"Assalamualaikum...Sayang."Daniel memegang batu nisan yang terukir nama Kamelia.
Air matanya jatuh kerana terlalu sedih.
"Sayang macam mana disana? Hopefully sayang tidak lagi menderita dan sakit. Jangan risau, kita tetap akan jumpa disana nanti...Saya janji..."
"Darwish dan Kayla dah masuk 6 bulan. Saya pun sebenarnya tidak sangka macam mana saya boleh besarkan mereka berdua sendiri. Bila dorang dah besar sikit, saya bawa mereka jumpa dengan sayang, ya? Sekarang tidak boleh...Dorang masih kecil..."
"Tahun raya tanpa sayang...Rasa kosong dan sedih sangat. I hope you still her with us. I swear, I will do anything to spend one more day with you..."
Daniel menangis bersungguh-sungguh. Walaupun ada beberapa orang yang berada di tanah perkuburan itu yang datang untuk melawat sempena Hari Raya namun tidak dia endahkan.
"Assalamualaikum...Encik Daniel kan? CEO VTechno?"soal satu suara yang membuatkan Daniel memandang kearah pemilik suara itu.
"Waalaikumsalam, Ya saya..."jawab Daniel lalu memandang kearah lelaki itu.
"Saya Iqbal, peguam yang menguruskan harta dan wasiat puan Kamelia."
"Huh? Harta dan wasiat?"soal Daniel pelik.
"Ya...Kalau encik tidak keberatan, boleh kita bercakap ditempat yang lebih sesuai?"
"Sure..."
Mereka berdua menuju ke cafe yang berdekatan untuk berbincang.
"Ini wasiat yang di tulis sendiri oleh puan Kamelia. Boleh saya bacakan?"
"Ya..."
"Puan Kamelia telah memberikan semua hartanya tanpa sebarang syarat kepada encik Rasydan Daniel iaitu sebuah rumah banglo mewah di Cameron Highland termasuklah 10 ekar tanah. Saham yang bernilai RM 3 000 000 dari besar syarikat EGH.Corp di England. Wang sebanyak RM 100 000 000 di akaun bank. Artifak bersejarah yang bernilai RM 500, 000. Akhir sekali, 8 ekar tanah di Kundasang, Sabah. Namun, duit sebanyak RM10 000 000 saya telah dermakan kepada badan kebajikan seperti yang diarahkan oleh puan Kamelia."
"Semua ni---"
"Ya...Semua ini diserahkan kepada encik Daniel."
Daniel mula bingung kerana dia tidak tahu yang Kamelia mempunyai duit sebanyak ini.
"Ini kunci dan peta rumah banglo di Cameron Highland."Iqbal menyerahkan segugus kunci kepada Daniel yang masih kebingungan.
"Terima kasih..."
"Kalau ada apa-apa pertanyaan, encik boleh hubungi saya. Ini kad saya...."
"Baiklah..."
Daniel masih lagi terfikirkan tentang perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Kunci rumah di tangannya masih lagi dia genggam dengan erat.
"Hello...Mummy. Daniel ada things perlu buat di Cameron. Mummy boleh tolong jagakan Darwish dan Kayla kan?"ucap Daniel sebaik sebaik sahaja mummynya menyambut panggilan.
"Boleh...Bila Daniel pulang?"
"Daniel pulang malam ni juga. Mummy jangan risau..."
"Ok...Hati-hati!"
Tanpa membuang masa, Daniel terus masuk ke dalam keretanya dan memandu menuju ke cameron highland.
Dalam hatinya benar-benar ingin sampai ke banglo peninggalan Kamelia.
Tidak mengambil masa yang agak lama, akhirnya Daniel tiba di hadapan banglo mewah tersebut.
"Assalamualaikum...Encik cari apa ya?"soal seorang pakcik tua yang sedang menyiram bunga dihadapan rumah.
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...