"KESIAN dia. Kecik lagi tapi ayah dah mati. Mak dia pula tengok tu macam dah tak betul jer. Tengok tu, reaksi apa pun tak bagi. Pandang kosong jer tu. Tak boleh terima suami mati lah tu. Budak tu pun dah takde saudara mara, kan? Entah macammana dia nak hidup.”dia tidak pasti siapa mereka tapi dia masih lagi dapat mendengar suara makcik-makcik bawang yang sedang bergossip tentang dirinya ketika jenazah ayahnya dimasukkan ke dalam liang lahad. Dia tidak tahu apa yang dia rasa di saat ini. Dia memandang ibunya yang berada di atas kerusi roda yang sedang memandang kosong di hadapannya. Wanita itu seolah sudahpun hilang dari dunia ini. Hanya jasadnya saja yang ada di sini. Sekadar degupan jantung dan nafasnya saja yang membuktikan bahawa wanita itu masih lagi bernyawa namun namun jiwanya sudahpun meninggalkan dunia ini. Dengan kata lain, di saat ayahnya meninggalkan dunia ini, dia sudahpun membawa ibunya bersama. Dia sudahpun menjadi yatim piatu hari ini namun tiada air mata yang mengalir dari matanya. Hatinya sudah tidak lagi seperti kaca. Dia tidak rasa apa-apa lagi.
“A..”dia dapat mendengar lelaki itu ingin bersuara namun dia segera membalasnya dengan jelingan. Penyebab kematian ayahnya. Untuk apa lelaki itu berpura-pura baik.
Dia memegang tangan ibunya yang sedang berada di atas kerusi roda itu. Cuba untuk mencari kekuatan. Dia sudah tiada sesiapa di dunia ini. Biarpun dia tahu tiada gunanya, tapi dia tidak mahu kesunyian itu terasa.
“Saya nak jadikan dia anak angkat saya.”lelaki itu bersuara pada seorang perempuan yang berada bersamanya.
“Kenapa pula? Awak.. Awak bukannya sengaja bunuh ayah dia. Kemalangan, kan. Kenapa awak nak kena bela dia pula. Tinggalkan jer lah dia kat rumah kebajikan. Diorang akan jaga dia dengan baik. Kita boleh jer datang melawat dia bila-bila masa. Beli apa saja yang dia nak. Mak dia pun awak yang tanggung kan kos perubatan dia. Apalagi yang awak nak?”perempuan itu pula bersuara. Jelas tidak setuju dengan keputusan lelaki itu. Drama. Apa perlunya ketika pengebumian ayahnya?
“Sara, apa yang jadi pada dia semuanya salah saya. Dia hilang family dia sekelip mata jer sebab saya. Memang patut saya yang bertanggungjawab kat dia, kan?”lelaki itu cuba memberikan alasan.
“Awak, kita dah nak kawin kan. Satu hari nanti kita akan ada keluarga sendiri. Kenapa perlu bela anak orang lain?”soal wanita itu.
Dia mengeluh. Dia hanya ingin berlama sedikit di kubur ayahnya. Ingin menghabiskan masa terakhir dengan ayahnya namun drama yang sedang dimainkan oleh mereka berdua membantutkan keinginannya. Dia tidak ingin berada bersama mereka. Dia hanya ingin berada bersama ibunya di dunia kecil mereka.
Dia bangun dari duduknya dan menolak perlahan tubuh jururawat yang sedang berdiri di belakang kerusi roda ibunya untuk menyuruh wanita itu ke tepi sebelum dia menggantikan tempat wanita itu untuk menolak kerusi roda ibunya. Ingin membawa wanita itu berlalu dari situ. Membawa wanita itu ke dunia mereka. Ke syurga mereka. Hanya mereka berdua. Belum sempat dia berlalu, lengannya dipegang lelaki itu.
“Adik nak pergi mana ni?”soal lelaki itu dengan wajah penuh kerisauan. Untuk apa lelaki itu peduli tentangnya sebenarnya? Apa lagi yang diingini lelaki itu?
“Biarlah dia pergi. Dia pun tak nak awak bela dia. Silap-silap dia benci awak. Awak bela dia, dia pula nak balas dendam kat awak.”kata wanita itu. Kejam namun ada kebenaran dalam katanya. Dia bencikan lelaki itu. Lelaki yang telah meragut nyawa ayahnya.
Dia meragut kembali lengannya dari pegangan lelaki itu. Ingin berlalu pergi mengikut arah ke mana saja kakinya berjalan namun sekali lagi lelaki itu menghalangnya. Kali ini dengan memegang kedua-dua bahunya. Memaksanya untuk menghadap lelaki itu.
“Adik, tinggal dengan.... sa.. ab..”lelaki itu seolah sukar untuk membuat keputusan bagaimana untuk membahasakan dirinya.
“Okey! Sekarang ni awak pilih awak nak saya atau budak ni? Sebab saya memang tak nak bela anak orang.”wanita itu bersuara lagi. Macamlah dia terhegeh-hegeh sangat nak tinggal dengan lelaki itu. Dia dan ibu bapanya sudah biasa tinggal dalam dunia kecil mereka. Dia tidak perlukan sesiapa lagi selain ibunya.
