DUA PULUH LAPAN

134 3 0
                                    

KELELAHAN yang dirasainya hari ini kian menghilang apabla sejuknya air dari shower itu membasahi tubuhnya. Irdina menghela nafas lega apabila shifnya hari ini tamat. Sengaja dia ingin menyegarkan diri sebelum dia kembali ke rumah. Namun segala kenikmatan sesaat yang dirasakannya  di saat ini tidak lama apabila ada bunyi yang datang dari pejabatnya. Sekali lagi mindanya menjerit memberikan amaran. Ada bahaya yang menghampirinya. Dia sudah merasakannya sejak pagi tadi.

“Papa?” Irdina tahu itu pastinya bukan papanya. Papanya sedang bercuti hari ini. Sengaja dia bersuara agar siapa saja yang berada di pejabatnya pada saat ini tahu bahawa kehadiran ‘nya’ disedari oleh Irdina.

Sepi! Dia sudah lama mendiamkan diri namun tiada apa-apa bunyi lagi yang didengari olehnya. Tiada sebarang pergerakan yang dikesannya. Tangannya segera mencapai pakaiannya dan disarungkan ke tubuh sebelum dia berlalu keluar dari bilik air itu. Keadaan sekelilingnya dipandang. Tiada apa yang berbeza selain pen di atas mejanya bergerak 10cm dari asalnya dan subang yang diberikan Sharifa yang ditanggalkannya dan diletakkan di atas meja itu juga sudah tiada. Dia mencapai handbagnya yang ditinggalkan di atas kerusi sebelum dia mandi tadi dan berlalu keluar dari pejabatnya.

Perasaannya kuat mengatakan bahawa dia tidak akan sampai ke rumah hari ini. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari handbag yang digalasnya dan jemarinya segera mencari nama dalam senarai kontaknya sambil berjalan. Dan jemarinya terjeda pada nama Fikry. Dia memejamkan matanya dan menghelakan nafasnya sebelum matanya kembali dibuka. Jemarinya berjalan kembali sehingga nama ‘Lyn’ tertera di skrinnya. Butang dial ditekan sambil dia berjalan ke arah keretanya.

Ketika dia duduk dia menutup pintu kereta setelah dia duduk di tempat duduk pemandu barulah dia dapat mendengar suara menyapa dari dalam bluetooth earphonenya.

“Lyn, the time has come.”satu keluhan dilepaskan sebelum katanya disambung. “When I gone, make sure you keep your promise. You’ve to make sure everything is done to the end. Everything must be perfect.”

Dia dapat mendengar suara itu membalas katanya. Dia hanya mengangguk biarpun dia tahu orang yang ditelefonnya tidak nampak perbuatannya.

“And.... that’s all. Thank you.”dia benar-benar ingin menyebut tentang Fikry namun bibirnya segera ditahan. Dia dapat mendengar Lyn berkata sesuatu sebelum panggilan ditamatkan.

Dia sudah menunggu untuk hari ini dari saat pertama dia tahu bahawa dia adalah mangsa yang seterusnya. Dia sudah bersedia untuk ini. Bukan bersedia untuk mempertahankan diri namun dia telah bersedia untuk mati. Dia percayakan karma. Setiap perbuatan harus ada balasannya. Jika dia harus menjadi sebahagian dari bayaran itu, biarkan dia mati. Itu saja.

Waktu terus berlalu. Dia sudah hampir separuh jalan untuk tiba di rumahnya namun masih tiada apa yang berlaku kepadanya. Dia tersilap? Hatinya bersuara.

Dia menutup mulutnya apabila dia tiba-tiba saja menguap. Mungkin keletihannya bekerja sudah cuba mengejarnya. Dia sudah berhenti mengira berapa kali dia menguap selepas dia melakukannya untuk kali yang ketiga. Air mata yang datang bersama aktiviti itu turut dikesat. Matanya semakin terpejam. Dia cuba untuk melawannya. Dia cuba untuk bertahan namun matanya akhirnya terpejam sepenuhnya.

Dia dapat merasakan hentaman kuat dari hadapan keretanya dan airbag dalam keretanya mengembang dan bertindak sebagai kusyen apabila tubuhnya terhumban sedikit ke hadapan. Dia merasakan segalanya. Dia menyedari segalanya namun dia tidak dapat membuka matanya. Dia sudah semakin hilang.

Ini bukan mengantuk yang biasa. Ini bukan kerana dia terlalu lelah dengan kerjanya. Ada orang yang telah mencampurkan gas tidur ke dalam penghawa dingin keretanya. Namun, gas yang digunakan terlalu rendah membuatkan efeknya lebih lambat. Mungkin orang yang cuba mencelakakannya ingin dia pergi lebih jauh dari hspital. Jauh dari mata saksi agar penculikannya berlaku dengan lebih lancar. Bagaimana dia tidak menyedari hal ini dari awal? Dia ingin ketawakan kebodohannya sendiri namun dia tidak berdaya.

Pintu kereta yang dikunci dari mula dibuka dengan mudah oleh seseorang dari luar keretanya. Dia dapat merasakan nafas orang itu menyentuh pipinya.

“Selamat datang ke neraka. Permainan bermula.”dia dapat mendengar ayat itu dibisikkan ke telinganya sebelum dunianya terpadam sepenuhnya. Kiraan detik penamatnya telah bermula.

DendamWhere stories live. Discover now