19 March 2020
Lagi 2 hari, genap usia Kamelia iaitu 98 tahun.
Sumpahan...
Hanya itu yang menjawab persoalan Kamelia buat masa kini. Walaupun usianya sudah mencecah 98 tahun tapi bentuk fizikalnya masih seperti dia seorang remaja. Dia sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku kerana dia juga buntu mencari jawapan.
"Kamelia! You want to join us having lunch together? Ryan ada recommend tempat best."ucap Ratasya yang merupakan rakan sekerjanya. Wanita yang sangat friendly di tempat kerja mereka namun sangat menyemak bagi Kamelia.
"No thank you."balas Kamelia yang masih sibuk meneliti fail-fail anak guamannya.
"Alright..."seperti biasa Ratasya dan rakan-rakannya akan di tolak oleh Kamelia. Walaupun sudah hampir 3 tahun mereka bekerja di firma guaman tersebut tapi Kamelia merupakan rakan sekerja yang paling misteri dan asing bagi mereka.
"Eee...Kau tengok Kamelia tu! Geram aku! Banyak kali kita cuba pelawa dia tapi dia tolak!"
"Ha'ah! Sombong sangat minah tu!"
"Tulah! Perangai macam mak nenek!"
"Mentang-mentanglah dia belajar di Oxford! Bolehlah dia show off! Eh! Aku tidak hairan la dengan Oxford dia tu! Bukannya boleh bawa mati pun!"
"Entah! Aku tahulah muka dia cantik, tapi jangan sombong macam ni! Geram aku! Kang aku bagi penampar!"
"Bagi penampar dekat siapa?"soal satu suara yang membuatkan perbualan mereka terhenti.
"Mr Wong!"ucap mereka semua dengan nada yang takut apabila boss besar mereka yang merupakan pemilik firma ini memandang kearah mereka.
"Kamu buat apa ni? Macam ni perangai seorang lawyer? Burukkan rakan sekerja sendiri?"tegur Wong dengan wajah serius.
"Sorry Mr Wong...Kami--"
"Ini adalah kali terakhir saya dengar semua ni! Faham!"
"Faham Mr Wong..."
Wong berjalan menuju ke bilik kerja Kamelia seperti selalu.
"You tidak keluar lunch?"soal Wong kepada Kamelia.
"I tidak lapar..."balas Kamelia selamba.
"Janganlah macam ni. Kita berkawan sudah lebih 30 tahun, apa masalah you kali ni? Cuba cerita dekat I.."pinta Wong.
"Lagi 2 hari, usia I genap 98 tahun."beritahu Kamelia lalu mengeluh.
"I know...Tapi kenapa you sedih?"
"Sebab I rasa semua benda ni tidak masuk akal. Just imagine, i met you 30 years ago when we studied at London and now you already 50 years old while am i still young like this!"
"Kamelia...Buat apa you kesahkan tentang semua ni. Just enjoy your live. You know what? Kalau I usia yang panjang macam you, I akan sangat bersyukur."
"You don't understand, Wong."
"Yes...I don't understand you and i will never understand you too. Tapi I mahu you hargai hidup panjang you."
"Alright fine...You betul...I salah. I ni tidak pandai bersyukur."ucap Kamelia dengan nada malas.
"Bukan macam tu, Kamelia. I just want you to realized. So, memandang this year already 10 tahun. You need my help untuk tukar tarikh lahir dalam IC you?"soal Wong.
Setiap 10 tahun, Kamelia terpaksa menukar tarikh lahir pada kad pengenalannya kerana tiada sesiapa akan percaya jika dia dilahirkan pada tahun 1922 dengan rupa fizikalnya seperti itu.
"Ya...Nasib baik you ingatkan I! Nanti you tolong tukarkan ya."
"Sure! That's the only thing i can do untuk balas jasa baik you. Kalau bukan disebabkan you pinjamkan I duit, I tidak akan dapat buka firma guaman ni."
"Perkara kecil...Jangan risau, I tolong you sebab you kawan I. Susah senang you ada dengan I."
"Thanks Kamelia. By the way, lepas you kerja peguam. Apa next career you want to try?"soal Wong teruja.
"Lecturer done, engineer done, architect done, Journalist done, doctor done. Hmm...Entahlah. I belum pasti lagi. Maybe I sambung PHD in economics."
"I see...You know what? Yeah, it's better if you sambung study. Even though you already had like 9 diploma, 8 degree, 6 master and 5 PHD. You studied a lot during your lifetime and i really admire that."
"I studied a lot untuk lupakan apa yang terjadi di masa lalu I. Cuma dengan belajar dan kerja, I lupa dengan semua tu."
Wong mencapai frame gambar yang terdapat diatas meja kerja Kamelia.
"You masih belum move on dengan lelaki ni."Wong hanya tersenyum melihat gambar Kamelia dan seorang lelaki yang lengkap memakai uniform tentera zaman koloni.
"You ingat senang untuk I lupakan dia? Wong...I cuba untuk lupakan dia sampaikan I pernah jadikan you sebagai boyfriend I dulu but it's didn't works! Perasaan cinta I mati bersama dia."
"Kamelia...I understand if you can't forget him but you should learn how to love yourself now. Sampai bila you macam ni. Masa ni I masih hidup untuk perbetulkan you tapi macam mana kalau I sudah mati? Siapa yang akan bantu you? You bukannya pandai bergaul dengan orang lain untuk dijadikan kawan."
"Wong...I jadikan you sebagai kawan I sebab I percaya you. Apa reaksi orang lain bila dapat tahu yang I ni berusia 98 tahun tapi masih muda macam ni? Don't you think they will freak out?!"
"Not everyone like that...Well, I pergi dulu! Ada kerja perlu I buat! See you around!"
Kamelia hanya melihat sahabat baiknya pergi meninggalkan bilik kerjanya. Dia tahu niat Wong baik. Mungkin sudah tiba masanya dia lebih terbuka untuk bergaul dengan orang lain.
~~~
Triple update! Haa...Korang komen kalau korang nak saya update lagi! Pls vote dan komen!
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomantizmKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...