"Dimana bilik Dato Wong Thien Lee?"soal Kamelia dengan tercunggap-cunggap kepada jururawat yang bertugas di kaunter itu.
"Dato Wong Thein Lee di tempatkan di bilik VIP No.3."
"Thanks!!"Dia segera berlari ke bilik yang menempatkan Wong.
"Auntie Lia..."Lily yang merupakan anak kepada Wong terus memeluknya dengan erat sambil menangis.
"Kenapa boleh jadi macam ni?"soal Kamelia lalu mengusap kepala Lily dengan lembut.
"I don't know...Lily jumpa papa pengsan lepas Lily pulang dari kerja. Masa tu, maid di dapur..."
"It's ok...Jangan nangis. Everything will be ok..."
Lily sudah menganggap Kamelia seperti ibu kandungannya sendiri kerana Ibu kandung sebenar Lily meninggal dunia sebaik sahaja melahirkannya. Oleh itu, dia rapat dengan Kamelia. Dia juga tahu yang Kamelia sebenarnya sudah berusia 99 tahun.
"Lily takut kehilangan papa..."
"Shh...Jangan cakap macam tu sayang..."
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan doktor yang masuk ke dalam untuk memantau Wong.
"Doktor, macam mana dengan keadaan papa saya?"soal Lily.
"Dato Wong menghidap kanser usus tahap 4. Beliau mungkin hanya bertahan beberapa bulan. Jika penyakit ni dikesan lebih awal, mungkin beliau masih boleh dirawat tapi kanser ni sudah merebak ke hati dan paru-paru."beritahu doktor itu yang membuatkan Lily menangis.
"Auntie Lia..."Lily memeluk Kamelia dengan erat sambil menangis.
"Lily...Jangan nangis macam ni. Papa kamu mesti tidak suka..."pujuk Kamelia lalu mengusap belakang Lily. Kamelia juga mengalirkan air mata selepas mendengar kenyataan yang keluar dari mulut doktor tadi.
Dia tidak sangka akan kehilangan orang yang dia sayangi lagi.
"Kalau papa pergi, siapa yang akan jaga Lily?"
"Auntie sentiasa ada untuk Lily..."Kamelia mengelap air mata gadis itu menggunakan ibu jarinya.
Walaupun pahit untuk mereka telan hakikat itu namun mereka harus terima.
Kamelia hanya memandang sayu sahabatnya yang terlantar lemah diatas katil hospital bersama alat bantuan penafasan.
Hatinya benar-benar sedih menerima kenyataan ini....
~~~~~
Tdk...Kenapa Wong yang mesti pergi?!!😭😭😭😭😭
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...