"CIK! Cik! Bangun."suara itu mengejutkan Nadya dari lenanya. Dia mencelikkan matanya. Dia masih lagi berada di dalam kereta yang tadinya membawanya dari lapangan terbang dan handbagnya masih lagi ada disebelahnya. Maksudnya, segala yang dialaminya tadi hanyalah sebuah mimpi?
"Kita dah sampai."sekali lagi pemandu itu mengejutkannya dari lamunannya.
Nadya memandang ke luar tingkap kereta. Rumah ibu bapanya jelas tesergam di hadapan matanya.
"Cik!"pemandu itu bersuara lagi. Mungkin bengang dengannya yang masih belum mahu meninggalkan kereta.
"Sorry!"kata Nadya sebelum melangkah keluar dari kereta itu.
Kereta itu meluncur laju meninggalkannya setelah bagasinya diambil dari bonet kereta.
Nadya memandang di hadapannya. Rumah ibu bapanya jelas tesergam di hadapan matanya. Hairan juga bagaimana pemandu itu atau lebih spesifik, sahabat mayanya mengetahui alamat rumah ibu bapanya. Dia tidak pernah bercerita tentang ini. Mungkin sahabatnya itu mengetahui lebih dari yang disangka. Mungkin orang itu sebenarnya stalkernya? Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Cuba untuk mendapatkan jawapan. Namun skrin telefon bimbitnya gelap menandakan baterinya telahpun habis.
Dia mengeluh lagi.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerPuas menghadapi kecurangan Syukri membawa Nadya kembali ke Malaysia. Namun memori lama mula menghantui fikirannya. Memori yang dia tidak tahu dia pernah ada. Memori yang menjelma samar-samar menunjukkan kebenaran hidupnya. Memori di waktu kecilnya...