“NADYA bangun!”suara itu seolah begitu dikenalinya. Dia seolah pernah mendengar suara itu berkali-kali dalam hidupnya tapi dia tidak pasti suara siapa. Dia tidak dapat mengecamnya. Dia juga tidak dapat membuka mata biarpun dia mencuba. Dia terlalu letih. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Tapi suara itu terus memanggilnya. Terlalu dekat di telinganya sehingga ia mengganggu dirinya. Memaksanya untuk membuka mata. Memaksanya untuk meninggalkan keselesaan dan ketenangan yang dirasakannya di saat ini.
“Ri janji... Ri janji.... Ri janji...”suara itu mengganggunya lagi. Berkali-kali sehingga ia memeningkannya. Dia cuba untuk menutup telinganya. Tapi suara itu masih lagi mengganggunya.
“Nadyaaa!!!”suara kanak-kanak lelaki itu membuatnya akhirnya membuka mata. Dia bukannya berada di atas katil yang empuk sebaliknya dia sedang berdiri di bawah sebuah pohon redang di luar sebuah rumah seperti yang biasa dilihatnya. Rumah siapa? Dia tidak dapat memastikannya. Rumah itu seperti ada dalam memorinya namun sedikit kabur.
“Nadya, jangan lari. Nanti jatuh.”suara lelaki yang datang dari arah belakangnya itu membuatkan dia berpusing dan memandang pemilik suara itu.
Dia dapat melihat ada kereta yang terpakir di luar pagar rumah itu yang sudahpun terbuka. Seorang lelaki sedang berlari mengejar seorang gadis dengan dress merah jambu separas lututnya berusia dalam likungan 5
tahun. Lelaki itu kelihatan seperti papanya namun 20 tahun lebih muda. Rambutnya kelihatan masih hitam tanpa uban-ubannya dan wajahnya masih lagi tegang tanpa kedutan yang kini menjadi penghuni tetap di wajah papanya. Gadis kecil terus berlari melintasinya tanpa menghiraukan kata-kata papa versi mudanya itu. Dia seolah sedang menonton wayang 3D apabila tiada yang memperdulikannya.“Riii!”gadis itu menjerit sambil berlari ke arah pintu rumah yang dilihatnya tadi. Dia cuba melompat untuk menekan loceng di pintu itu namun tangan kecilnya dan lompatan arnabnya itu sedikitpun tidak dapat membantunya mencapai butang itu sebelum ada tangan yang mengangkat tubuhnya membantunya untuk menjadi lebih tinggi.
“Sekali sudah, sayang. Ummi dengan babah dengar.”papa versi mudanya itu bersuara sambil meletakkan kembali gadis kecil yang menekan loceng rumah itu berkali-kali tanpa henti ke lantai. Mungkin sudah tidak sabar untuk bertemu dengan penghuni rumah itu.
Gadis itu, dia pernah melihatnya. Dia kenal dengannya. Tapi siapa? Mengapa gadis itu berada bersama papanya. Mengapa papanya memanggil gadis itu Nadya?
“Ri! Bukak pintu!”jerit gadis yang tiada kesabaran itu. Kali ini dia bergendang dengan pintu itu pula.
“Nadya.” papanya menarik gadis itu jauh dari pintu.
Selang beberapa minit, daun pintu itu terbuka menampilkan seorang wanita seusia papanya di saat itu. Di sebalik menyapa wanita itu, gadis itu terus meluru masuk ke dalam rumah wanita itu. Papanya hanya mengeluh dan memandang wanita di hadapannya dengan wajah bersalah.
Tiba-tiba keadaan di sekelilingnya berubah. Jika tadi dia berada di perkarangan rumah, sekarang dia berada di di dalam rumah itu. Dia melihat perabot dalam rumah itu sudah bertutup dengan kain putih dan rumah itu kelihatan kosong.
“Riii!”dia melihat gadis 5 tahun tadi sedang berlari ke arah sebuah bilik. Nadya mengatur langkahnya menuruti langkah gadis kecil yang berkongsi nama dengannya itu. Dia dapat melihat gadis kecil itu sedang berlari ke arah seorang budak lelaki dalam likungan 8 tahun yang sedang memasukkan pakaiannya ke dalam bagasinya.
