Bab 8

6.5K 268 6
                                    

Sudah hampir 5 jam mereka berjalan dan melarikan dari askar-askar Jepun yang sedang mencari mereka.

"Kita rehat sini untuk malam ni. Esok kita sambung."beritahu Rasydan lalu duduk dibawah sebuah pokok yang besar. Mereka berdua hanya dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi.

"Awak macam mana?"soal Kamelia risau. Dari tadi dia memandang kearah Rasydan yang kesakitan sambil memegang bahunya yang terkena tembakan.

"Saya macam biasa. Jangan risau..."Dengan selambanya Rasydan membuka uniform tenteranya di hadapan Kamelia yang sudah malu.

Kamelia menundukkan kepalanya kerana malu melihat Rasydan dalam keadaan begitu. Tubuh sasa lelaki itu membuatkan Kamelia mula lemas.

"Kalau awak malu, macam awak tolong saya keluarkan peluru dalam ni?"soal Rasydan dengan nada gurauan.

"APA?! SAYA YANG AKAN KELUARKAN PELURU TU?"soal Kamelia tidak percaya.

"Habis tu? Saya minta tolong dengan siapa? Jin?"

"Ish! Jaga mulut awak tu! Kita tengah-tengah hutan ni!"tegur Kamelia lalu menutup mulut Rasydan sehinggakan tidak sedar badan mereka berdua sudah bersentuhan.

Rasydan menjauhkan dirinya dari Kamelia lalu mengambil beg miliknya.

"Awak guna ni untuk keluarkan peluru tu."dia menunjukkan sebuah alatan besi berbentuk seperti sebuah gunting kepada Kamelia.

"Saya takutlah!!"

"Kenapa pula awak takut?"soal Rasydan pelik.

"Tapi sekarang ni gelap! Nanti saya--Tertarik keluar isi kuli--"

"Saya percayakan awak. Jadi, awak mesti percaya dengan diri sendiri. Cuma awak harapan saya. Kalau peluru ni tidak dikeluarkan, pendarahan di bahu saya tidak akan berhenti."beritahu Rasydan lalu mengigit kain pada mulutnya.

"Saya cuba."

Tangan Kamelia menggigil sebaik saja tangannya menyentuh bahu Rasydan yang berlubang. Dia memasukkan besi itu perlahan-lahan untuk mengeluarkan peluru itu.

Dia terhenti apabila Rasydan merintih sakit.

"Sorry..."

Kamelia meneruskan semula. Walaupun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya...

"Yes! Dapat pun!"Kamelia akhirnya berjaya mengeluarkan peluru itu. Darah mula mengalir tidak berhenti dari lubang peluru tadi.

Dia mengoyakkan hujung skirt miliknya dan menekan bahu Rasydan untuk menghentikan pendarahan menggunakan kain tersebut.

"Awak rehatlah dulu."Kamelia membantu Rasydan untuk berbaring.

"Awak pun rehat sekali. Jauh kita jalan tadi."

Kamelia hanya akur dan ikut berbaring. Tubuhnya terasa sangat penat tapi dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu banyak yang berlaku dalam fikirannya. Tiba-tiba sahaja air matanya jatuh.

"Hey...Saya tahu awak sedih. Saya minta maaf sebab lambat. Kalaulah saya awal sikit, mesti saya dapat bantu ibu bapa awak."Rasydan mengusap kepala Kamelia yang sedang memang disisinya.

"Saya takut...Macam mana saya perlu hidup lepas ni? Saya tiada sesiapa lagi..."

"Awak masih ada saya. Please jangan putus asa dengan hidup awak. Macam mana dengan pengorbanan ibu bapa awak yang sanggup berkorban untuk awak hidup? Awak tidak rasa yang nyawa mereka berbaloi?"

"Rasydan...Janji yang awak pun tidak tinggalkan saya ya?"

"Ya sayang...Saya tidak akan tinggalkan awak..."

~~~
Kesian Kamelia jadi anak yatim dalam sehari😔 Don't forget to vote and comments this chapter! I would really appreciate it!

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now