“Sara, pleasela jangan cakap macamni.”drama lagi.
“Awak pilih.”wanita itu bersuara lagi membuatkan lelaki itu memandang ke arahnya.
“Adik ikut abang balik. Abang tahu abang salah.tapi sekurang-kurangnya sampai ibu adik sihat balik. Tak pun sampai adik pandai jaga diri. Lepastu, adik balas lah dendam adik kalau adik nak. Abang takkan pernah salahkan adik.”dia dapat melihat perempuan itu berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Dia juga dapat melihat ekor mata lelaki itu mengekori langkah perempuan itu namun lelaki itu masih di sini.
“Dina! Doktor Dina.”suara itu membuatkan matanya luas terbuka. Hilang segala mimpi tentang memori 23 tahun yang lalu. Dia menggosok matanya sebelum memandang Fatiha yang berdiri di hadapan mejanya. Rasanya inilah kali pertama dia nyenyak tidur sebegini sehingga dia tidak dapat mengesan seseorang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
“Encik Adam datang..”belum sempat Fatiha menghabiskan kata, daun pintu pejabatnya luas terbuka ditolak oleh seseorang dari luar.
“Kau pergi mana Dina? 3 hari aku cari kau!! Semua orang asyik tanya pasal kau.”marah Adam yang tiba-tiba saja meluru masuk ke dalam pejabatnya diikuti Siti Sharifa yang berusaha mengejar langkahnya.
Irdina mengisyaratkan Fatiha untuk meninggalkan mereka bertiga bersendirian. Dan gadis itu sekadar menurut arahannya. Sejujurnya, Irdina tidak menjangkakan hal ini. Selalunya lelaki itu tidak akan menjejakkan kaki ke hospital yang ini. Mungkin ke tiga hospitalnya yang lain tapi bukan di pusat mental ini.
“Pasal mak hari tu, sorry. Kau tahu kan dia macammana. Kau jangan ambik hati sangatlah dengan kata dia tu.”kata Adam sambil menarik kerusi dan duduk di hadapannya tanpa dipelawa.
Irdina menolak buku yang berada di atas mejanya bersama sekeping gambar yang di terbalikkan di atasnya. Di belakang gambar itu tertulis dengan tulisan ayahnya ‘Papa takkan pernah salahkan Dina”. Rasanya itulah punca mimpinya membawanya ke memori 23 tahun yang lalu.
“Journal papa. The last game of ‘Pilih’ it’s in there.”terang Irdina apabila Adam memandangnya dengan kening yang terangkat meminta penerangan.
“Last?”soal Adam sambil mula menyelak halaman buku itu. Irdina membiarkan Adam tenggelam dalam jurnal itu selama beberapa minit .sebelum lelaki itu sampai ke halamannya yang terakhir. Halaman yang telah terkoyak.
“Mana halaman terakhir?”soalnya.
“Who knows.”jawab Irdina.
“Kesimpulannya, uncle terlibat dalam game ni secara tak sengaja. Permainan yang terakhir sebab dia perlukan duit. Dia sangka permainan maut ni adalah satu realiti show yang biasa and satu lakonan. No wonder dia boleh terlibat. Saya pun musykil macammana orang sebaik dia boleh jadi pembunuh. Ni lagi logik. Tapi beberapa muka surat terakhir tentu jelaskan di mana dia jelaskan apa yang terjadi pada family tu lepas mangsa tu mati. Atau siapa anak dia.” Siti Sharifa yang sejak tadi berdiam diri tiba-tiba bersuara.
“Suspek utama kes ini adalah isteri dan anak dia sebab papa kau hanya ada dalam permainan yang terakhir. Berdasarkan jurnal ni jugak, orang yang terlibat termasuk uncle semuanya 5 orang. 3 dah meninggal. Tinggal lagi 2. Masalahnya siapa mereka? Macammana nak sampai pada diorang?”giliran Adam menambah.
“Maybe this pic is the key.” Irdina bersuara sambil menterbalikkan gambar yang bertulis ‘Papa takkan pernah salahkan Dina’. Dan gambar 5 orang yang sedang berdiri bersama terpampang di dalam gambar itu. 4 orang lelaki dan seorang wanita. Biarpun kelihatan lebih muda, mereka dapat mengecam 2 orang daripada lelaki dalam gambar adalah mangsa yang telah meninggal dunia. Dan seorang lagi ialah papanya. Baki yang tidak biasa dilihat tinggal lagi seorang lelaki dan seorang wanita.
“Salah seorang dari diorang mungkin mangsa seterusnya. Jangan bazir masa lagi. Jom kita cari maklumat tentang diorang.” Adam bersuara dan meninggalkan mereka bersama gambar itu di tangannya. Dan seperti biasa, Siti Sharifa mngejar langkahnya dari berlakang.
“Last game start!”giliran Irdina bersuara apabila dia bersendirian.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerPuas menghadapi kecurangan Syukri membawa Nadya kembali ke Malaysia. Namun memori lama mula menghantui fikirannya. Memori yang dia tidak tahu dia pernah ada. Memori yang menjelma samar-samar menunjukkan kebenaran hidupnya. Memori di waktu kecilnya...