DUA PULUH DUA

141 3 0
                                    

MATA Syukri Ellias tidak lepas dari memandang skrin laptopnya. Laju saja tangannya menaip. Biarpun baru sehari dia berada di Malaysia, dia masih lagi tidak dapat mengabaikan tugasnya. Kerjanya masih lagi memerlukan perhatiannya. Bukan caranya untuk mengabaikan pekerjaan kerana masalah peribadi. Tambahan pula, sekarang dia sudah berada di dekat isterinya. Biarpun wanita itu masih lagi tidak memperdulikannya namun selagi wanita itu dekat dengannya, dia tidak kisah tentang layanan wanita itu.

Kelibat Nadya Asyikin yang berlalu di belakangnya bersama laptopnya tanpa sedikitpun memperdulikan Syukri membuatkan perhatiannya teralih seketika. Pasti wanita itu ingin menghabiskan masa di atas buaian di luar rumah bersama apa saja yang menarik perhatiannya di dalam laptop miliknya itu. Rasanya wanita itu masih marah tentang kejadian 3 hari yang lepas.

Ingatannya kembali berputar kepada kejadian yang berlaku 3 hari yang lalu di mana wanita itu tiba-tiba saja menarik luggage dan duduk di sisinya ketika dia sedang menyelesaikan tugasan di dalam laptopnya seperti hari ini membuatkan pandangannya beralih seketika dari laptopnya ke arah ratu hatinya itu.

“Kejap, sayang. 15 minit.”Syukri bersuara. Perhatiannya dikembalikan ke arah laptop di hadapannya. Dan jemarinya menari semakin laju di atas keyboard komputer ribanya itu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa dia harus meninggalkan kerjanya dan memberi perhatian kepada isterinya di saat itu juga. Namun lain pula apa yang ada di fikirannya. Baginya, lebih baik andai dia menghilangkan segala perkara lain yang akan mengganggu masanya dengan isterinya dahulu agar dia dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isterinya tanpa ada perkara lain yang mengganggu fikirannya.

Mungkin agak lama dari masa yang dijanjikannya. Bukan mungkin tapi sememangnya lebih dari 15 minit barulah dia dapat menekan butang hantar untuk kerjanya dan menekan butang off laptopnya. Setelah itu barulah dia berpaling dan menghadap ke arah isterinya. Namun, niatnya untuk bersuara terjeda apabila dia memandang wanita itu.

Nadya sedang duduk sambil menghadap ke arah Syukri dengan sikunya di atas meja dan tangannya sedang menopang dagunya sambil matanya terpejam. Pastinya wanita itu tertidur ketika menantinya menyiapkan kerjanya tadi. Secalit senyuman mula menghiasi bibirnya di saat dia turut meniru perbuatan isterinya. Bezanya, isterinya itu sedang memejam mata tapi matanya sedang luas terbuka, memandang wajah isterinya dengan penuh cinta. Jika dia boleh memandang wajah itu seumur hidupnya juga dia tidak akan pernah jemu untuk melakukannya. Wanita itu suri hatinya mungkin sejak dari zaman kanak kanaknya lagi. Dia mencintai waniya itu sebelum dia mengenali ertinya cinta. Persis lirik lagu Perfect yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran.

‘We were just kids when we fell inlove. Not knowing what it was.’

Mata Nadya terbuka tiba-tiba setelah beberapa lama Syukri begitu asyik merenungnya. Mungkin kerana melihat tubuh mereka yang terlalu dekat atau tidak menjangkakan Syukri sedang memandangnya membuatkan wanita itu hampir terjatuh. Sebenarnya, keadaan itu tidaklah begitu teruk. Dagunya hanya terjatuh dari tangannya akibat terkejut namun mungkin kerana Syukri seorang suami, refleksnya yang ingin melindungi isterinya membuatkan dia segera menangkap lengan wanita itu dan menarik tubuh wanita itu kepadanya. Wanita itu tergamam. Bulat mata wanita itu memandangnya.

Namun keadaan itu hanya bertahan untuk beberapa saat saja. Nadya segera mengutip kembali kesedarannya. Dia mengerling ke arah tangan Syukri di lengannya dan Syukri segera melepaskan tangannya. Kedua-dua tangan Syukri diangkat tanda bersalah.

“Sorry, sayang. Ri ingat sayang nak terjatuh tadi.” Syukri cuba menjelaskan perbuatannya.

Nadya sekadar mengangguk. Dia sudah memahaminya tanpa lelaki itu perlu menjelaskan apa-apa. Refleks lelaki itu untuk menyelamatkannya, dia sudah memahaminya sejak sekian lama. Nadya kemudiannya meneruskan niat sebenarnya untuk bertemu lelaki itu tadi. Dia bangun dari kerusinya dan meolak kerusinya ke belakang. Berdiri tepat di hadapan lelaki itu sambil menarik luggage yang sedari tadi berada di sisinya.

