TIGA PULUH SEMBILAN

229 5 0
                                    

"AKU nak kau focus pada suara aku. Dengar betul-betul apa yang aku cakap dan patuh pada arahan aku. Mulai saat ini, kau bukan lagi Iesha. Kisah yang kau lihat di skrin pc bukan lagi kisah kau. Apabila kau buka mata nanti, identiti kau hanya satu. Kau hanyalah Nadya Elliani. Segala kenangan Iesha yang kau lalui tak pernah wujud. Hanya kenangan kau sebagai Nadya Elliani saja yang akan tinggal. Aku ambil kembali memori aku sebagai Iesha yang aku pinjamkan. Aku pulangkan kembali memori Nadya Elliani yang aku rampas dari kau.”

Umpama sedang berada dalam tidur yang panjang, dia keletihan. Umpama telah menjalani sebuah mimpi yang terlalu lama, tapi dia tidak ingin bangun. Dia selesa di sini. Dia rasa tenang. Dia ingin terus berada di sini.

“Sayang, tolong bangun. Sayang jangan buat macamni.”rayu suara itu? Siapa? Dia tak ingin mendengarnya. Ketenangan yang dirasakannya, dia tidak ingin tinggalkannya. Dia ingin terus berada di sini.

Tangannya basah. Ada cecair yang sedang menitis di atas tangannya. Suam. Rasanya begitu tidak selesa. Dia dapat mendengar suara orang yang sedang bercakap sesuatu namun dia tidak dapat fokus kepadanya. Rasa seperti tak diperdulikan. Dia ingin suara-suara itu hilang. Dia ingin ketenangannya kembali. Suara itu masih terus berbunyi. Seolah ada yang sedang memanggilnya. Seolah ada yang sedang menantinya. Tapi siapa?

“Sayang, Ri tahu sayang penat. Tapi tolong buka mata sayang. Ri tak boleh tahan semua ni. Please, come back to me.”suara itu masih merayu kepadanya namun dia tidak ingin mendengar suara itu. Dia hanya inginkan ketenangannya kembali. Berlari di antara bunga-bunga. Dengan angin lembut yang menghembus wajahnya. Cahaya. Dia dapat melihat cahaya putih itu semakin terang. Seolah-olah sedang memanggilnya untuk ke sana. Dia mula mengatur langkahnya ke arah cahaya itu.

“Sayang, jangan tinggal Ri.”suara itu membuatnya menoleh ke belakang. Siapa?

“Nadya.”dia dapat melihat seorang budak lelaki sedang berlari ke arahnya. Siapa?

“Nadya!” dia dapat mendengar suara itu datang dari arah yang lain. Dia menoleh ke arah itu pula. Dia dapat melihat seorang remaja lelaki berbaju sekolah dan sedang berdiri di sebelah basikalnya bersama senyumannya. Siapa?

“Nadya Elliani.”dia dapat mendengar suara itu datang dari arah budak lelaki itu tadi. Kali ini yang berdiri di situ bukanlah seorang budak lelaki sebaliknya seorang lelaki berusia awal 20an sedang tersenyum kepadanya. Siapa?

“Sayang!”kali ini dia melihat remaja lelaki tadi pula berubah menjadi lelaki dewasa yang hanya berseluar pendek dengan badan yang penuh dengan kesan dari tanda gigitan cinta. Matanya terbeliak. Segala memorinya tentang lelaki itu kembali. Dia kenal lelaki itu dengan baik.

Bagi setiap wanita, ayahlah hero pertama dalam hidup mereka. Tapi bagi Nadya Elliani, dunianya bermula dan berakhir dengan lelaki itu saja. Orang yang mengajarnya cara menyiapkan kerja sekolahnya. Orang yang mengangkatnya tika dia jatuh. Orang yang mengeringkan air matanya sebelum dia menangis. Orang yang melindunginya. Selalu. Sentiasa. Dia menyangka lelaki itu hanya menganggapnya sebagai adik. Sebagai satu tanggungjawab sehinggalah hari itu tiba.

Hari itu dia, mamanya, papanya dan Syukri berada di meja makan seperti biasa. Satu-satunya masa di mana dia kadangkala dapat berkumpul bersama ahli keluarganya. Dia masih ingat hari di mana dunianya berubah.

“Ri takde apa-apa yang nak beritahu papa?”soalan papanya membuatkannya turut memandang ke arah Syukri. Jika papanya mula menyoal bererti bahawa lelaki itu telah mendapat tahu tentang sesuatu yang dirahsiakan Syukri.

“Beritahu apa, pa? Ri rasa takde apa-apa yang Ri tak beritahu papa.”balas Syukri selamber sambil menyambung suapannya. Dia menipu. Nadya tahu itu.  Dia hanya perlu melihat untuk tahu namun mengapa lelaki itu harus menipu?

DendamWhere stories live. Discover now