DUA

643 5 0
                                    

NADYA membuka matanya. Dia sudahpun berada di atas katil di saat dia terjaga. Suaminya juga tiada di sebelahnya. Dia menoleh ke sisi katilnya. Dia dapat melihat wajah suramnya dalam pakaian pengantin sambil Syukri tersenyum di sisinya di dalam foto yang terbingkai dengan megahnya menghiasi dinding kamar mereka. Bukannya dia dipaksa kawin dan bukan juga kerana dia tiada perasaan terhadap lelaki itu. Cuma dia memang begitu. Dunianya hanya ada kegelapan dan kehampaan. Pintu kamarnya yang tiba-tiba saja dibuka membuatkan dia tersedar dari lamunannya.


"Oh, sayang dah bangun. Ri ada bawa makanan untuk sayang."Syukri bersuara sambil melangkah masuk bersama tray yang berisi makanan di tangannya. Tray makanan itu diletakkan di atas meja disebelah katilnya. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.


Nadya sekadar tersenyum kepadanya. Seperti biasa tanpa sebarang suara. Umpama ada permata dalam mulut isterinya itu sehingga terlalu berat untuk wanita itu bersuara. Rasanya sepanjang perkahwinan mereka, hanya beberapa kali saja dia pernah mendengar suara isterinya seolah wanita itu telah membuat sumpah bisu. Atau adakah dia yang telah menghancurkan wanita itu sehingga dia diam seperti ini?


Syukri memandang wajah isterinya yang turut memandangnya di saat itu dengan pandangan tidak bersalah di matanya. "I love you. Believe me, I really do." Dia tidak pasti mengapa dia selalu mengulangi kata-kata itu. Entah mengapa dia begitu ingin wanita itu meyakini perkara itu.


Sekali lagi Nadya sekadar menghadiahkan senyuman kepadanya. Tangannya segera mencapai pinggan yang berisi pancake yang diletakkan di atas tray itu. Perlahan menyuapakan secebis pancake itu kedalam mulutnya. Secebis lagi dibawa ke mulut suaminya. Belum sempat pancake itu sampai ke mulut suaminya, ringtone handphone suaminya berbunyi. Dia sempat mengerling ke arah skrin handphone lelaki itu. Nama 'Ashley' jelas tertera di skrin handphone lelaki itu.


Syukri segera mencapai handphonenya dan segera menekan butang untuk menolak panggilan telefon yang diterimanya. Dia meletakkan handphonenya di sisi dan kembali membuka mulut untuk menerima suapan dari isterinya. Tetapi sekali lagi ringtone telefonnya membantutkan perbuatannya. Dia mendengus geram dan menekan butang 'reject' sekali lagi. Belum sempat dia meletakkan handphonenya ke bawah, sekali lagi handphonenya berbunyi.


"Just pick up your phone."Nadya bersuara sambil menyuapkan cebisan yang dipegangnya tadi ke dalam mulutnya sendiri membuatkan lelaki itu memandangnya. Kali pertama dia bersuara setelah sekian lama.


Deringan telefon bimbitnya dibiarkan tidak bersambut. Syukri terlalu leka memandang wajah isterinya.berharap agar sekali lagi dia dapat mendengar suara isterinya. Suara yang dirinduinya.Mungkin kerana sudah terlalu rimas dengan bunyi deringan telefon bimbit suaminya, Nadya merampas telefon bimbit dari tangan lelaki itu dan leretkan ke lambang jawab sebelum menyerahkan kembali telefon bimbit lelaki itu. Mahu tidak mahu, terpaksalah lelaki itu melayan juga wanita yang berulangkali menghubunginya itu.


"It won't be long, I promise."Syukri bersuara kepadanya. Kata-kata lelaki itu hanya dibiarkan bersama angin lalu. Lelaki itu melangkah keluar dari kamar mereka bersama dengan telefon bimbit di tangannya. Mungkin cuba untuk menjaga hati isterinya dengan tidak membiarkan dia mendengar perbualan mereka. Atau mungkin juga supaya mereka lebih bebas berbual tanpa batas.


Nadya mencapai tisu dari kotak di atas meja di sisi katilnya dan mengesat jarinya sebelum dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di sebelah kotak tisu itu. Password telefon bimbitnya dimasukkan satu demi satu. Skrin handphonenya kini menunjukkan home. Satu notification dari ruangan chat yang disertainya muncul di skrinnya.

DendamWhere stories live. Discover now