Bab 27

138 16 1
                                    

"Auntie...Bawa la berehat kejap. Auntie tu 6 month pregnant tau! Let me do it."tegur Lily yang melihat Kamelia bersungguh-sungguh menyiapkan kerjanya.

"Lepas siap ni, auntie rehat. Ok?"

"Workaholic betul...Lily call Daniel!"ugut Lily.

"Ish...Fine...."Kamelia menyerahkan file tersebut kepada Lily.

Kamelia cuba untuk menutup matanya kerana kepalanya terlalu pening. Entah sejak kebelakangan ni kepalanya sangat pening dan adakalanya dia berasa loya. Tapi masalahnya, dia sudah mengandung 6  bulan...Kenapa dia masih loya?

"Lily...Auntie nak keluar maybe terus pulang ke rumah."

"Oh ok!"

Kamelia segera mengemas semua barangannya sebelum keluar dari pejabat tersebut. Dia perlu ke hospital untuk check up.

"Kenapa puan Kamelia?"

"Entah la doktor...Memang sebelum pregnant saya selalu sakit kepala tapi sekarang sakit kepala tambah teruk dan adakalanya saya rasa loya."

"Sebelum pregnant lagi puan dah sakit kepala?"soal doktor itu pelik.

"Ya...Kepala saya sangat-sangat sakit. Tapi kebelakangan ni sakit tu datang lebih kerap."beritahu Kamelia yang mula membuatkan wajah doktor dihadapannya risau.

"Puan Kamelia ok dengan jalankan MRI? Lagipun puan masuk Second Trimester. So, there is no problem with MRI."

"MRI? Untuk apa?"soal Kamelia pelik.

"Saya takut puan menghidap penyakit lain."

"Baiklah..."

Kamelia akhirnya akur dan mengikut doktor itu untuk melakukan MRI. Dia juga risau apa penyakit yang dia hidapi kerana sering sakit kepala.

Sebaik sahaja selesai dengan semua procedure MRI. Kamelia dibenarkan untuk pulang ke rumah dan menunggu pihak hospital untuk menghubunginya berkaitan result MRI yang dia buat tadi.

Dalam hatinya berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Bagaimana jika ada sesuatu yang akan mengancam kandungannya? Dia tidak mahu kehilangan babies kerana Daniel betul-betul mahukan mereka.

"Sayang fikir apa?"soal Daniel yang baru pulang dari kerja.

Daniel melihat isterinya yang sedang duduk termenung di indoor garden rumah mereka.

"Oh...Tiada apa-apa..."bohong Kamelia.

"Rindu..."ucap Daniel lalu memeluk Kamelia dari belakang kemudian mencium pipi isterinya.

"Saya pun rindu..."

"Awal sayang pulang kerja hari ni."

"Haah...Penat jadi pulang la awal sikit."beritahu Kamelia.

"Ooo...Sayang ada nak makan apa-apa? Saya boleh suruh maid masakkan? Ataupun suruh driver belikan makanan?"

"Sokay...Saya tiada nak makan apa-apa."

"Ok...Saya naik atas dulu. Nak mandi..."

Kamelia hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis.

~~~~~
Korang rasa apa sebenarnya yang berlaku dengan Kamelia sebenarnya? Haa...Jgn lupa vote dan komen!

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now