18 December 1940
"Anak ayah baca buku apa tu?"soal Kamal lalu mengusap kepala Kamelia yang kini telah berusia 18 tahun.
"Buku ni!"beritahu Kamelia gembira sambil menunjukkan buku tersebut kepada Kamal.
"Anak ayah ni suka sangat baca buku. Suka dengan jejaka pilihan bila?"usik Kamal yang membuatkan Kamelia menarik muncung.
"Ayah ni. Lia masih mahu belajar lagi. Bila sudah sampai seru, Lia akan cari jodoh sendiri."pujuk Kamelia.
"Tapi Lia, semua kawan-kawan sudah berkahwin. Malah ada yang sudah bergelar ibu."terang Kamal kepada Kamelia.
"Ayah...Tolong yakin dengan pilihan Lia. Hanya itu yang Lia minta. Lia janji Lia akan kahwin bila Lia betul-betul sudah bersedia."
"Tapi kalau Lia malas cari calon. Banyak jejaka dekat kem tentera ayah yang berkenan dengan kamu."usik Kamal lagi.
"Eee...Lia tidak berkenan dengan mereka semua!"bantah Kamelia sambil membuat wajah jijik.
"Jangan cakap macam tu. Nanti tiba-tiba jodoh Lia dari sana. Haa...Baru padan muka."
"Ish abang ni! Janganlah diusik anak kita tu."marah Maryam lalu menghidangkan kopi untuk suaminya.
"Kamu ni...Abang cuma mahu bergurau sikit dengan anak kita ni."Kamal menghirup kopi tersebut dan terus memakai kasutnya.
"Pergi dulu! Assalamualaikum!"Kamal menaiki basikal tuanya menuju ke markas tentera mereka yang terletak hanya 2 kilometer dari rumah.
Kamelia masih lagi menghabiskan masanya untuk membaca buku seperti selalu. Sudah menjadi tabiat untuk membaca buku pada waktu pagi.
"Ya Allah...Ayah kamu ni! Terlupa pula bawa bekalan dia."beritahu Maryam sebaik saja melihat mangkuk tingkat yang disediakan olehnya tidak dibawa Kamal ke kem.
"Ayah lupa? Kalau macam tu, Lia tolong hantarkan ke kem ayah. Bukannya jauh pun."ucap Kamelia dengan suka rela.
"Haa...Baguslah tu! Kamu tolong hantarkan ya. Ayah kamu tu memilih kalau makanan ni! Dia cuma makan masakan ibu."beritahu Maryam lalu mengeluh.
Memang benar, suaminya seorang yang sangat cerewet berkaitan makanan!
"Sebab... Masakkan ibu sedap! Lia pergi dulu!"beritahu Kamelia lalu mengambil mangkuk tingkat tersebut sebelum keluar dari rumah.
Sepanjang perjalanan ada anak muda di kampung itu menegur Kamelia namun dia tidak mengendahkan mereka dan teruskan berjalan menuju ke kem tentera ayahnya.
Sejak kecil, dia tidak pernah sekalipun pergi ke kem ayahnya. Dia tahu yang kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke sana.
"Yes miss? How can i help you?"soal petugas mat salih yang menjaga pintu masuk kem tersebut.
"I here to see my father. Sergeant Kamal."beritahu Kamelia dengan senyuman manis.
"You're her daughter? I refused to believe he has such a beautiful daughter like you. Just go to that building and then turn left. His room is the first one."beritahu mat salih itu.
"Thank you so much sir!"ucapku lalu masuk ke dalam kem tersebut.
Banyak mata-mata tentera disana tidak berhenti memandang kearah Kamelia. Tidak mereka sangka akan ada gadis secantik kamelia akan masuk ke dalam kem mereka.
"Ayah!"panggil Kamelia dengan gembira apabila terlihat Kamal sedang duduk di meja kerjanya.
"Eh? Anak ayah buat apa disini?"soal Kamal lalu mengusap kepala anaknya.
"Ayah terlupa ni!"Kamelia menunjukkan mangkuk tingkat di tangannya.
"Ayah lupa! Terima kasih ya!"Kamal menerima mangkuk tingkat tersebut dengan gembira. Patutlah dia seperti terlupa sesuatu sebelum keluar dari rumah tadi.
"Lia balik dulu ya."beritahu Kamelia lalu menyalam tangan ayahnya sebelum keluar dari bilik kerja tersebut.
Tubuhnya terlanggar dengan seseorang yang jauh lebih tinggi dan sasa darinya. Hampir sahaja dia terjatuh namun mujurlah insan tersebut memegang lengannya.
"I'm so sorry! Saya rushing tadi!"ucap lelaki itu bersalah.
Kamelia memandang kearah lelaki itu dan terpegun dengan wajah kacaknya.
"Lieutenant Rasydan! I'm so sorry for my daughter!"Kamal terkejut apabila melihat anaknya bertembung dengan lieutenant tertinggi mereka.
"It's ok sergeant. By the way, it's my fault for rushing until can't see her come through."balas lieutenant itu.
Kamelia mula takut kerana terlanggar seseorang yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari ayahnya. Macam mana kalau ayahnya dibuang kerja? Di denda?
"This is your daughter?"soal lieutenant itu sambil memandang kearah Kamelia.
"One and my only daughter. Kamelia."
"Beautiful name just like her. Well...I have to go now! See you around, sergeant Kamal."
"Yes sir!"Kamal memberikan tabik hormat kepada lieutenant tersebut.
"Lia...Kenapa Lia tidak tengok kiri kanan tadi? Nasib baik dia tidak marah."ucap Kamal risau.
"Itu lieutenant ayah? Kenapa dia nampak sangat muda?"soal Kamelia pelik.
"Dia tu bekas tentera elite British! Antara tentera terbaik! Dia baru bulan lalu di pindahkan ke sini."beritahu Kamal kepada Kamelia.
"Sorry ayah...Lepas ni Lia akan lebih hati-hati."Ucap Kamelia lalu menundukkan kepalanya.
"Tidak apa sayang, ayah tahu kamu tidak sengaja. Pergilah pulang, nanti ibu risau."
"Baiklah ayah..."
~~~
Sorry for not updating! Saya busy tulis another book! So, hope korang suka story ni! Please vote dan komen for more updates!
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...