TIGA PULUH

146 2 0
                                    

SYUKRI membawa tangan Nadya ke dalam tangannya. Belakang tangan wanita itu dibelai dengan ibu jarinya sebelum dikucup oleh bibirnya. Mata wanita itu masih lagi terpejam. Dia kelihatan seperti sedang tidur namun dia sudahpun terkaku begitu semalaman. Jika bukan kerana dadanya turun naik menandakan dia masih lagi bernafas, pasti Syukri menyangka isterinya itu sudah mati. Selepas apa yang berlaku semalam, Nadya masih lagi bernafas merupakan satu keajaiban.

Dia memandang tangannya yang mula menggeletar apabila memikirkan kejadian yang berlaku semalam. Takut? Ya, dia takut. Takut untuk kehilangan manusia yang paling bermakna dalam hidupnya.

Dia melepaskan tangan Nadya dan meletakkan kembali tangan wanita itu di sisinya. Dia memulakan langkah dan berdiri di hadapan jendela. Hujan lebat masih lagi mengalir. Sama seperti semalam.

Telefon bimbitnya yang berbunyi dan bergetar hebat membuatkannya tersedar dari lena. Tangannya meraba mencari telefon bimbitnya dan menjawab panggilan itu tanpa membuka matanya. Terlalu mengantuk untuk memastikan siapa yang mengganggu lenanya.

“Riii. Tolong Nadya.”suara lemah yang mengerang kesakitan itu membuatkan matanya terbuka sepenuhnya. Telefon yang berada dalam genggamannya dipandang namun hanya nombor yang tidak dikenali yang tertera di skrinnya. Dia memandang ke arah katil yang selalu menjadi tempat isterinya beradu namun tubuh wanita itu tiada di situ.

“Sayang kat mana ni?”soalnya sambil bangun dari tempat tidur dan sengaja mencapai kunci keretanya dengan telefon bimbit yang masih lagi melekap ditelinganya. Dia segera berlari keluar ke keretanya dan mula menghidupkan enjin kereta.

“Rii..”itulah perkara yang terakhir yang didengarinya dari bibir gadis itu sebelum dia mendengar bunyi sesuatu terjatuh ke dalam air dan panggilan itu terputus.

“SAYAANG??” Syukri mula panik. Nafasnya mula tidak teratur. Dia cuba mendail sekali lagi nombor yang menghubunginya tadi namun panggilannya tidak dapat disambungkan telefon bimbit yang digunakan wanita itu telahpun dimatikan. Dia sudahpun memulakan pemanduannya namun dia tidak pasti arah yang harus dia pergi.

“DAMN!” Syukri menghentak stereng di hadapannya. Nadya memerlukannya segera namun dia tidak dapat pergi kepada wanita itu.

“Sayang, please. Sayang kat mana? Beri Ri tanda, please.”otaknya serabut. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Dia hanya mampu terus memandu tanpa hala tuju.

“Riii!”dia dapat mendengar suara lemah wanita itu memanggilnya.

Dia segera menekan minyak keretanya. Membiarkan keretanya laju membelah angin menuju ke jalan yang tidak pernah dilaluinya. Jika tentang Nadya, dia pasti akan menemui wanita itu. Di mana saja wanita itu berada, gerak hatinya takkan pernah membawanya pada tempat yang salah. Di zaman teknologi seperti ini, ikatan hati antara suami isteri atau gerak hati sebagai petunjuk pastinya tidak relevan tapi dia yakin ikatan mereka istimewa. Jujur, apa lagi yang boleh dilakukannya di saat ini selain mengikut gerak hatinya?

Dia tidak pasti di mana dia tetapi dia dapat melihat ada satu kereta yang mungkin terbabas ke tepi membelah divider di tepi jalan yang menghalangnya terjatuh ke bawah. Tiada orang di dalam kereta itu namun pintu di bahagian pemandu dibiarkan terbuka. Dan di belakang kereta itu pula terdapat van putih yang tertutup semuanya namun pintu van itu tidak berkunci. Masih juga tiada sesiapa di dalam. Kedua-duanya bukan kereta yang dimiliki isterinya namun kedua-duanya boleh dipandu oleh Nadya.

“NADYA!!”jeritnya. entah mengapa dia merasakan isterinya mungkin berada di sini namun jeritannya tidak bersambut. Hanya suaranya saja yang didengari dalam keheningan malam. Bandar ini tidaklah sebesar mana. Di waktu malam, bandar ini seperti bandar yang mati. Paling banyak hanya 2 hingga 3 biji kereta saja yang akan dilihat di atas jalan.

