"Berdasarkan result MRI ni, puan disahkan menghidap kanser otak last stage."
"What?!"
"Pembedahan mungkin sangat berisiko untuk puan dan juga babies dalam kandungan. Sekarang puan perlu pilih samada babies atau diri sendiri. Puan perlu berbincang dengan suami."
"What if saya pilih diri sendiri?"
"Kalau puan pilih diri sendiri, kemungkinan puan untuk pulih selepas dibedah juga agak tipis."
Jantung Kamelia seakan terhenti mendengar kenyataan dari doktor tersebut. Dia hanya mampu menangis sambil memegang perutnya yang besar.
Bagaimana dia perlu bagitahu Daniel tentang perkara ni? Apakah penerimaan Daniel tentang perkara ni?
"Puan masih ada masa buat pilihan. Tapi kalau kandungan puan sudah masuk 8-9 bulan, pembedahan tidak boleh di jalankan. Ini bermaksud puan memilih babies dari diri puan sendiri."
"Baik doktor..."
Dengan langkah yang longlai, Kamelia keluar dari hospital tersebut. Kakinya terasa sangat lemah.
Sebaik sahaja sampai di rumah, dia terus menangis dengan semahunya.
"Kenapa...Kenapa bila aku sudah mula bahagia, segala-galanya akan menjadi buruk?"
Dia menangis dengan perasaan yang sangat sayu sebelum tertidur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Sayang? Bangun...Kenapa tidur sampai maghrib ni?"Daniel mengoncangkan perlahan bahu Kamelia yang sedang nyenyak tidur.
"Eh? Awak dah pulang? Sorry...Saya penat sangat hari ni..."bohong Kamelia dengan senyuman tawar.
"Kesian isteri saya ni...Sorry, saya terpaksa handle syarikat seorang semenjak daddy dan mummy pergi umrah. Next week bila mereka dah pulang, saya janji akan luangkan masa lebih bersama awak."
"Ok..."
Daniel mengusap perut Kamelia yang sedang sarat mengandungkan anak kembar mereka.
"Hai anak-anak papa...Buat apa tu? Hari ni ada nakal tak?"soal Daniel dengan gembira.
Secara tiba-tiba anak mereka yang berada dalam kandungan itu menendang dan membuatkan Daniel tersenyum.
"Sayang lapar? Saya ada beli ayam percik favourite sayang..."
"Wah...Thanks! Saya teringin sangat nak makan tu..."beritahu Kamelia yang membuatkan Daniel gembira. Semenjak kebelakangan ni, Kamelia sangat memilih tentang bab makanan sehinggakan dia risau yang isterinya langsung tidak menjamah apa-apa makanan.
"Jom kita makan!"
"Okiee!!"
~~~~~
Haih...Apa reaksi Daniel bila tahu tentang penyakit Kamelia ya? Korang rasa apa yang Kamelia akan pilih? Babies ataupun dirinya sendiri?
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...