“Sayang nak ke mana?”soal Syukri setelah dia turut berdiri di hadapan wanita itu. Sejujurnya dia sedikitpun tidak berharap yang wanita itu akan menjawab soalannya apabila wanita itu sudah lama membisu sejak kepulangannya. Tidak, bukan sejak kepulangannya. Wanita itu memang jarang sekali membuka mulutnya. Jadi, dia tidak berharap untuk mendengar suara wanita itu. Tetapi, masih juga dia bertanya.

“Balik.” Nadya bersuara sambil luggage di tangannya diserahkan kepada lelaki itu.

“Sayang, sayang memang dah stay kat sini lama tapi Ri kan baru jer sampai. Kalau kita balik sekarang, apa kata mama dengan papa nanti. Lagipun, Ri cuti lama. Work from home. Boleh jer kalau kita stay sini dulu. Lagi 2-3 hari ke. Seminggu ke. Kita baliklah.”lembut Syukri bersuara sambil tangannya masih juga menyambut luggage itu dari tangan Nadya. Gembira kerana isterinya sudi kembali ke rumah bersamanya namun perasaan ibu dan bapa mertuanya masih juga perlu dijaga.

“Bukan kita, tapi Ri. Balik!”tegas Nadya bersuara. Ada nada amarah dalam suaranya. Dia ingin segera berlalu setelah menyelesaikan niatnya namun tangannya segera digenggam lelaki itu membuatkan langkahnya terhenti. Sekali lagi dia sekadar mengerling ke arah tangannya yang disentuh lelaki itu melepaskan tangannya namun lelaki itu masih lagi menggenggamnya. Dia cuba merentap tangannya dari genggaman lelaki itu namun lelaki itu semakin kuat menggenggamnya membuatkan dia terpaksa berpaling kembali memandang lelaki itu. Dia dapat melihat anak mata Syukri kian menghitam. Wajah lelaki itu kelihatan sedikit merah dan tiada lagi senyuman di wajah lelaki itu. Jika ini adalah kartun, mungkin akan ada asap yang turut keluar dari telinganya. Lelaki itu memang baran, namun wajah ini tidak pernah ditunjukkan di hadapannya apatah lagi ingin ditujukan ke arahnya begini.

“Maksud sayang?”soal Syukri, masih cuba mengawal kemarahannya. Dia tidak ingin meninggikan suara atau memarahi wanita itu namun wanita itu seperti sedang mencabarnya. Nadya boleh berkata apa-apa saja dan meminta apa-apa saja, dia akan menuruti permintaan wanita itu. Hanya satu saja yang dia tidak dapat terima. Wanita itu ingin menjauhinya. Dia tidak akan pernah menerimanya. Andai dia menyakiti wanita itu, beritahu saja dia. Dia akan merubah caranya. Andai wanita itu tidak bahagia dengannya, hanya tinggal beritahu dia saja. Dia akan lakukan apa saja untuk kembalikan senyuman itu. Biarpun wanita itu menangis dan menderita kerananya, tidak akan pernah dia melepaskan wanita itu dan tidak akan pernah dia biarkan Nadya menjauh darinya. Bukan saja melakukannya, jika sesiapa saja mencadangkannya sekalipun dia akan menghantarnya ke dunia bawah tanah. Hanya kerana yang di hadapannya ini Nadya membuatkan dia mampu bersabar.

“Ri baliklah. Nadya dah tak nak tengok muka Ri kat sini.”balas Nadya sambil merentap kembali tangannya dari lelaki itu. Dia tahu yang Syukri bukannya tidak memahami maksud kata-katanya tadi tetapi lelaki itu hanya ingin dia mengubah katanya. Namun, dia tidak akan berganjak dari keputusannya.

Nadya tersentak apabila tangan lelaki itu tiba-tiba saja di lehernya. Lelaki itu tidak pernah berkasar terhadapnya. Dia cuba untuk melepaskan tangan lelaki itu dari lehernya namun semakin kuat genggaman lelaki itu di lehernya.

“Mati dulu baru tinggalkan Ri.”

Syukri mengeluh apabila peristiwa 3 hari yang lalu itu meninggalkannya.

“Apa yang kau dah buat ni, Ri.”dia mengetuk kepalanya sendiri sebelum menyerabutkan rambutnya sendiri. Pasti semakin sukar untuk dia memenangi kembali hati Nadya selepas ini. Dia mengeluh sekali lagi sebelum kembali menyiapkan kerjanya. Kerja adalah kerja. Apa jua yang berlaku, tanggungjawabnya
harus diselesaikan juga.

DendamWhere stories live. Discover now