Bab 5

6.9K 279 11
                                    

"Makan cendol pun comot!"Rasydan mengeluarkan sapu tangan miliknya kemudian mengelap mulut Kamelia yang comot.

"Thank you!"ucap Kamelia gembira lalu menyambung menikmati cendol kegemarannya.

Seperti biasa, ramai orang akan mengunjung gerai cendol tersebut. Kebanyakkan mereka adalah penjawat awam yang baru pulang dari seharian bekerja.

Mereka bersiar-siar di bandar sebaik saja selesai menghabiskan cendol di gerai tadi.

"Lieutenant! Tengok tu!!"

"Kedai gambar? Untuk apa?"soal Rasydan pelik.

"Jom kita ambil gambar! Kita tidak pernah ada gambar bersama-sama!"Dia menarik tangan Rasydan dan memaksanya masuk ke dalam kedai gambar tersebut.

"Tapi saya pakai uniform tentera ni. Nanti gambar kita tidak cantik."beritahu Rasydan dengan risau.

Memang betul dia masih memakai uniform tentera miliknya manakala Kamelia anggun memakai gaun berwarna kuning.

"Saya balik rumah dulu untuk tukar baju!"Rasydan ingin keluar namun Kamelia menahan lengannya.

"Saya lebih suka tengok awak pakai uniform macam ni. Awak nampak segak."puji Kamelia yang membuatkan Rasydan malu.

"Datang sini mau ambik gambar ka?"seorang apek cina yang merupakan pemilik kedai gambar tersebut.

"Ya uncle! Kami mau ambil gambar!"jawab Rasydan dengan slang Cina seperti tauke kedai tersebut.

"Haa...Banyak bagus! Kamu berdua masuk sini! Saya akan ambil gambar!"tauke tua itu mempelawa mereka ke studio buatan yang kecil.

Kamelia diarahkan duduk di kerusi manakala Rasydan diminta untuk berdiri disebelah sambil memegang bahu Kamelia.

"Haa...Begini ya! Senyum! Wah manyak cantik! Ini gambar kalau sudah keluar mesti cantik oh! Saya mau ambil gambar! 1!2!3!!" Mereka terkejut apabila cahaya terang dari lampu kamera tersebut membutakan pandangan mereka buat sementara.

"Sudah siap ya. Esok mesti datang ambil gambar album ya."beritahu apek cina itu.

Mereka berdua keluar dari kedai gambar itu dengan gembira sebaik sahaja selesai.

"Jom! Saya hantar awak balik!"Rasydan dengan gembira memeluk bahu Kamelia. Mereka berjalan menuju ke motorsikal milik Rasydan yang terletak di tepi gerai cendol tadi.

~~~
I know this chapter kinda boring! But please vote dan komen! I will update more in future!

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now