BOOOOMMM!!! Tepat pada kata Irdina, hanya beberapa langkah mereka meninggalkan bangunan itu, tubuh mereka telah tercampak ke hadapan. Siti Sharifa bangun dari tanah. Orang lain sudah tidak diperdulikannya. Dia segera berlari ke arah Irdina untuk memastikan wanita itu tidak tercedera sebelum dia kembali semula ke kereta untuk cuba mendapatkan bantuan. Sementara Adam Haikal juga segera bangun dan berlari mendapatkan Syukri yang sedang cuba untuk kembali ke dalam rumah yang sedang marak apinya itu. Rontaan dan jeritan Syukri tidak dihiraukannya. Dia tidak boleh membiarkan lelaki itu kembali ke tempat yang bahaya itu. Dia terus memegang Syukri sehingga lelaki itu puas meronta dan akhirnya terduduk di atas tanah umpama dia telah pasrah dengan hidupnya.
Irdina masih lagi memegang kepalanya memegang kepalanya sejak dia diangkat dari tanah oleh Sharifa. Kepalanya sakit. Bukan kerana hentakan akibat dari jatuh. Tapi kerana alarm dalam kepalanya yang masih belum berhenti berbunyi. Bukan kerana letupan itu. Bukan kerana api yang marak di hadapannya. Ada sesuatu yang dia terlepas.
“Dina, kau okey tak ni?”dia dapat mendengar suara cemas Adam bertanya di hadapannya membuatkan dia membuka mata. Namun apa yang dilihat di hadapannya bukanlah lelaki itu sebaliknya pandangan xray tubuh lelaki itu. Dia pasti matanya sudah merah di saat ini dan dia tidak memakai kaca mata gelapnya. Dia dapat melihat tubuh Adam berganjak sedikit ke belakang. Pastinya lelaki itu terkejut melihat matanya yang selalu disorokkannya. Tapi kaca matanya telah terjatuh entah ke mana di saat tubuhnya tercampak tadi. Dia memandang ke arah rumah yang sedang marak apinya. Hanya ada 2 tubuh di dalam sana. Mana lagi satu?
Dia segera memandang sekelilingnya. Hanya sedikit ke kanan. Tidak begitu jauh di dalam hutan. Hanya pada jarak yang sama di antara rumahnya dan rumah pokoknya ketika kecil namun tidak mungkin boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Dia dapat sebuah rumah ataupun bangsal kecil diperbuat dari kayu berada di sana. Di dalamnya terdapat seorang wanita yang sedang meronta dengan lehernya sudah diikat dengan tali. Bongkah air dibawah kakinya sudah semakin mengecil membuatkan kakinya sudah tidak lagi mencecah ke lantai. Dia sudah pasti apa yang sedang berlaku. Cikgunya pasti sudah merancang untuk menyelamatkan anaknya setelah tamat permainan pertama. Sekurang-kurangnya wanita raksasa itu memiliki hati sebagai seorang ibu. Jadi, apakata dia biarkan saja wanita itu menyertai keluarganya? Biarkan dia mati bersama mereka.
“Dina!”dia dapat mendengar suara Adam memanggilnya. Dia tahu dengan jelas siapa yang sedang berbicara dengannya di saat itu tapi apa yang dilihatnya ketika itu adalah tubuh ayahnya yang sedang meronta tergantung. Orang yang dia hanya mampu melihat kematiannya tanpa mampu berbuat apa-apa. Tanpa sedar tangannya mencapai pistol yang dibawa Adam. Dia dapat mendengar Adam berkata sesuatu namun dia tidak dapat mendengarnya. Satu das tembakan dilepaskannya. Dua das. Dan tiga das. Tali yang melilit leher wanita terputus membuatkan tubuh wanita itu rebah ke lantai. Sudah pastilah dia boleh menembak dengan tepat. Fikry adalah orang yang mengajarnya. Kekasih orang lain mungkin mengajar mereka untuk bermain permainan di arked namun Fikry mengajarnya untuk melepaskan tembakan.
“Tuan!”suara Siti Sharifa membawanya kembali ke realiti. Kenangannya tentang permainan terakhir itu meninggalkan mindanya bersama suara partnernya itu. Dia memandang ke hadapan. Dia melihat Irdina baru saja keluar dari ruang pejabatnya bersama Syukri. Pasti berbincang sesuatu mengenai isteri lelaki itu yang baru saja tersedar dari komanya selepas 5 hari terlantar di atas katil di hospital itu. Satu-satunya saksi terakhir yang masih hidup selepas semua permainan.
“Macammana dia?”soal Adam apabila Irdina datang kepadanya setelah Syukri kembali ke bilik rawatan yang menempatkan isterinya.
“You can get nothing from her. Nothing at all. Her memories stopped only till the 1st day she arrived in Malaysia. She remembered nothing after that. Dissociative amnesia but I don’t know for sure.”jelas Irdina.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerPuas menghadapi kecurangan Syukri membawa Nadya kembali ke Malaysia. Namun memori lama mula menghantui fikirannya. Memori yang dia tidak tahu dia pernah ada. Memori yang menjelma samar-samar menunjukkan kebenaran hidupnya. Memori di waktu kecilnya...