*Saya recommend korang untuk dengar lagu "Before You Go by Lewis Capaldi*
"Kamelia! Kita perlu pergi dari sini!"Tidur Kamelia terganggu apabila Rasydan mengoncangkan bahunya.
"Kenapa?"soal Kamelia dengan mamai.
"Askar Jepun sudah sampai di kawasan ni! Kita perlu lari!"
"Hah!!"
Kamelia segera bangkit dari pembaringan dan mengemas barangan yang dia bawa bersama.
"Kita perlu ke mana?"soal Kamelia kepada Rasydan. Dia kini menggunakan uniform miliknya untuk menutup kesan tembakan pada bahunya.
"Kita akan ke selatan untuk dapatkan perlindungan."beritahu Rasydan sambil memeriksa senjata api miliknya.
"Awak yakin yang disana selamat?"
"Ya...Semua gabenor di kumpulkan di sana. Jangan risau. By the way, this is for you."Rasydan menyerahkan sebuah kotak kayu kecil dengan ukiran yang cantik. Kamelia mengambil kotak tersebut tanpa bicara dan menyimpannya kerana mereka sudah tidak mempunyai masa.
Mereka berdua meneruskan perjalanan mereka dengan berlari meninggalkan kawasan tersebut.
Bang!
"Berhenti!!"
Kamelia menutup telinganya apabila terdengar bunyi tembakan dari belakang mereka.
"Awak pergi lari dan sembunyi!!!"arah Rasydan.
"Macam mana dengan awak?"
"Don't worry about me. I will be fine."
Kamelia hanya mendengar arahan Rasydan untuk terus lari dan bersembunyi disebuah semak. Dari situ dia dapat melihat Rasydan di kelilingi oleh askar Jepun.
"Dimana perempuan tu?"soal mereka.
"She ran away. I don't know where she is."bohong Rasydan.
"Don't lie to us!"ketua mereka memukul Rasydan menggunakan senapang.
"I didn't lie!"
Mereka memukul Rasydan tanpa belas. Kamelia hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa untuk membantu.
"Tell me!! Where is she!!!"
"I'm here!!"Jerit Kamelia kearah mereka.
"Damn it! Kamelia!! I told you to run!!"jerit Rasydan. Dia akhirnya mengeluarkan senjata miliknya dan cuba untuk melawan mereka semua dari terus mendekati Kamelia.
"Run!!!"jerit Rasydan.
Kamelia cuba untuk lari sehinggalah telingannya terdengar bunyi tembakan lagi. Dia berhenti dan berpusing ke belakang untuk melihat.
Tubuh Rasydan telah terbaring berlumuran darah manakala tepat di dahinya terdapat kesan tembakan.
"Rasydan..."Kamelia hanya mampu menangis melihat tubuh tidak bernyawa Rasydan dibuang ke dalam sungai tanpa belas oleh askar Jepun durjana.
Dia meneruskan langkahnya dengan berlari dan meninggalkan kawasan tersebut sebelum dia dijumpai.
Walaupun jiwanya meronta untuk kembali ke sana namun dia tidak boleh berbuat demikian. Salah seorang insan yang dia sayangi telah mengorbankan dirinya. Dia tidak boleh mati!! Nyawa-nyawa mereka bererti lebih dan dia harus hidup demi mereka.
~~~
Hai! Sorry sebab tidak update!
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...