Syukri mengeluh. Mungkin dia di tempat yang salah. Dia tidak boleh membazirkan masanya di sini. Dia perlu segera sampai kepada Nadya. Ketika dia hendak bergerak kembali ke keretanya, entah mengapa dia mengerling ke arah air dibawah jambatan itu. Warna jernih air itu dicemari oleh sesuatu yang membuatkan warnanya sedikit gelap seperti warna... darah? Darahnya yang umpama kering memikirkan hal itu. Dia hanya berharap telahannya tidak benar.

Tiada apa yang boleh meragut nafasnya sepantas dari saat ini ketika dia melihat tubuh Nadya yang sedang membiru terduduk menyandar di bawah jambatan dengan keadaan matanya terpejam dan air yang sekerat pehanya itu hampir menenggelamkan tubuh isterinya. Dia seolah kehilangan seluruh nafasnya apabila melihat ada kesan tembakan di bahu isterinya. Bukan satu tetapi 3. Pasti isterinya telah menggunakan segala kudrat terakhirnya untuk menelefonnya dari smartwatch yang dipakai wanita itu.

Dia ingin meraung melihat keadaan wanita itu tetapi demi Nadya, dia harus mengawal dirinya. Sejak kali terakhir isterinya menelefon sehingga sekarang dan dengan cara dia memandu yang mungkin boleh mengalahkan kereta F1 dalam pertandingan race, hampir 20 minit telah berlalu. Dia harus segera membawa isterinya ke hospital. Dia harus segera bertindak supaya dia tidak akan kehilangan wanita itu selamanya. Dia mengangkat tubuh wanita itu dalam gendongannya.

“Sayang, bangun. Sayang, please buka mata sayang.”rayu Syukri sambil melajukan langkahnya memanjat kawasan tebing itu. Dia tidak mahu kehilangan Nadya. bukan kali ini, bukan selamanya.

“Sayang akan selamat. Sayang akan selamat.”kalimat itu diulangnya berkali-kali umpama mantera di saat laju keretanya meluncur di atas jalan raya. Mujurlah jalan raya sangat lengang ketika ini membolehkan dia dapat sampai ke hospital dan mendapatkan bantuan untuk isterinya segera. Jika tidak..

“Nasib baik awak cepat sampai ke hospital. Kalau tak, mungkin kami pun takkan dapat selamatkan dia.”kata-kata doktor selepas peluru berjaya dikeluarkan dari tubuh isterinya dan wanita itu dipindahkan ke wad biasa.

Syukri melepaskan satu keluhan. Dia meninggalkan jendela itu dan kembali ke sisi isterinya. Juraian rambut yang menutup wajah wanita itu diselak ke tepi. Sejujurnya dia tidak kisah apapun yang isterinya ingin lakukan sebagai hobi. Tetapi jika ia membahayakan isterinya, permainan maut yang dimainkan oleh isterinya ini harus terhenti. Ya, dia tahu. Dia sudah dapat menghubungkan semua titik apabila dia menemui tubuh isterinya semalam.

Dia tertidur nyenyak pada malam permainan maut kedua dimainkan. Rasanya pasti isterinya itu telah mencampurkan ubat tidur di dalam minumannya dan menghilang seperti semalam. Nombor asing yang digunakan dan kereta yang tidak dikenalinya. Kedua-dua kenderaan yang tertinggal di bahu jalan. Rasanya sudah cukup clue yang dia lihat. Dia dapat mengagak apa yang berlaku semalam. Pasti isterinya telah gagal melakukan penculikan ketiga. Melihat kepada keadaan tempat itu, pasti ada orang lain yang menyelamatkan mangsa dengan menembak tubuh isterinya. Pastinya bukan polis kerana isterinya masih belum ditangkap.

Pada saat ini, samada polis sudah mengetahui dan sedang memburu isterinya atau orang yang menyelamatkan mangsa itu yang akan kembali menghabiskannya, dia tidak pasti. Yang pasti, kedua-dua kemungkinan adalah mimpi buruk untuknya. Kerana itu dia membawa Nadya meninggalkan hospital biarpun berisiko untuk wanita itu. Dia tidak ingin wanita kesayangannya itu jatuh ke tangan salah seorang daripada mereka dengan mudah.

Selepas Nadya sedar, dia akan bawa Nadya keluar dari Malaysia dan kembali ke rumah mereka. Secara paksa ataupun rela, dia akan tetap pastikan Nadya melepasi bahaya ini. Sudah saatnya dia memegang janji yang pernah diungkapkannya dahulu.

“Kalau Nadya sedar, Ri janji Ri takkan tinggalkan Nadya lagi. Ri akan jaga Nadya tak kira apa pun yang jadi.”janji yang diungkapkannya 16 tahun lalu terngiang kembali di telinganya. Janji yang tidak pernah disesalinya.

“Ri akan selalu lindungi sayang. Ri takkan biarkan apapun jadi kat sayang. Ri janji.” Syukri menuturkan janji sekali lagi. Dan dia akan berpegang pada janjinya hingga ke mati.

DendamWhere stories live. Discover now