tidak akan pernah membiarkan dia bergerak sendiri. Pastilah lelaki itu akan mengekorinya. Akhirnya, dia terpaksa membawa keretanya ke mall saja agar tidak disyaki. Misinya tergendala hanya kerana lelaki itu. Lelaki yang bergelar suaminya, Syukri Ellias.

DendamWhere stories live. Discover now