TIGA PULUH SATU

130 3 0
                                    

KOSONG. Itulah yang dirasakan Irdina saat melihat jenazah papanya dimasukkan ke dalam liang lahad. Tiada tangisan. Tiada air mata yang menemaninya. Tiada juga kesedihan mahupun kepiluan. Dia sekadar memandang kosong situasi di hadapannya. Semua yang datang dan pergi di hadapannya. Semua yang cuba berbicara dengannya hanya dipandang kosong seolah mereka adalah watak 3D yang tampak nyata di hadapannya. Dia seolah sedang menonton wayang bisu. Dia dapat melihat mereka namun semuanya berlaku tanpa suara.

“Dina!” Irdina memandang wanita tua yang memegang bahunya.

“Sabar ye, nak. Allah lebih sayangkan dia.”wanita tua itu bersuara. Irdina sekadar mengerutkan dahinya. Bukan dia tidak memahami maksud kata wanita itu. Dia hanya hairan apa yang wanita itu lakukan di sini. Orang yang konon menganggapnya seperti anak sendiri namun memutuskan segala perhubungan dengannya hanya kerana Adam menikahi wanita lain. Konon untuk menjaga hati menantunya. Jadi, untuk apa dia di sini. Cuba berlagak seperti seorang ibu sekali lagi? Kerana menantunya sudah meninggal, jadi wanita itu boleh melayannya sebagai seorang anak sekali lagi? Dia tidak memerlukan ibu seperti itu.

“Dina?”wanita tua itu bersuara dengan lembut sekali lagi.

Irdina menepis tangan wanita tua itu. Tidak ingin disentuh dengan lebih lama. Dia merasa jijik dengan sentuhan wanita itu. Dia merenung tajam ke dalam mata wanita itu sebelum berlalu.

“Patutlah jadi anak yatim. Tak ada adab.”kasar wanita tua itu bersuara namun ia mengundang senyuman pada wajah Irdina yang kosong sejak tadi. Dia kembali berpusing memandang wanita tua itu.

“Sebab tu ke menantu dan cucu makcik mati sebelum dilahirkan? Sebab makcik pun biadap?”soalnya bersama senyuman. Wanita yang pernah dipanggil mak itu kini telahpun dipisahkan dengan jurang yang dibina olehnya. Tiada lagi kasih sayang mahupun hormat terhadap wanita itu.

“Kau..” wanita tua itu cuba untuk menamparnya namun anaknya sempat menangkap tangan wanita itu disaat Irdina masih lagi memandang wajahnya dengan senyuman mengejek.

“Mak! Uncle baru meninggal, kan. Janganlah buat macamni. Malu orang tengok.” Adam bersuara perlahan. Hanya cukup untuk didengari oleh mereka berdua saja.

“Mak lah yang salah? Dia yang biadap dengan mak.”wanita tua itu terus menghamburkan kemarahannya namun suara itu bagaikan tersekat dari telinga Irdina.

Papanya sudah mati! Melihat tubuh papanya yang berbalut dengan kain putih itu masih belum cukup untuk menyedarkannya. Melihat jenazah ayahnya dikebumikan, masih belum cukup untuk menampar realiti itu ke mukanya. Mendengar talkin dibacakan masih lagi belum dapat menanam realiti itu dalam kepalanya. Tapi kata-kata Adam. Kata-kata lelaki itu cukup untuk menarik kakinya yang masih lagi berada di awangan dan menghumbannya ke alam realiti. PAPANYA TELAH TIADA LAGI DI DUNIA INI!

Sekali lagi Irdina melangkah pergi mengikut ke mana kakinya ingin membawanya. Suara Adam yang memanggilnya tidak dihiraukannya. Siti Sharifa yang cuba untuk menegur atau memujuknya juga tidak diperdulikannya. Malah di saat dia tiba di bahu jalan dan seseorang menariknya masuk ke dalam kereta juga dia masih lagi tidak bereaksi dan sekadar menyandarkan kepalanya di tingkap kereta.

Dia merasakan kehangatan tangan yang amat dikenalinya menyentuh tangannya membuatkan dia memandang lelaki yang sedang memandu itu.

“Fikry, you’re here!” Irdina bersuara ceria.

Fikry membalas senyuman Irdina dengan senyuman lembut di wajahnya tanpa membalas kata-kata Irdina. Dia sekadar mengelus lembut tangan Irdina di dalam genggamannya sambil sebelah lagi tangannya mengawal stereng kereta.

“Fikry, do you know papa is dead?”soal Irdina tiba-tiba.

Fikry sekadar menganggukkan kepalanya. Tidak menjawab. Dia tidak rasa Irdina memerlukan jawapan darinya. Wanita itu sedang cuba untuk menerima hakikat tentang semua yang berlaku. Keretanya dihentikan apabila mereka samapi ke destinasi yang ingin dituju. Dia membuka seatbeltnya sebelum membuka seatbelt Irdina.

DendamWhere stories live. Discover now