“Riiii!”gadis kecil itu melompat ke arah budak lelaki itu dengan wajah cerianya namun dahinya berkerut apabila budak lelaki itu tidak menghiraukannya sebaliknya meneruskan perbuatannya untuk mengemaskan pakaiannya.
“Ri nak pergi mana?”soal gadis kecil itu sedikit keliru sambil menarik lengan budak lelaki itu. Cuba untuk menghentikan perbuatannya.
Budak lelaki itu meragut kembali lengannya dari pegangan gadis kecil itu.
“Ri?”gadis kecil bersuara sedikit keliru dengan tindakan budak lelaki itu.
Dia kemudiannya dapat melihat budak lelaki itu mengesat matanya. Mungkin dia sendiri sedang bersedih.
“Ri nak pergi mana tinggal Nadya? Ri kata nak jadi kawan Nadya sampai bila-bila. Kenapa Ri nak tinggal Nadya?”soal gadis kecil dengan matanya yang tururt berair.
Budak lelaki itu masih tidak menjawab atau memandang gadis kecil itu biarpun tangannya sudahpun berhenti.
“ritipunadya.”gadis kecil itu bersuara perlahan.
Budak lelaki itu sekadar menundukkan kepalanya. Masih lagi tidak memandangnya.
“RI TIPU NADYA!”jerkah gadis kecil itu sebelum berlari keluar meninggalkan bilik itu.
Kali ini baru budak lelaki itu memberikan reaksi. Namun dia sekadar memandang dan terduduk menangis tanpa mengejar gadis kecil itu.
Kali ini keadaan sekitar Nadya kembali bertukar menjadi kawasan luar rumah tadi. Dia dapat melihat gadis kecil itu berlari laju keluar dari pintu rumah.
“Nadya!”gadis kecil itu dikejar oleh papa versi mudanya dan wanita seusia papanya itu namun gadis itu masih lagi tidak berhenti.
DUMMM!!! Nadya dapat merasakan kesakitan di tubuhnya serentak dengan bunyi itu. Dia dapat melihat gadis itu sudah terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah dan ada kereta yang berhenti di sisinya sebelum pandangannya kelam.
“Nadya bangun! Ri janji Ri takkan tinggalkan Nadya. Ri akan selalu jaga Nadya. Nadya pun jangan tinggal Ri. Nadya bagunlah.”suara budak lelaki itu membuatkan dia membuka mata. Kali ini dia sedang berada di bilik berwarna merah jambu.
Nadya dapat melihat gadis kecil itu sedang terbaring di atas kati dengan kepala yang berbalut. Pakaian yang dipakainya tadi juga sudah ditukar. Begitu juga dengan pakaian yang dipakai oleh budak lelaki itu. Bilik ini.. rasanya ini biliknya sewaktu kecil dahulu.
Dia ingat janji yang dilafazkan budak lelaki itu. Janji Syukri Ellias kepada Nadya Elliani. Syukri berkali-kali mengucapkannya. Selalu. Jika budak lelaki itu ialah Syukri Ellias, gadis kecil itu adalah dia? Gadis kecil itu adalah Nadya Elliani? Tapi, gadis kecil itu berusia 5 tahun dan dia.. dia tak mungkin mengenali Syukri ketika itu. Dia bukan... dia bukan Nadya ketika itu, kan? Mustahil ini memorinya. Nadya memegang kepalanya. Mustahil ini memorinya, kan? Dia.. dia ialah Iesha, kan? Dia ialah Iesha, kan?
“Iesha!”dia dapat mendengar suara lembut seorang wanita memanggilnya. Dia berpaling ke arah wanita itu. Namun wajah wanita itu tidak jelas di matanya.
“Nadya!”dia dapat mendengar suara budak lelaki itu menyerunya membuatkan dia memandang ke arah budak lelaki yang memandang tepat ke arahnya.
“Iesha!”suara wanita itu membuat Nadya memandang ke arahnya.
Siapa mereka? Siapa dia? Mana satu memorinya. Nadya atau Iesha? Dia semakin keliru.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerPuas menghadapi kecurangan Syukri membawa Nadya kembali ke Malaysia. Namun memori lama mula menghantui fikirannya. Memori yang dia tidak tahu dia pernah ada. Memori yang menjelma samar-samar menunjukkan kebenaran hidupnya. Memori di waktu kecilnya...